Thursday, April 28, 2011
Sunday, April 24, 2011
::Midterm daaaa..exam3!::
Kjap je dh midterm..mcm bru msuk sem 2 kot..dh nk exam..lpas 2 nk practical pal..halamakkkk...hmmm...wlupun cme MIDTERM..kne la study HARD2 jgk..2 penting kn2..huhu..;)
Time 2 study~~~
mse untuk study hard2..hihi..;)
baca2..jgn xbaca..huhu..^_^
ha...dh hbs study..bleh slak2 bku smbil releks2..haha..;P
Wednesday, April 20, 2011
::Tanda-tanda Saat Kematian::
Mari kita kongsi sama2 ye kawan..moga kita tidak lalai dan leka...ingatan untuk kita bersama..:) .:Tanda-tanda Saat Kematian:. 100 hari : Seluruh badan rasa bergegar. 60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak. 40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing. 7 hari : Mengidam makanan. 5 hari : Anak lidah bergerak-gerak. 3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak. 2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak. 1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh and asar. Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan).
Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap.
******Bila Malaikat Mencabut Nyawa******
Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:
"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu." Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S." Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya. Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut.Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang. Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:"Roh itu menuju ketujuh tempat:- 1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin. 2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus. 3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina. 4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka. 5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat. 6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik. 7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya sampai hari Kiamat." Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:- 1. Orang-orang yang mati syahid. 2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan. 3. Orang berpuasa di hari Arafah. Sekian untuk ingatan kita bersama. |
::SOLAT JAMAK DAN QASAR::
Allah SWT telah memberi kelonggaran/keringanan kpd umat Islam dlm mengerjakan ibadah solat dalam situasi tertentu khususnya ketika bermusafir. Kelonggaran ini dinamakan RUKHSAH SOLAT.
Sabda Rasullah SAW ;
إن الله يحب أن تؤتى رخصـه كما يكره أن تؤنى معصـيته. رواه أحمد
“Sesungguhnya Allah suka dilaksanakan rukhsah (keringanan) yang diberikan olehNya seperti Allah membenci dilakukan maksiat kepadaNya”. Hadis riwayat Ahmad.
Rukhsah Solat bertujuan supaya umat Islam dapat menunaikan fardhu Solat dalam apa keadaan sekalipun, di samping membuktikan bahawa agama Islam yamg mengambilkira kebajikan umat dan bukanlah agama yang menyusahkan. Allah telah mensyariatkan Solat Qasar dan Solat Jamak sebagai rukhsah bagi mereka yang bermusafir.
Rukhsah Solat bertujuan supaya umat Islam dapat menunaikan fardhu Solat dalam apa keadaan sekalipun, di samping membuktikan bahawa agama Islam yamg mengambilkira kebajikan umat dan bukanlah agama yang menyusahkan. Allah telah mensyariatkan Solat Qasar dan Solat Jamak sebagai rukhsah bagi mereka yang bermusafir.
SYARAT-SYARAT PERJALANAN (MUSAFIR) YANG DIBENARKAN UTK SOLAT QASAR/JAMAK
1. Musafir adalah utk tujuan yang baik, bukan utk melakukan maksiat.
2. Destinasi yang dituju melalui 2 marhalah (lebih kurang 91 KM).
3. Mengetahui destinasi yang dituju ( tahu jalannya, tidak tersesat).
2. Destinasi yang dituju melalui 2 marhalah (lebih kurang 91 KM).
3. Mengetahui destinasi yang dituju ( tahu jalannya, tidak tersesat).
HIKMAH DISYARIATKAN SOLAT QASAR/JAMAK
1. Meringan/memudahkan umat Islam utk menunaikan solat dalam perjalanan.
2. Tanda kasih sayang Allah kepada manusia.
3. Supaya solat fardhu dapat dilaksanakan dlm apa kedaan sekalipun.
4. Menggalakkan umat Islam bermusafir/melancong/ziarah-menziarahi bagi menambahkan keimanan dan mengeratkan tali persaudaraan.
2. Tanda kasih sayang Allah kepada manusia.
3. Supaya solat fardhu dapat dilaksanakan dlm apa kedaan sekalipun.
4. Menggalakkan umat Islam bermusafir/melancong/ziarah-menziarahi bagi menambahkan keimanan dan mengeratkan tali persaudaraan.
SOLAT QASAR
Bahasa ; Pendek dan ringkas.
Istilah ; Memendekkan solat jenis 4 rakaat kepada 2 rakaat.
Istilah ; Memendekkan solat jenis 4 rakaat kepada 2 rakaat.
Jadi, solat yang boleh diqasarkan ialah Solat Zuhur, Asar dan Isyak.
SYARAT-SYARAT SOLAT QASAR
1. Hendaklah melepasi semapadan kawasan tempat tinggal.
2. Tidak berniat bermukim melebihi 4 hari, tidak termasuk perjalanan pergi dan balik.
3. Tidak berimamkan imam yang solat tamam (sempurna) rakaatnya.
4. Masih dlm keadaan musafir ketika mengerjakan solat Qasar.
2. Tidak berniat bermukim melebihi 4 hari, tidak termasuk perjalanan pergi dan balik.
3. Tidak berimamkan imam yang solat tamam (sempurna) rakaatnya.
4. Masih dlm keadaan musafir ketika mengerjakan solat Qasar.
Cara Solat Qasar
1. Dikerjakan hanya 2 rakaat.
2. Lafaz niat adalah spt beikut ;
1. Dikerjakan hanya 2 rakaat.
2. Lafaz niat adalah spt beikut ;
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْرِ/ العَصْر/ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor/Asar/Isya’ 2 rakaat Qasar kerana Allah Taala.
SOLAT JAMAK
Bahasa : Himpun @ kumpul
Istilah : Menghimpunkan 2 solat fardhu dalam satu waktu dgn syarat-syarat tertentu.
Istilah : Menghimpunkan 2 solat fardhu dalam satu waktu dgn syarat-syarat tertentu.
Solat Jamak adalah terdiri daripada Zohor dan Asar, Maghrib dan Isya’.
Solat Jamak terbahagi kepada ;
1. JAMAK TAQDIM – Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu pertama. Cthnya menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Zohor.
SYARAT-SYARAT JAMAK TAQDIM
1. Niat jamak dlm waktu pertama (Zohor/Maghrib).
Niat hendaklah dilakukan dalam solat terutama ketika takbiratulihram. Walau bagaimanapun, boleh dilakukan niat semasa (pada mana-mana bahagian) solat yang pertama sekalipun semasa memberi salam. (Bukannya selepas memberi salam sbb solat sudah habis/selesai).
2. Bertertib iaitu memulakan solat yang pertama (Zohor/Maghrib), kemudian diikuti dgn solat yang kedua (Asar/Isya) kerana waktu solat Jamak Taqdim adalah untuk waktu yang pertama (Zohor/Maghrib), sedangkan solat yang kedua (Asar/Isya), adalah pengikut bagi solat yang pertama, maka mestilah solat yang diikuti (solat pertama).
Jika dilakukan solat kedua-duanya dgn didahului oleh solat yang pertama, tiba-tiba terbatal solat yang pertama kerana tidak sempurna syarat dan rukunnya, maka terbatal juga solat yang kedua. Walau bagaimanapun, solat yang kedua menjadi solat sunat mengikut pendapat yang asah.
3. Berturut-turut kedua-dua solat iaitu tidak berlaku pemisahan yang lama di antara kedua-dua solat kerana jamak telah menjadikan kedua-dua solat tersebut sebagai satu solat, maka mestilah bersambung di antara kedua-duanya seperti rakaat-rakaat solat.
Kalau dipisahkan kedua-duanya oleh masa yang panjang walaupun kerana keuzuran spt terlupa atau pitam. Maka terbatallah jamak. Maka wajiblah ditunda solat yang kedua kepada waktunya sendiri kerana tidak memenuhi syarat jamak. Walau bagaimanapun, jika dipisahkan kedua-duanya umtuk tempoh sekejap spt oleh azan, iqamah dan bersuci maka tidak terbatal Jamak.
Tidak membatalkan jamak jika terpisah di antara 2 solat kerana mendapatkan sedikit air utk berwudhuk kerana perbuatan tersebut adalah keperluan solat sebagaimana Iqamah, malah lebih utama lagi kerana wudhuk adalah syarat sah solat tetapi iqamah bukan syarat.
4. Perjalanan berterusan sehingga masuk waktu solat kedua. (sekurang-kurangnya TakbiratulIhram solat yang kedua). Sekalipun, selesai musafir tidak lama setelah TakbiratulIhram solat yang kedua. Tetapi jika selesai musafir sebelum memulakan solat yang kedua, maka tidak sah jamak kerana hilang sebab yang membolehkannya.
5. Kekal waktu solat yang pertama dengan yakin sehingga mendirikan solat yang kedua.
6. Zan (sangkaan yang kuat) bahawa solat yang pertama itu sah.
Cara melakukan solat JAMAK TAQDIM
1. Sunat @ afdhal melakukan solat waktu pertama dahulu (Zohor/Maghrib) kemudian diikuti oleh Solat Waktu kedua (Asar/Isya’)
2. Selepas salam solat pertama, sunat iqamah dan kemudian dirikan solat yang kedua.
3. Contoh lafaz niat Solat JAMAK TAQDIM
2. Selepas salam solat pertama, sunat iqamah dan kemudian dirikan solat yang kedua.
3. Contoh lafaz niat Solat JAMAK TAQDIM
Solat Zohor dan Asar Jamak Taqdim
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْرِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العَصْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor 4 rakaat dihimpunkan solat Asar kepadanya
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى الظّهْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar 4 rakaat dihimpunkan kepada Zohor
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
Solat Maghrib dan Isya’ Jamak Taqdim
أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العِشـَاءِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib 3 rakaat dihimpunkan solat Isya’ kepadanya
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى المَغْرِبِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’ 4 rakaat dihimpunkan kepada Maghrib
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
2. JAMAK TA’HIR - Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu kedua. Cthnya menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Asar.
SYARAT-SYARAT SOLAT JAMAK TA’HIR
1. Berniat melakukan solat Jamak Taqdim dalam waktu pertama (Zohor/Maghrib).
Niat hendaklah dilakukan seblum habis waktu solat yang pertama. Sekalipun waktu yang masih ada itu sekadar satu rakaat sahaja.
2. Masih dalam perjalanan sehingga kedua-dua solat selesai didirikan.
2. Masih dalam perjalanan sehingga kedua-dua solat selesai didirikan.
* Tertib tidak menjadi wajib kerana waktu bagi solat yang kedua (Asar/Isya’), telah masuk waktu bagi solat yang pertama (Zohor/Maghrib). Oeh itu boleh didahulukan mana-mana solat sama ada solat pertama atau solat kedua.
Cara melakukan solat JAMAK TA’HIR
1. Sunat @ afdhal melakukan solat waktu kedua dahulu (Asar/Isya’) kemudian diikuti oleh Solat Waktu pertama (Zohor/Maghrib)
2. Selepas salam solat waktu kedua, sunat iqamah dan kemudian dirikan solat waktu yang pertama.
3. Contoh lafaz niat Solat JAMAK TA’HIR
2. Selepas salam solat waktu kedua, sunat iqamah dan kemudian dirikan solat waktu yang pertama.
3. Contoh lafaz niat Solat JAMAK TA’HIR
Solat Zohor dan Asar Jamak Ta’hir
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ الظُّهْرِ جَمْعٍ َ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar 4 rakaat dihimpunkan kepada Zohor
Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العَصْر جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor 4 rakaat dihimpunkan solat Asar kepadanya
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
Solat Maghrib dan Isya’ Jamak Ta’hir
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’ 4 rakaat dihimpunkan kepada Maghrib
Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العِشـَاءِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍلله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib 3 rakaat dihimpunkan solat Isya’ kepadanya
Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
SOLAT QASAR DAN JAMAK
Selain drp melakukan solat secara Qasar @ Solat secara Jamak, kita juga diharuskan utk mengerjakan Solat Qasar dan Jamak.
Cara mengerjakan Solat Qasar dan Jamak.
Cara mengerjakan Solat Qasar dan Jamak adalah sama spt mengerjakan solat Jamak Taqdim dan Solat Jamak Ta’hir, Cuma ditambah Qasar sahaja… iaitu Solat Zohor/Asar/Isya’ menjadi 2 rakaat sementara solat Maghrib kekal 3 rakaat.
Contoh Lafaz Niat Solat Qasar dan Jamak.
Solat Zohor dan Asar Jamak Taqdim dan Qasar.
أُصَلِّي فَرْضَ الظّهْرِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العَصْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor 2 rakaat Qasar dihimpunkan solat Asar kepadanya
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى الظُّهْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar 2 rakaat Qasar dihimpunkan kepada Zohor
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
Solat Maghrib dan Isya’ Jamak Taqdim dan Qasar.
أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العِشـَاءِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib 3 rakaat dihimpunkan solat Isya’ kepadanya
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى المَغْرِبِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’ 2 rakaat Qasar dihimpunkan kepada Maghrib
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
Solat Zohor dan Asar Jamak Ta’hir dan Qasar.
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ الظُّهْرِ جَمْعٍ َ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar 2 rakaat dihimpunkan kepada Zohor
Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى العَصْر جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor 2 rakaat dihimpunkan solat Asar kepadanya
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
Solat Maghrib dan Isya’ Jamak Ta’hir dan Qasar.
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’ 2 rakaat dihimpunkan kepada Maghrib
Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العِشـَاءِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍلله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib 3 rakaat dihimpunkan solat Isya’ kepadanya
Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
::copy n paste by cik wawa::
Saturday, April 16, 2011
::Hana Tajima Cantik!! ::
Bila tengok Hana Tajima ni..gram je,, nak tau kenapa?? SEBAB DIA CANTIK SANGAT!! COMEL GITUH!! Umur dia Baru je 23..muda tuh..tp bace2 kat blog org kata dia ni dh kahwin..tp xkshla dh kahwin ke belum..yg penting dia ni CANTIK..dia ni campuran Jepun English...dri ape yg sy bce tntg profail dia..dia ni dh 5 tahun memeluk agama Islam..Alhamdulillah..;) Dia ni jgk seorg designer...waaa..bestnyee dia ni..ske tgk dia..manis jek..;)
Foto-foto Hana Tajima :
~Hana Tajima bersama Yuna~
Haa..ape pndapat korang tengok gambar Hana Tajima...best kan dia?? ..;)
::Antara assignment dan facebook::
ASSIGNMENT yang berlambak-lambak..huh! Tp normal la kn bagi YANG NAMANYA STUDENT! hihi..klu bukan student xdela assignment byk2 cmni...MENGELUH?? ala tu perkara biasa la kan..klu dah assignment byak mstla mengeluh..rasenye xde kot klu student yg tak mengeluh klu dapat assignment byk2..hihi
~dengan kadar segera harus siapkan assignment >.~
~notis >.<~
Haaaa...walaupun assignment berlambak-lambak..dlm stress, FACEBOOK sebagai sahabat dan peneman...tp walaupun cm tu tak bolehla trus2 menghadap "MUKA BUKU" ni..nnt hbs assignment xsiap..HANYA SEKADAR NAK HILANGKAN STRESS DENGAN ASSIGNMENT YANG BANYAK...tu je..huhu
~HAHAHA..~
Thursday, April 14, 2011
::Bila Berat Badan Dah Naik::
Ha! makan je kn sy ni..pagi petang siang malam..mkan je keje saya..tak de bnde lain lagi lah yang lebih seronok daripada makan..hihi...bila dah makan tak igt duni plak kan..mentang2 lah makanan dekat kampus tu murah..smua makanan nk dimakan..ha..tu la sya Nur Azzua..haha..:P
Ha! bila dah makan..kenyang..duduk je keje saya, bukan reti nk g bersenam..alahai AZZUA..mcm mana la kamu ni x mkin gemuk kn..Ha?? GEMUK!! Ohhh..tidaakkkk...:(
bila timbang..Ya Allah...BERATNYAAAAA SY!!
(Berat saya adalah dirahsiakan)
Berfikir :
Kalau la aku tak turunkan berat badan ni..mkin menjadi2 bdan ni meningkat beratnya...ish...xbleh jadi nih...KENA JUGA TURUNKAN BERAT BADAN!
Tuesday, April 12, 2011
ape prasaan awk bila,si dye wat2 xreti jer kat kita..lyn kite,ok jer..hipokrit tersembunyi..
emmm..susah nk ckp..mstla sdh..tp kne kuatkn semangat..>.<
Wednesday, April 6, 2011
myMetro | ‘Esok rumah kita kenduri’
Takziah buat keluarga pkcik Norman..al-fatihah bt adik Azrul..moga rohnye dicucuri rahmat.....
:: xsangka parit depan rumah tu boleh mengakibatkan kematian..Ya Allah....xsangka surat khabar yang ku baca tntang brita ini pada mulanya tak kenal siapa pun, cuma tahu orang kmpung sendiri je..tapi bila abah kol td beritahu baru la kenal..sedara sendiri rupanya..ya Allah..sungguh tak ku sangka...ssungguhnya ajal dan maut ditangan tuhan...::
Tuesday, April 5, 2011
::Dedikasi Buat Dia::
Dalam hidup..kadang-kadang kita perlukan seseorang selain kwan rapat kita untuk ade disamping kita untuk kongsi masalah, pendapat, kegembiraan dan macam-macam lagi lah hal yg terjadi....
Hari ini.....sy dedikasikan luahan ucapan terima kasih kpd insan yg slalu ade dgn sy..walaupun adakalanya dia sibuk dgn tugasannya tapi dia masih ade wkt buat sy...
Dia selalu ade bantu sy dlm pelbagai macam hal....
Dia ade waktu sy sedih.....
Dia jga tmpat sy hemburkn kmarahan wkt emosi sy xstabil....
Dia mmg cukup sbar melayani krenah sy...maafkn sy...sy sllu susahkan awk....:(
Dia ialah....
~Dia seorg yg smart...~
~ Dia sllu igtkn sy tntg kesabaran...sllu nsihatkan sy....~
~Dia sllu bt sy tersenyum....bt sy tergelak...bt sy lpe dgn kesedihan sy...~
~Dia COOOOL je...wlupn rmi org ckp mcm2 tntg kte tp cool je kn..yg pntg kte xbuat slh pape..dn kte xganggu khidupn org kn? kn3??..:)~
~Dia tegas..bertanggungjawab..brdisiplin..~
~Dia seorg yg aktif~
~Dia sporting......tp........dia juga nakal.......dn kdg2 suka buli sy....ish2...~
~Dia mesra...ramah..~'
~Dia baik...~
Dia beri sy kekuatan wkt sy down.....terima ksih awk....
Terima Kasih Zulhelmi Anuar krna mnjdi tman pling rpat, shabat ssh snang sy....dn smuanyee...trime ksh byk2........
~Moga kamu berjaya dn moga Allah membrkati kehidupanmu....aminnn.....~
Subscribe to:
Posts (Atom)