Wednesday, March 9, 2011

::Cara-cara memakai tudung n shawl::


Cara memakai selendang/shawl(apa2 shawl pun boleh)



1. Pin seperti biasa. Bagi sebelah panjang.sebelah pendek.
Kalau ika, ika buat sebelah kanan pendek betul. sebelah kiri panjang.
2. Tarik sebelah panjang ke belakang.

3. Pusingkan shawl macam dalam gambar.
4. jadi macam ni..lepas tu ulangi balik langkah 3 ye.. (kemas kan shawl)



Hasilnya~!



(^_~)v




----------------------------------------------




Cara memakai selendang/shawl menjadi tudung
(apa2 shawl pun boleh, janji xlembut sangat dan kalo bleh,
sembur la ngan spray kanji tu ye..)
1. Lipatkan shawl menjadi segitiga di bahagian hujung.
2. Pakai seperti tudung biasa. Pin kan.
** Tarik sebelah yang panjang ke belakang.
(yang sebelah lagi tu biar pendek sependek nya pun bleh yer)


3. Tarik selendang tadi kehadapan pula. Ulangi langkah 2** sekali lagi.
4. Tarik ketat ya biar dia kemas.
Lepas tu selitkan ke bawah dagu.
Kalau ika, ika pinkan je dengan pin yang memang ada dekat bawah dagu. senang..hehe

Jangan lupa kemas-kemas kan bahagian depan dan belakang.
Bagi cantik je terletak ok!

----------------------------------



CARA-CARA MEMAKAI TUDUNG DUBAI
DUA LAPIS

Step 1

Sarungkan bahagian anak tudung dan betulkan kedudukan 'awning' sesuai dgn raut muka. Jika anak tudung besar, boleh pinkan di bahagian dagu. Gambar menunjukkan bentuk bahagian depan dan belakang tudung.
Step 2, 3, 4, & 5 
Lilitkan selendang melepasi kepala. Selendang boleh dipinkan dengan keronsang di bahu atau dipinkan di belakang kepala mengikut kesesuaian dan kreativiti masing-masing.
Step 6 
Bahagian anak tudung yg labuh didepan diselempangkan dan dipinkan ke bahu untuk menutup bahagian depan / dada. Gambar menunjukkan contoh-contoh pandangan depan dan belakang. Tudung Dubai Dua Lapis ini boleh digayakan dengan pelbagai cara pemakaian bergantung pada kreativiti masing-masing.

Cara-cara pemakaian Tudung Dubai dalam segmen Santun Anggun Majalah NUR Oktober 2009


 **Ni contoh pakai dengan menggunakan shawl Jorjet.

** Cara pakai yang sama seperti contoh yang sebelum ni.
** Ni contoh shawl jorjet dan shawl ni lebih panjang dari
shawl corak kat atas.

** Kaedah melilit yang sama
** Sama je kan?? Senang je….
CARA-CARA MEMAKAI TUDUNG DUBAI

SELAPIS / KUWAITI / ID

Cara-cara memakai tudung dubai
Step 1
Sarungkan bahagian anak tudung dan betulkan kedudukan ‘awning’ sesuai dgn raut muka. Jika anak tudung besar, boleh pinkan di bahagian dagu.
Step 2
Lilitkan selendang melepasi kepala.
Step 3
Selendang boleh dilabuhkan bahagian hadapan untuk menutup bahagian depan / dada
Step 4
Selendang boleh dipinkan dengan keronsang di bahu atau dipinkan di belakang kepala mengikut kesesuaian dan kreativiti masing-masing.


::- lilit shawl -::


 Cara Pemakaian Shawl Gypsi Gaya 1


1) Pin kan selendang ke dagu. Pastikan sebelah kanan selendang lebih panjang dari sebelah kiri selendang. 

2) Tarik selendang di sebelah kiri ke sebelah kanan, dan kemudiankan sematkan dengan kerongsang. 

3) Sama seperti di 2, tarik selendang di sebelah kanan ke sebelah kiri, dan kemudian sematkan dengan kerongsang.

4) Bawa sebelah kanan selendang yang panjang liliti ke belakang, dan biarkan longgar hingga membentuk depan ala 'tudung siti'

5) Sematkan kerongsang supaya lebih kemas.

6) Dah siap ♥

Cara Pemakaian Shawl Gipsi Gaya 2..

1) Letakkan shawl di kepala dengan kedudukan sebelah kiri pendek, dan sebelah kanan panjang.
2) Pin kan selendang sebelah kiri ke anak tudung berhampiran telinga.

3) Ambil sebelah kanan yang panjang tadi pusing atau lilit ke belakang. Pastikan depan membentuk tudung 'ala siti' (ada ruang berbentuk U di depan).

4) Sematkan kerongsang agak besar di sebelah kanan .
5) Sematkan pin atau jarum di sebelah kiri supaya shawl lebih kemas
6) Dah siap...senang je kan (^_^) selamat mencuba... ♥


How to wear shawl Bunga..
1. Pin ka selendang, pastikan sebelah kiri lebih panjang dari sebelah kanan selendang.
2. Ambil sebelah kiri tadi lilit ke belakang dari dalam selendang yang ader bunga. Perhatikan gambar no 2.
3. Masukkan sebelah kiri selendang yang telah dililit tadi ke depan.
4. Ambil sebelah kanan selendang yang ader corak bunga, lipat-lipatkan hujungnya.



5. Setelah dilipat-lipatkan hujungnya, pinkan dengan kerongsang.
6. Tarik sebelah kanan selendang yang ada corak bunga ke belakang.
7. dan sematkan kerongsang, supaya nmpak lebih kemas.
8. Dah siap.


Shawl Qaireen Qaisara

1. Pin kan shawl sebelah kiri lebih panjang dari sebelah kanan.
2. Lilit shawl sebelah kiri yang lebih panjang tadi ke belakang.
3. Pin kan ke dagu
4. lipat dan kemaskan sebelah kanan shawl dan tarik sikit ke tgh
5. sematkan brooch hiasan seperti dalam gambar.
6. done..simple tapi cantik ♥





1. Pastikan bahagian shawl berDESIGN dikedudukan lebih panjang berbanding PLAIN.

2. Lilit shawl seperti biasa.

3. Dengan 2lilitan atau mengikut keselesaan anda.

4. Kedudukan shawl adalah seperti begini.

5. Sematkan peniti.

6. Selit bahagian plain shawl ke dalam.


 CONTOH 1 : Shawls yang biasa org pakai.. =) 








CONTOH 2 : Ala2 tudung ct.. =)




Contoh : Lisa pakai tudung ala2 CT


Step 1 : pakai inner tudung.


Step 2 : pakai shawl pashmina. sebelah panjang dan sebelah pendek kan. pastu, pin kan seperti biasa.


Step 3 : Ambil shawl yang panjang. 


Step 4 : letakkan ke atas kepala. pastikan u'all longgarkan yea part depan tu. klu shawl biasa kita akan tarik terus tpi utk style ala2 ct ni, kita longgarkan part depan.. =)


Step 5 : pin kan hujung yg panjang tdi yea. pastu shawl yg pendek tu kita letakkan kat atas bahu. siap!..selamat mencuba.. =)


 :: Cara- Cara Pakai Shawl Subang ::


Langkah 1 :  pakai inner / anak tudung
Langkah 2 : step ni lebih kurang mcm pakai shawl biasa. sebelah pendek n sebelah pjg kan.
lisa pakai biasanya, pendek sebelah kiri n sebelah kanan pjg.
Langkah 3 : Ambil shawl yg pendek. Letakkan kat atas kepala. cuba tgk picture.
Langkah 4 : Ambil shawl yg pjg plak. 
Langkah 5 : Pastikan "subang" tu keluarkan bagi ke depan yea.
Langkah 6 : Pin kan atas kepala. siap!..mudah, cepat dan senang.

Selamat Mencuba. >.<


 :::: Cara - Cara memakai Shawl Ombak ::



1. pakai inner / anak tudung mcm biasa
2. pakai shawl ombak..sebelah pendek kan dan sebelah lgi satu panjangkan. mcm pakai shawl biasa.
(dlm picture ni, kanan lisa pendekkan n kiri lisa bgi pjg)
3. ambil shawl yg pendek tu then letakkan kat atas seperti dlm picture tu..dan pinkan hujungnya yea.
4. pastu, ambil plak shawl yg pjg.
5. letakkan / naikkan ke atas kepala seperti pic d atas..dan pinkan.
6. dah siap!..simple, mudah dan cepat kan...

selamat mencuba yea.. 
1 1
 :: Shawl Gipsy ::


Cara-cara memakai shawl 1 meter..yippie!



1. Pin kan pada mana2 kiri atau kanan selendang,
pin pada hujung selendang.


2. Untuk menutup leher,sbb selendang ni sekali lilit je,
ambil hujung bahagian yang pendek tadi,dan pin kan di bahu.


3. Ambil pula bahagian yang panjang,
dan lilitkan seperti biasa.(sekali lilit je)

4. setelah selesai melilit, ambil hujung bahagian
dan selitkan atau dipinkan.





5.Ok! macam ni lah rupe setelah siap! simple je kn?




6.Inilah rupa bahagian belakang selendang anda.


Friday, March 4, 2011

::Erti Suatu Kebaikan::


Ombak besar bersama ribut batu melanda sebuah kampung nelayan. Di pantai terdampar ribuan ketam ketam kecil yang di bawa bersama ombak besar itu apabila ribut reda dan cuaca tenang semula kelihatan seorang tua sedang mengutip ketam-ketam yang sudah "nyawa-nyawa ikan" kerana kekeringan itu lalu di campakkanya semula ke laut. Seekor demi seekor. Perbuatan orang tua itu di perhatikan oleh sekumpulan anak muda yang kebetulan berada di situ. Mereka pelik melihat betapa tekunnya orang'tua itu mengutip satu demi satu ketam-ketam kecil dicampakkan ke dalam laut. "Atuk buat apa tu ?, " tegur seorang dari anak muda itu. "Kutip ketam ni untuk di buang semula ke laut "jawab orang tua itu. "Kenapa?, " "Kalau  dicampakkan ke laut kan ketam ni akan berpeluang nak hidup"atuk nak kutip semua ni ke? " Tanya mereka lagi sambil menunjukkan ribuan ketam-ketam kecil yang terdampar di pantai itu. "Begitulah tapi mana tuk terdaya....ini pun dah cukup letih. "Akui orang tua itu. Namun tangannya masih sibuk mengutip dan mencampakkan ketam-ketam itu ke laut perlahan-lahan. Anak muda itu senyum sambil menggelengkan kepala. "Sia-sia sahaja atuk...ribuan ketam ini akan mati..atuk  takkan sempat menyelamatkan semuanya. "Eh, xlah".... "kenapa? ".... "bagi kita semua nampak sia-sia sebab apalah ertinya menyelamatkan seekor dua ketam ni berbanding ribuan lain yang akan mati tetapi bagi seekor ketam yang kita selamatkan itu ,ia tertalu besar ertinya."... "kenapa atuk?, " "kerana ia melibatkan soal hidup atau matinya,betul tak? " jawab orang tua itu. Anak-anak muda yang memandang sinis sejak tadi terdiam melihat kebijaksanaan dan keperihatinan orang tua itu.

~dari sini saya dapat pengajaran yg amat berguna...anda? bagaimana?~

: renung-renungkan...selamat beramal:

::copy n paste by cik wawa::

::Hilangkan Sifat Takbur::

Apabila berjumpa kanak-kanak, anggaplah mereka lbh mulia dari kita krn kanak-kanak belum dibebani dosa......
Apabila berhadapan dengan org tua pula, anggaplah juga mereka lbh mulia dari kita krn lbh lama beribadah drp kita......
Ketika berjumpa org alim anggaplah mereka lbh mulia kerana mereka byk ilmu......
Apabila melihat orang jahil anggaplah juga mereka lebih mulia kerana berbuat dosa disebabkan kejahilan sedangkan kita berbuat doasa dalam keadaan mengetahuinya......
Jika berjumpa orang jahat, janagan anggap kita mulia. Tetapi. katakanlah mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya. sedangkan kita belum tahu akhirnya......
Begitu juga apabila bertemu orang kafir. Katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya. Lawan sifat sombong ialah tawaduk atau rendah diri.....

Semoga ia bermanfaat...Renung2kan ye kawan2..;)

::copy n paste by cik wawa::

::Antara Dua Titik::

Gambar ini hanya sebagai hiasan.





"Sudah terang terlihat dengan ilmu dan pengalamn hidup insani, tidaklah hadir kita ke dunia ini dengan upaya kita. Dan tidak pula kita tinggalkan dunia ini dengan kehendak dan aturan kita sendiri kita sendiri," . 


Ya, memang benar, ilmu dan pengalaman yang mematangkan kita. Dengan ilmu kita jauh lebih ke hadapan berbanding dengan mereka yang tidak berilmu. Aku hina. Aku dapat merasakan setiap kali aku bersama sahabat-sahabatku, berkongsi pengetahuan denganku. Aku dapat merasakan yang ilmuku terlalu cetek jika dibandingkan dengan mereka. Ilmu mereka banyak....tp aku.....bagaimanakah???


Wujud insan didunia ini hanyalah diantara dua titik, mengisi sedetik waktu dan mengisi sezarah ruang...

Ya, Allah sungguh hebat. Maha Agung tuhan sekalian alam. Dunia ini umpama persinggahan sementara. Kita dijadikan-Nya dan dari-Nya. Setelah mati kita kembali semula padanya. Ya Allah..andai aku terpilih hadir dihadapan-Mu saat menghadap-Mu, maka jadikan diriku terindah, dipakaikan pakaian amalan soleh......


Dengan kesepaduan roh dan jasad serta kesempurnaan elemen-elemen alami yang mnyokong kehidupan, nyala hayat ini bukan sekadar memenuhi ruang semata-mata dan menghabisi tempoh tetapi ada misi khusus dan mulia. Allah S.W.T menyatakan bahawa  tujuan manusia adalah untuk menghampakan diri atau beribadah hanya kepada Allah. Dengan sifat kehambaan itu manusia bangun berperanan untuk mentadbir alam Tuhan ini dengan sebaik-baiknya sebagai khalifah di muka bumi ini.


Ya, misi yang mulia itu yang paling hebat dan berat terpikul bagiku. Meninggalkan keindahan dunia hanya untuk berdakwah dan berjuang membawa mereka yang terkapai-kapai kepada-Mu. Ya Allah, Kau kekalkanlah Hidayah-Mu buat seluruh umat Nabi Muhammas S.A.W.



Amin ya rabbal alamin....


::copy n paste by cik wawa::

::Celoteh malam-malam::

hai mlm ni tgk kwn2 kmas barang2 mereka utk blik kg esk..mulai esk smpi hari Ahad tggal la sy berseorangan drmh...hmmm..sdih kne tggal kwn2..emm..tp xpela..2 mlm je kot..ok je..wah blagak! (padahal dlm hati rsau jgk tggal srang2) huhu....

ok2...fikir2..ape lg ye yg saya belum buat? jap2..igt blik yg sy buat td..bsuh bju dah, kmas dah, mkan pn dh, kmas bku dah, ape lagi ye..hurmm...igt2 jgn tak igt! 
HA!! igt2..ish igt pn ape yg perlu buat...alamak! byk lagi la yang kne buat..siapkan borang CPD..bku log..nota..smua nak kena hantar hri esk..tp xpe..ok je CPD point dh ckup dah...xksah...wah blagak lagik! hihi

ok2..fikir lagi..fikir lagi..esk subjek phamacology n nursing science...phamcology dgn Mr. Lee..mmg best lecture tu..bila mengajar siap buat aksi n demo skali..mmg xmengantuklah blajar dengan dia..seronok! ...untuk msa kdua sbjek nursing science..bersama Pn. Anis yg sangat lembut..manis aje orangnye..cantik..putih...mcm xpercaya umur dia dah 40 lbh sdgkan muka dia nmpak mcm anak dara lagi...wwaaahhh!! bila blajar dgn dia seperti ada inspirasi baru untuk jaga badan yg memang sedia ada mkin mningkat brat..huhu..tp xpe..Pn. Anis jadi sumber inspirasiku...huhu

eh2! cerita punye cerita dah malam dah ek..k2...udah2..brhnti brceloteh..ish2...hihi

~bye~

::moga hari esok lebih baik dari hari2 yang lalu..amin..::

Sunday, February 27, 2011

::Tema Merah Hitam::


 ~sy dan cik elyia syafira yg cntik..hihi~