Tuesday, February 26, 2013

::Nyah Kamu Nyamuk !::

Assalamualaikum semua ;)

Hai2x, kali ni rajin pulak nak meng"update" blog, haha..memang dah lama rindu nak buat kerja ni kan. HuiHui.

Semalam actualy kat kawasan perumahan ni ada buat semburan fogging. Waaa, ingatkan kat luar rumah je tapi dalam rumah pun kena sembur jugak..maka bergegasla kami semua keluar rumah. Biasala sembur fogging nih. Nak2 kalau dah ade kes denggi. Takpelah, bagus dia sembur nih..NYAH KAU NYAMUKKK !! huhu


Haaa..tula dia rumah kami dah penuh dgn asap berkepul-kepul..wwaaoohh..diri jauh-jauh..huhuhu 

Ok, meh kita kongsi sikit info tentang semburan fogging ^^

* SEMBURAN FOGGING :-
Semburan kabus (fogging)  adalah semburan racun pembunuh nyamuk Aedes dewasa yang membawa virus dengan segera supaya penyakit  denggi dapat dikawal  daripada merebak. Biasanya semburan kabus (fogging)  akan dilakukan oleh pihak berkuasa apabila  terdapat kes demam denggi di sesuatu kawasan  atau di mana-mana kawasan yang ada Indeks Aedes yang tinggi.

*CARA SEMBURAN FOGGING DILAKUKAN :-
Semburan fogging dilakukan dengan menggunakan mesin yang menggunakan bancuhan racun serangga yang sesuai. Ia akan dilakukan didalam dan diluar rumah kira-kira 200 meter sekitarnya dengan menggunakan mesin "Thermal Fogger" . Semburan fogging juga dilakukan semasa wabak dgn menggunakan mesin "Ultra Low Volume" (ULV) yg diletakkan diatas kenderaan dilakukan disekitar kawasan luar rumah bagi mendapat liputan kawasan yang lebih luas.

*WAKTU YANG SESUAI DILAKUKAN :-
Semburan kabus (fogging) dilakukan pada Waktu awal pagi dan petang (senja) kerana nyamuk Aedes aktif menggigit  pada waktu tersebut serta keadaan  cuaca pada masa tersebut adalah sesuai untuk semburan fogging.

*KEKERAPAN SEMBURAN FOGGING DILAKUKAN :-
la akan dilakukan apabila kejadian kes denggi dilaporkan di kawasan tersebut dalam tempoh 24 jam dan akan diulang  selepas 7-10 hari. Ulangan ini dilakukan berdasarkan  kitaran hidup nyamuk Aedes selama seminggu dan tempoh pengeraman virus dalam nyamuk Aedes lebih kurang 10 hari berikutnya.

*TINDAKAN YANG PERLU DILAKUKAN OLEH PENGHUNI RUMAH/PREMIS SEMASA SEMBURAN  KABUS (FOGGING)  DILAKUKAN?
Semasa semburan kabus (fogging) dilakukan dinasihatkan supaya  :-

- Mengosongkan rumah/premis bersama binatang peliharaan.
- Menutup semua  tingkap dan pintu yang menghala keluar kecuali pintu
  hadapan.
- Membuka  semua pintu bilik dalam rumah.
- Menutup  atau menyimpan bahan makanan dalam peti ais atau almari
  bertutup.
- Mematikan  api dapur gas dan menutup baling gas atau bahan mudah
  terbakar.



#ok tu je info nak share hari ni, bye semua, assalamualaikum ;)



Saturday, February 23, 2013

::Practical::

Assalamualaikum semua..;))

Hari ini sungguhlaaa kebosanan dirumah. Maklumla tempat baru, tak tau nak ke mana lagi..hihi..:D masing-masing balik kampung halaman, kita tinggal bertiga je kat sini..huhu

Kali ini, untuk yang terakhir :-

Hospital Jasin, seronok kat sini, takla bz macam hospital-hospital besar yang pernah sy pi. Stafnurse, Sister, CI..staff-staff dia semua best. Syukur alhamdulillah. Penempatan tempat tinggal kami pun sangat baik, best duk taman ni. Pokoknya semuanya ookk sangat ! Best ! Syukur. Thank You Allah <3


Friday, February 15, 2013

::Part of Injection::

Assalammualaikum semua ;)

Hi semua..harap-harap pembaca semua sihat sejahtera. Hari ni cik wawa nak share "Part of Injection" . Meh tengok gmbar-gambar yg cik wawa sediakan..;)








Bagi student nursing, medic dan yang berkaitan, boleh la ambil ini sebagai pembelajaran dan pengetahuan anda. Kita akan lakukannya pada pesakit. Moga dipermudahkan segalanya..aminn ;)

Wednesday, January 30, 2013

Assalammualaikum ;))

Hye semua..syukur alhamdulillah dapat update blog laggiiikk..huhu..;))
Semalam 29 Januari 2013 genap umur saya 23 tahun. Syukur alhamdulillah diberi kesihatan dan kesejahteraan. Semalam jugak dapat macam - macam surprise..hohoho..1st seumur hidup dapat surprise sebegini rupa. Tapi 1st pepagi kol mak abah dulu laaaa..say big thank u kat makkk..susah payah menahan kesakitan melahirkan anak dia yg nakal nih..aihh..I love u mak..i love u abah..Thank You Allah ;))

Sebelum sampai 29 hb pun dah ade sahabat bg hadiah n wish my birthday..Allah..terharu rasa...:') masuk pukul 12 mlm my Mr. Z wish my birthday n housemate nyanyikan "Happy Birthday" wooww..meriah uuuu..hahaaa..thanks korang ! *hugs

Then duk kat surau utk solat zohor, my pretty Miss Izzati bawak kek ! Ohh..kek tu utk sy ! Melting i...lpas tu tak sengaja mengalir sikit air mata..dia bawak kek birthday coklat n tiramisu..kat klas classmate nyanyikan wish birthday..wwoooww..maluuuuuu..tp korang memang coollllll..love korang so muchhhh !! ;)


thanks korang ! ;))

Thennnn..ingatkan malam dah habis dah..malam pun ade surprise lggggikk..oohh..hidup penuh kejutan semalam..haha ;))

Meh kawan-kawan tengok ape drang buat ! ^^





















 tengah makan pun dah kena..aihhh :/









ahaha..kawan-kawan..korang memang the bestttt !! tq kejutan-kejutan semua..utk roomate kak nad, pit, ika..kawan-kawan lain yg berkomplot2 buat kejutan nih azam, nizam, mal, farid, aliff n syafiq..thank u korang semua..<3
Untuk semua kakak abang adik pakcik makcik cikgu pensyarah dan lain-lain yang wish birthday saya terima kasih byk2 ye ;))

and 1st time sambut birthday dapat 3 kek birthday..Allah..terharu sungguh...



Akhir sekali..sesungguhnya saya sangat bersyukur dengan ape yang saya ade..mak abah, buah hati, kawan-kawan..semuanye coolllll..syukran <3

TERIMA KASIH SEMUA ;)
doa kalian mengiringiku..aminn..

Thank You Allah..I Love U <3

Bye semua..Assalammualaikum :)

Monday, January 21, 2013

::Karipap::

Assalammualaikum semua ;))

Hye kawan-kawan..ape khabar anda2 semua. Today wawa nak share my 1st trial buat karipap..haha..syukur..;)) Selalu buat dengan bonda tercinta. Tapi bonda jauh dimata. Atas permintaan housemate yang dut dut. Saya mencuba sebaiknye buat karipap nih. Syukur Alhamdulillah menjadi <3


so, inilah hasilnye..hehe ;))

* I love u mak sebab ajar masak buat kuih n everythingssss..I LOVE U SO MUCHH !! <3 Trime kasih mak ;)))

Ok..kawan-kawan..bye..assalammualaikum ;)

Thursday, January 10, 2013

::Update::

Assalammualaikum ;)


Hai semua , apa khabar kalian. Moga-moga sahabat semua sihat je yek..aminn. Waaoohh..lama sungguh cik wa tak update blog nih. Dah bersawang sangat dah blog nih..huhu ;) 

Syukur alhamdulillah, wa dah masuk semester akhir. Sesungguhnya sangat tak sangka. Serasa seperti baru masuk sem 1 je..haha. Harap semua dipermudahkan sehingga ke LJM nanti. Ape - ape pun kena study hard - hard sem ni ;))

Dah lama tak membebel-bebel kat blog nih macam rasa janggal pulak..haha..ape la sy ni kan..alahai..untuk kalian yang mlawat blog ni..maaf sebab tak dpt reply chit chat yang kalian tinggalkan pada box kat tepi tuu ----> . Daj jarang on9 kat lappy sebenarnye, tu yang tak dapat nak update blog nih. Memang rindu yang teramat pada blog ni.

Ok..untuk tahun akhir nih dan sem akhir ni jadual sungguhla padattttt..alahai..but it's ok..itu cabaran kan..?? takpe..kita rasa susah, tapi sebenarnya ade orang lagi susah dari kita kn? huuhuhu..ALLAH ade utk kita..hanya padaNya segalanya ;)

Group discussion buat rostering ;))

 <3

Ok semua..doakan saya ye kawan;)) bye..assalammualaikum :)

Thursday, August 2, 2012

::Ketenangan itu..::

Assalamualaikum w.b.t

Allah..ketenangan itu....
Subhanallah....
Bila menghadap Mu...sungguh diri ini rasa terlalu kerdil. Tapi sungguh diri ini dapat rasakan ketenangan yang teramat bila bersamaMu Ya ALLAH. 

Allah..tenangnye ketika menghadap Mu..membaca ayat2 suci Mu..subhanallah...





Thank You Allah..Syukran..Alhamdulillah... :)