Monday, October 13, 2014

::Rindu Nak Update !::

Assalammualaikum uolss ! 😄😍☺

Akhirnyaa, setelah sekian lama bebulan bulan lamanya tak update blog ni hari ni dapat jugak update. Actually bukan tak rindu, memang rinduuuu sesangat nak update blog nih. Tapi masa tuuu susahnya nak ade untuk brdating dgn blog ni. Hahaha
Buat korang yang rajin singgah blog ni thank you banyak banyak n sorry sebab mengecewakan korang sbb lama sangat tak update 🙏

Okey uolss. Nanti kita jumpa lagi yek :)


"Azzua yang sekarang bukanlah yg dulu :p"

Tuesday, February 25, 2014

::AKU::

Assalammualaikum semua ;)

Lamanyaaaa tak update blog nih. Banyak sarang labah labah kat sini. Huhu.

;)

Terlalu banyak benda berlaku. Terlalu banyak benda nak cerita. Terlalu banyak benda nak update kalau boleh. Tapi tak larat mak nak citer semua nak. Haha.

But ALHAMDULILLAH semuanya berjalan lancar. Syukur padaMU Ya Rahman :)

InsyaALLAH soon Wawa update yek ^^

Thursday, October 31, 2013

::Jom LIKE ! ^^::

Assalammualaikum semua ;))

Hai semua ! Harap semua sihat hendaknye ^^

Hari ni just nak mintak korang korang like page ni, and like gambar kat link yang saya bagi nih. Actually sememangnya saya peminat tegar Diana Amir. Cantik, Comel and yang paling saya suka dia sangat muslimah ;))

*comel comel je Kak Diana Amir nih <3*

Minat punya pasal sampai suka sangat nak masuk contest yang fan dia buat ! Wehuu, teruja ! teruja ! ^^

Haaa, jomlah klik link ni n likeeee. Mohon like banyak bayak pleasee :D




Nanti bila korang bukak link tu akan ade gmbar yg diatas ni. Silalah like ye :D
Kepada yang menge"like" gambar saya ucapkan berbanyak terima kasih. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian semua. ;)

Saturday, October 26, 2013

::Setiap Hari Aku Rindu::

Assalammualaikum ;)

Allah Ya Rahman,

Sungguh, 
Tiap hari tiap saat tiap detik aku rindu, aku rindukan mak dan abah..

Sungguh,
Aku rindukan setiap detik bersama mereka..

Sungguh, 
Aku rindukan gelak tawa mereka, gurauan yg membuat hatiku berbunga riang..

Sungguh,
Aku rindukan saat tenang bersama mereka..


Allah Ya Rabbi,
Lindungi mereka dan kasihi mereka seperti mana mereka melindungi dan mengasihi ku sewaktu kecilku.

Hanya doa yg sentiasa dapat ku kirimkan untuk mereka. Doaku takkan pernah berhenti utk mereka.



Sunday, September 22, 2013

::Al Kisah Meow::

Assalammualaikum semua :)

Bila si Meow duk usha usha nak tidur mana malam nih :*

 Meow : eh, macam best je atas katil ni utk beradu malam nih. 
 Meow : Kakak Jua, kita rasa kita nak tidur atas katil la malam ni dengan kakak. Bleh tak?
Aku : Ikut suka kau la meow. Tidur atas katil boleh, kat bawah pun boleh. Heh
 Meow : Macam tak bagi je kita nak tidur atas katil, tak ikhlas jek jawab tu. Takpelah..:/
Aku : Heh, mana ada meow. Meh la sini tidur dengan kita :))
 Meow : Tapi tak apelah. Macam tak best je atas katil tu. Takpe takpe.
 Meow : Takpe la kak Jua, sini port baik punya. Best kat sini. Jangan risaukan kita eh. Kita tidur sini je ye :)
Aku : Haaa..dah syok nampaknye si meow tidur kat handbag den. Aihh. Tak ape la meowww :)

Hahaha, ntah pape je cerita aku ni. Meow ni jadi mangsa pulak ye. Melayan diri sendiri yang sedang kebosanan. Kucing ni jugak jadi bahan citer aku. Hehe, sorry meow sayang. I buat u popular kejap masuk dalam blog i. Heh ! Ok korang. Bye ;)

Thursday, September 19, 2013

::Syukur::

Assalammualaikum semua :)

Syukur alhamdulillah diri ini masih punya kesempatan untuk mengupdate blog yang semakin jarang ku jejak. Bukan kerana kemalasan yang melonjak lonjak. Tapi dek kerana kesibukan yang tak dapat dielakkan :)

Alhamdulillah, syukur. After 3 years, kini aku bergelar JURURAWAT BERDAFTAR. Syukur padaMu Ya Allah atas pemberian ini. 


Ini juga berkat doa dari kedua ibu bapaku. Terima kasih mak abah sentiasa memberi sokongan dan dorongan. Juga wang saku ku tiap tiap bulan. Juga pemberi semangat dikala aku tergelincir sedikit dari landasan. Terima kasih yang tak terhingga mak abah. Kakak sayang sangattt mak abah. #myeverythingforever #myheart


Akhirnya aku bergelar seorang Jururawat. Alhamdulillah. Akan ku lakukan penuh ikhlas pekerjaan ini. Ini cita citaku. Ini impian arwah atok. "Nanti jadi misi je Jua, boleh tolong orang, kerja murni. Hati kena sentiasa ikhlas" - pesan arwah atok. Hari ni Jua dah jadi Misi tok. Al-Fatihah.

Juga terima kasih insan yang disayang kerana sentiasa memberi semangat dan kekuatan. Juga memberi sokongan untuk aku mencapai cita citaku ini. Thanks a lot En. Zul :) #myheart


N my friend also. Thanks kalian sebab sentiasa ada sama dalam kita susah dan senang. Jumpa masa konvo nanti yek ;)) Moga masing masing cepat dapat kerja n jadi staffnurse yang disayangi patient ! ;)

Alhamdulillah aku punya insan insan ini. Aku sangat bersyukur. Thanks kalian. Moga Allah sentiasa melindungi dan memberkati kalian.

Thank You Allah. I Love You :)


Tuesday, August 20, 2013

::Selamat Hari Raya ! ::

Assalammualaikum ^^

Wahh, sekian lama juga diri ini tak berpot pet pot pet disini. Rindu terasa. Puasa dah habis. Raya pun dah raya yg ke 13 sudah. Pejam celik pejam celik. Kejap je masa berlalu kan?. 

Kesempatan ni juga diri ini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin pada semua. Maaf salah silap. Kadang kita tak sedar akan kesilapan yang kita dah lakukan. Memohon kemaafan itu sangat perlukan ;)