Wednesday, November 19, 2014

::CUTIIII::

Bismillah ;)

Assalammualaikum.

Hi uollss :)

Hari ni cuti. Hari ni cuti. Wahh. Memang heaven rasa bila dapat cuti. Since kerja memang tak pernah lagi dapat cuti 3 hari berderet ginih. Memang happy sangat la kan. Walaupun agak bosan duduk rumah brseorangan sbb kwn2 serumah ade komitmen kerja memasing tapi aku ttap happy dapat cuti ni. Rehatkan badan. Rehatkan minda.

Makanya, sehingga jam 9 pg aku masih lagi bergolek golek dgn senang hatinya atas tilam. Haha. (klu kat kg confrm dah kena jerit dgn mak :p). Hai la mak. Rindu kat mak. Tunggu ye anak mu pulang ke teratak kita minggu depan :))

Kalau cuti gini biasanya aku akan membersihkan setiap inci rumah sewa nih. Tapi depends pd kerajinan aku jugak. Sbb aku ni sememangnyaa malas. Haha :p Tapi malas malas aku pun aku memang tak suka tengok tempat bersepah brang barang tak tersusun. Rasa nak naik hangin je. So nak kategorikan aku ape? Malas ke rajin? Haha. K abaikan.

So memandangkan aku rasa aku rajin lepas brgolek golek aku mengemas rumah sehingga licin. Dah macam suri rumah aku rasa cuci baju, sapu lantai, mop lantai n sat la nak memasak pulak. Wahh. Memang suri rumah lah kan. Cuma belum bersuami lagik. Ahaks.

Okeylah uols. Entah pape jelah Cik Wa membebel kan.

Bye uollss. Nanti kita jumpa lagi <3


Monday, October 13, 2014

::Rindu Nak Update !::

Assalammualaikum uolss ! 😄😍☺

Akhirnyaa, setelah sekian lama bebulan bulan lamanya tak update blog ni hari ni dapat jugak update. Actually bukan tak rindu, memang rinduuuu sesangat nak update blog nih. Tapi masa tuuu susahnya nak ade untuk brdating dgn blog ni. Hahaha
Buat korang yang rajin singgah blog ni thank you banyak banyak n sorry sebab mengecewakan korang sbb lama sangat tak update 🙏

Okey uolss. Nanti kita jumpa lagi yek :)


"Azzua yang sekarang bukanlah yg dulu :p"

Tuesday, February 25, 2014

::AKU::

Assalammualaikum semua ;)

Lamanyaaaa tak update blog nih. Banyak sarang labah labah kat sini. Huhu.

;)

Terlalu banyak benda berlaku. Terlalu banyak benda nak cerita. Terlalu banyak benda nak update kalau boleh. Tapi tak larat mak nak citer semua nak. Haha.

But ALHAMDULILLAH semuanya berjalan lancar. Syukur padaMU Ya Rahman :)

InsyaALLAH soon Wawa update yek ^^

Thursday, October 31, 2013

::Jom LIKE ! ^^::

Assalammualaikum semua ;))

Hai semua ! Harap semua sihat hendaknye ^^

Hari ni just nak mintak korang korang like page ni, and like gambar kat link yang saya bagi nih. Actually sememangnya saya peminat tegar Diana Amir. Cantik, Comel and yang paling saya suka dia sangat muslimah ;))

*comel comel je Kak Diana Amir nih <3*

Minat punya pasal sampai suka sangat nak masuk contest yang fan dia buat ! Wehuu, teruja ! teruja ! ^^

Haaa, jomlah klik link ni n likeeee. Mohon like banyak bayak pleasee :D




Nanti bila korang bukak link tu akan ade gmbar yg diatas ni. Silalah like ye :D
Kepada yang menge"like" gambar saya ucapkan berbanyak terima kasih. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian semua. ;)

Saturday, October 26, 2013

::Setiap Hari Aku Rindu::

Assalammualaikum ;)

Allah Ya Rahman,

Sungguh, 
Tiap hari tiap saat tiap detik aku rindu, aku rindukan mak dan abah..

Sungguh,
Aku rindukan setiap detik bersama mereka..

Sungguh, 
Aku rindukan gelak tawa mereka, gurauan yg membuat hatiku berbunga riang..

Sungguh,
Aku rindukan saat tenang bersama mereka..


Allah Ya Rabbi,
Lindungi mereka dan kasihi mereka seperti mana mereka melindungi dan mengasihi ku sewaktu kecilku.

Hanya doa yg sentiasa dapat ku kirimkan untuk mereka. Doaku takkan pernah berhenti utk mereka.



Sunday, September 22, 2013

::Al Kisah Meow::

Assalammualaikum semua :)

Bila si Meow duk usha usha nak tidur mana malam nih :*

 Meow : eh, macam best je atas katil ni utk beradu malam nih. 
 Meow : Kakak Jua, kita rasa kita nak tidur atas katil la malam ni dengan kakak. Bleh tak?
Aku : Ikut suka kau la meow. Tidur atas katil boleh, kat bawah pun boleh. Heh
 Meow : Macam tak bagi je kita nak tidur atas katil, tak ikhlas jek jawab tu. Takpelah..:/
Aku : Heh, mana ada meow. Meh la sini tidur dengan kita :))
 Meow : Tapi tak apelah. Macam tak best je atas katil tu. Takpe takpe.
 Meow : Takpe la kak Jua, sini port baik punya. Best kat sini. Jangan risaukan kita eh. Kita tidur sini je ye :)
Aku : Haaa..dah syok nampaknye si meow tidur kat handbag den. Aihh. Tak ape la meowww :)

Hahaha, ntah pape je cerita aku ni. Meow ni jadi mangsa pulak ye. Melayan diri sendiri yang sedang kebosanan. Kucing ni jugak jadi bahan citer aku. Hehe, sorry meow sayang. I buat u popular kejap masuk dalam blog i. Heh ! Ok korang. Bye ;)

Thursday, September 19, 2013

::Syukur::

Assalammualaikum semua :)

Syukur alhamdulillah diri ini masih punya kesempatan untuk mengupdate blog yang semakin jarang ku jejak. Bukan kerana kemalasan yang melonjak lonjak. Tapi dek kerana kesibukan yang tak dapat dielakkan :)

Alhamdulillah, syukur. After 3 years, kini aku bergelar JURURAWAT BERDAFTAR. Syukur padaMu Ya Allah atas pemberian ini. 


Ini juga berkat doa dari kedua ibu bapaku. Terima kasih mak abah sentiasa memberi sokongan dan dorongan. Juga wang saku ku tiap tiap bulan. Juga pemberi semangat dikala aku tergelincir sedikit dari landasan. Terima kasih yang tak terhingga mak abah. Kakak sayang sangattt mak abah. #myeverythingforever #myheart


Akhirnya aku bergelar seorang Jururawat. Alhamdulillah. Akan ku lakukan penuh ikhlas pekerjaan ini. Ini cita citaku. Ini impian arwah atok. "Nanti jadi misi je Jua, boleh tolong orang, kerja murni. Hati kena sentiasa ikhlas" - pesan arwah atok. Hari ni Jua dah jadi Misi tok. Al-Fatihah.

Juga terima kasih insan yang disayang kerana sentiasa memberi semangat dan kekuatan. Juga memberi sokongan untuk aku mencapai cita citaku ini. Thanks a lot En. Zul :) #myheart


N my friend also. Thanks kalian sebab sentiasa ada sama dalam kita susah dan senang. Jumpa masa konvo nanti yek ;)) Moga masing masing cepat dapat kerja n jadi staffnurse yang disayangi patient ! ;)

Alhamdulillah aku punya insan insan ini. Aku sangat bersyukur. Thanks kalian. Moga Allah sentiasa melindungi dan memberkati kalian.

Thank You Allah. I Love You :)