Friday, June 29, 2012

::Cuti dah habis::

Assalamualaikum semua ^^

Ok cuti dah nak habis. Nak tak nak kena terima hakikat la kan bahawa cuti dah habis >.< . Cukup - cukupla sy mmbesarkan badan kat rumah..hahaha *gelak jahat .Tapi dalam hati sebenarnye nak lg lama kat rumah ni, nyaman je..tenang gituh ! huhu..;)

Walaupun sungguh seronok dkat rumah ni, tapi perlu segera balik KL sbb kalau lagi lama duduk rumah lagi tambah berat badan berganda2..oohooi..itu bahaya ok ! Sebab bila duk rumah ni selera bertambah2..lagi2 mak asyik ajak bt makanan saja, mananya la anak dia ni tak makin cooomeelll..haha :p

Tapi pape pun perjalanan perlu diteruskan, cuti habis pun habislah ye wahai cuti ! Sem baru, say Assalamualaikum n Hi2..be nice 2 me yesem lpas Bye2 , moga result sem 4 dapat yg terbaik nnt..aminn ;)

Cakap pasal sem baru ni , risau jugak sebenarnya , sebab makin lama makin susah subjeknye tu..hoho.. tapi harap dapat lalui dengan baik, dapat harunginye dengan tabah. Allah ade sentiasa disisi kan.. InsyaAllah ;)


Balik KL nnt mesti merindui comel2 ni ;)



Wednesday, June 20, 2012

::Bila Takde Air::

Assalamualaikum..;)
Hi semua..

Hari ni masuk dua hari rumah den takde air..aduhai..cepatla ade air..cepatla ade air..air sangat diperlukan sekarang..tersangat2..=='

Bila xde air mcm ni baru tau betapa pentingnye air tu. Air nak masak, basuh baju, minum, mandi, cuci2..alahai..need air..neeeeeeeeed ! Ha..padan muka kau azua ! Air xde, tak mandi la kau sampai malam. Ha? Tak mandi sampai malam..ohhh nooooo..sungguhla dahsyat ! Hahaha

Masa ni otakku tengah berangan-angan tunggu depan paip mengharapkan air kluar dgn lajunye macam ni :-


Waaaaa..alangkah syiioookknyeee jika begini ^_^

Hah ! Dikala ini otakku ligat membayangkan kalaula rumah ku yg indah ini ade peringi..waaaa..untung jgk..mcm ni :-


Haha..tapi mcm ni nostalgia sikit kan..mst den takut..kebersihannya mcm tak terjamin je ni..huhuhu..oooohooii..haha

Tapi-tapi baik buat yang mcm ni..air pun bersih jewww kot..kot la..huhu :-


Tapi kan2..kalau termasuk dalam ni bleh sesangat mengundang bahaya..uhuhuhu :D


.: Ok ! sudah2..mengarut2 je den nih..oh..ni semua sebab xde air..haha ! ok dhla..bye semua (abaikan cerita mengarut saya) :D


Thursday, June 7, 2012

::Mood Exam Vs Mood Study::

Assalamualaikum semua..
Bismillah..

Mood Exam :-

Banyaknyeee nak kena baca...ohhhhh grrr -___-'

 Adakah setenang ini semasa study..releeeeexxnye study kalau tenang camni :D

 Mesti korang pun ade buat salah satu mcam muka kat gmbar ni time nak exam..heee :D

 Haaa..ni la dia...jangan kacau saya..saya sedang berada pada mood ini..:D




Adakah ini yang akan berlaku semasa exam..huhu :p

Moga Allah permudahkan segalanya..aminnnnn...:)

::Ayah::

Assalamulaikum..
Hi Semua...

This :-


One word i can say "I Love Dad"

~Thank You Allah~

Saturday, May 12, 2012

::Happy Nurses Day::

Assalamualaikum..;)

Hari ini 12/05/2012 - Hari Jururawat ;)

"Happy Nurses Day to all nurses"


~ The words ~

Hand that turn caring
into action
Touch that turns
compassion into comfort
Smile that love turninto healing



This in the art of the nursing


.: Syukur. Proud to be a nurse. Alhamdulillah. Thank You Allah :.

^_^

Wednesday, May 9, 2012

::Just for u mom::

Assalammualaikum..kita bertemu lagi..:)

Today is my mom's birthday..so i nak dedikasikan semua ni buat dia ;)





My mom carry me for nine months. She felt sick those months with nausea, then she watched her feet and her skin stretch. She teared. She struggled to climb stairs, she got breathless quickly she even suffered many sleepless nights. She then went through excruciating pain to bring me into this world. Then she became my nurse, my chef, my maid, my chauffeur, my biggest fun, my teacher and my best friend. She’s struggled for me, cried over me, hope the best foe me and prayed for me. Most of us take our mum for grandted. I love my mom more than everything else in the world..<3

Moga Allah sentiasa melindungimu..amin..;)

"Happy Birthday MAK !" ^^




*moga Allah sentiasa memberkati dan merahmati kehidupanmu*


Monday, May 7, 2012

::Bronkitis::






Apakah itu Bronkitis?
Bronkitis ialah sejenis keradangan atau kerengsaan pada saluran pernafasan (tiub bronkiul) di dalam paru-paru. Terdapat 2 bentuk bronkitis.


  • Bronkitis Akut (berakhir dalam masa 3 hari hingga 3 minggu)
  • Bronkitis Kronik (boleh berakhir sehingga 3 bulan dan menyerang semula untuk selama 2 tahun atau lebih).


Kanak-kanak seringkali mendapat jangkitan Bronkitis Akut.

Apakah yang menyebabkan Bronkitis?
Bronkitis selalunya disebabkan oleh virus atau bakteria dan diburukkan lagi oleh pencemaran udara termasuklah asap rokok, wasap kimia dan habuk. Bronkitis boleh menjadi kronik terutama di kalangan mereka yang merokok atau bekerja di kawasan yang udara tercemar. Apabila bahan- bahan pencemar ini disedut ke dalam paru-paru secara berterusan, ia akan menggangu saluran pernafasan. Seterusnya mengakibatkan keradangan dan pengeluaran mukus yang berlebihan. Keadaan ini akan menyempitkan saluran pernafasan, menjadikannya mudah terdedah kepada sebarang jangkitan yang selalunya akan berulang dan menyebabkan kerosakan yang lebih teruk.

Gejala yang perlu diberi perhatian

Bronkitis Akut
  • Batuk mengandungi sedikit kahak ataupun tiada.
  • Demam ringan (kurang 38.30C atau 1010F).
  • Sakit tekak.
  • Sakit otot.
  • Kelesuan

Bronkitis kronik
  • Penyebab utamanya ialah merokok.
  • Batuk yang berterusan dan mengeluarkan kahak yang semakin lama semakin banyak sepanjang hari dan malam. Biasanya batuk semakin teruk di waktu pagi (dikenali sebagai 'batuk perokok').
  • Sukar bernafas dan terasa sesak dada.
  • Kadang berbunyi ronkus (sukar bernafas yang mengeluarkan bunyi seperti siulan)

Bagaimana doktor dapat mengesan Bronkitis?
Doktor akan bertanyakan tentang gejala yang dialami.
Doktor tidak akan mengambil kira sebab-sebab lain yang menyebabkan kesukaran bernafas.
Jika doktor mengesyaki anda menghidapi Bronkitis, anda akan disyorkan menjalani ujian fungsi paru-paru untuk mengetahui sama ada paru-paru anda berfungsi dengan sempurna dan untuk mengetahui sama ada paru-paru anda telah rosak.
Doktor mungkin meminta anda menjalani X-ray dada dan ujian darah.

Pengurusan sendiri
Penjagaan sendiri untuk penyakit Bronkitis ini ditumpukan kepada pengeluaran mukus.
  • Dapatkan rehat di tempat tidur secukupnya.
  • Minum lebih banyak air (tingkatkan pengambilan cecair sebanyak 8-10 gelas sehari) untuk mengelakkan dehidrasi dan mencairkan rembesan dalam paru-paru.
  • Dapatkan pertolongan seseorang untuk mengurut otot dada dan belakang anda. Ini akan membantu mengendurkan otot-otot tersebut menjadikan anda terasa lebih selesa

Ubat Untuk Merawat Bronkitis
Doktor anda mungkin:
  • Mencadangkan ubat yang dikenali sebagai bronkodilator untuk merawat bronkitis anda. Ubat ini akan membuka saluran udara di dalam paru-paru dan memudahkan anda bernafas.
  • Mencadangkan prosedur penyaliran postur secara berkala (berbaring dengan kepala lebih rendah daripada dada) untuk mempercepatkan pengeluaran kahak.
  • Menjalani program senaman dikenali sebagai program pemulihan pulmonari untuk membantu memulihkan pernafasan (pemulihan pulmonari akan dikendalikan oleh jurupulih anggota)

Ubat-ubatan yang mungkin disyorkan ialah:
  • Ubat antipiretik-analgesik yang ringan untuk melegakan sakit otot dan demam, seperti aspirin, parasetamol (elakkan dari memberi aspirin kepada kanak-kanak, biasanya diberi parasetamol).
  • Ubat menghentikan batuk untuk melegakan batuk-batuk yang sering mengganggukan.
  • Ubat batuk untuk mengeluarkan kahak.