Assalamualaikum kawan semua..:)
Hari ni saya nak share about kajian saya berkaitan penyakit Hipertensi. Dari sini saya share tentang sedikit info kesihatan. Harap info ni berguna buat kalian. setidak-tidaknya dapat tahu lebih mendalam apa itu "Hipertensi". Jom baca ^_^
PENGENALAN
Hipertensi atau darah tinggi adalah penyakit yang berkaitan dengan jantung dan pembuluh darah yang serentak dengan peningkatan tekanan darah. Hipertensi tidak memberi tanda-tanda bahaya terlebih dahulu. Oleh sebab penyakit ini tidak menunjukkan tanda-tanda bahaya, maka ramai yang kerap mengabaikannya. Hipertensi juga adalah penyakit dalam diam yang mengakibatkan banyak komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat. Hipertensi kini dilabel sebagai penyebab utama strok dan jantung.
Dalam hal ini, ramai yang tidak sedar tentang penyakit ini. Ketika pesakit dinyatakan boleh berhenti daripada mengambil ubat kerana tekanan darahnya sudah normal, mereka sering menganggap bahawa mereka sudah sembuh. Padahal, sesekali disahkan hipertensi, penyakit itu akan terus membelenggu tubuh. Dalam satu atau dua tahun mungkin tekanan darah normal, tetapi pasti akan datang kembali berikutnya.
Dalam keadaan tertentu, hipertensi boleh disembuhkan secara keseluruhan, tetapi peratusannya adalah sangat kecil. Apa yang boleh dilakukan adalah mengawalnya dengan mengambil ubat penurunan hipertensi dan menjalani cara hidup yang sihat. Pesakit mesti selalu bersedia dengan ubat pengawal hipertensi. Lebih baik lagi jika pesakit menyediakan alat pengukur tekanan dirumah dan boleh memeriksa tekanan darah sekerap mungkin secara individu.
A. Objektif am
· Mengkaji tentang penyakit hipertensi dengan lebih mendalam.
· Memberi pesakit rawatan yang sepatutnya.
B. Objektif spesifik
1. Mengumpul data melalui assessment kejururawatan.
2. Menganalisi data dan merumuskan diagnose kejururawatan.
3. Membuat intervensi kejururawatan.
4. Memenuhi keperluan pembelajaran.
RASIONAL PEMILIHAN TOPIK
Kini penyakit hipertensi semakin meningkat. Atas peningkatan berkaitan penyakit ini kami memilih hipertensi sebagai kes studi kami. Kes ini sangat menarik untuk dikaji dengan lebih mendalam dan kami ingin mengkaji lebih mendalam berkaitan dengan penyakit ini, bagaimana ia boleh menyebabkan kematian jika ianya tidak dirawat.
Dalam kajian ini kami dapat menghuraikan tentang definisi hipertensi, tanda dan gejala hipertensi, sebab-sebab dan faktor risiko, komplikasi-komplikasi hipertensi, diagnosanya dan langkah pencegahannya. Kajiannya ini juga kami dapat mengetahui penyakit-penyakit lain yang berkaitan dengan hipertensi.
Selain itu, kami dapat mengetahui pengubatan yang digunakan untuk penyakit hipertensi. Jenis-jenis ubatan, nama-nama ubatan, tindakan ubatan tersebut serta kesan sampingannya. Kami juga dapat mengetahui cara perawatannya semasa dihospital, bagaimana layanan kejururawatan yang diberikan.
Namun, ramai dikalangan masyarakat yang menghidap penyakit ini sering mengabaikan kerana penyakit hipertensi ini tidak menunjukkan tanda-tanda bahaya. Tetapi walau bagaimana pun, penyakit ini akan menimbulkan pelbagai komplikasi jika ianya ridak dirawat dengan sebaiknya.
Statistik menunjukkan, di Malaysia, Kajian Mortaliti dan Morbiditi Kebangsaan pada 1996, mencatatkan 33% warga Malaysia berusia 30 tahun ke atas berhadapan masalah tekanan darah tinggi. Dan selepas 10 tahun, angka itu meningkat kepada 43 peratus dan wanita Melayu menjadi kumpulan di tangga teratas iaitu pada anggaran satu bagi setiap dua orang. Manakala, Pertubuhan Kesihatan Dunia menganggarkan lebih satu bilion di seluruh dunia menderita akibat hipertensi dan dijangka meningkat kepada 1.56 bilion menjelang 2025 bersamaan nisbah tiga orang dewasa berusia lebih 20 tahun.
Manakala, statistik di negeri tempat kami praktikal, kes baru adalah sebanyak 28.4%, kes dalam rawatan adalah 71.6%. Manakala kes di hospital tempat kami praktikal iaitu Hospital Putra Specialist, Batu Pahat, Johor adalah 30%.
LITERATURE REVIEW
A. DEFINASI HIPERTENSI
Hipertensi atau darah tinggi adalah penyakit yang berkaitan dengan jantung dan pembuluh darah yang serentak dengan peningkatan tekanan darah. Hipertensi tidak memberi tanda-tanda bahaya terlebih dahulu.
B. PATOFISIOLOGI
Faktor risiko seperti sejarah keluarga, umur, pengambilan garam, obesiti, minuman keras, merokok, stress dan lain-lain
|
Peningkatan rintangan vascular sistemik / systemic vascular resistance
|
Peningkatan afterload
|
kurang bekalan darah ke semua organ termasuk buah ginjal
|
mengaktivasikan beta receptor untuk mengeluarkan renin
|
renin menukarkan angiotensinogen ( hepar ) kepada angiotensin I
|
Angiotensin I ditukar oleh angiotensin converting enzyme kepada angiotensin II
|
vasokonstriksi arteri arteri, pernambahan aldosterone, pengembalian sodium dan cecair
|
Peningkatan peripheral resistance
|
Peningkatan tekanan darah
|
C. MANIFESTASI KLINIKAL
v KLASIFIKASI HIPERTENSI
Hipertensi atau darah diklasifikasikan kepada tiga iaitu jenis (sistolik dan diastolik) , sebab (cause) dan darjah keterukan.
a) Jenis (sistolik dan diastolik)
Klasifikasi mengikut jenis dapat dihuraikan melalui sistolik dan diastolik. Hipertensi dapat dikesan melalui pemeriksaan tekanan darah dihospital iaitu semasa pesakit berjumpa doktor. Pesakit juga boleh mengukur sendiri dirumah bagi yang mengetahui caranya. Tekanan darah terbahagi kepad dua, iaitu sistolik dan diastolik. Sistolik adalah tekanan dalam arteri yang terjadi ketika darah dipam dari jantung ke seluruh tubuh. Diastolik pula ialah sisa tekanan dalam arteri ketika jantung berehat.
Tekanan ini dinyatakan dalam bentuk angka pecahan. Tekanan sistolik ditulis diatas sedangkan diastolik dibawah. Jika hasilnya 120/80 mmHg, bermaksud tekanan sistolik adalah 120 dan diastolik 80.
Menurut WHO (World Health Organization, mereka memberi nilai tekanan darah normal adalah 140/90 mmHg dan tekanan darah sama atau diatas 160/95 mmHg dinyatakan sebagai hipertensi. WHO juga menyatakan bahawa nilai ini tidak membezakan antara umur dan jantina.
Klasifikasi Tekanan Darah
|
Tekanan Sistolik (mmHg)
|
Tekanan Diastolik (mmHg)
|
Normal
|
<120
|
dan <80
|
Prehipertensi
|
120 – 139
|
Atau 80 – 89
|
Hipertensi Tahap I
|
140 – 159
|
Atau 90 – 99
|
Hipertensi Tahap II
|
≥ 160
|
Atau ≥100
|
Tabel 1. menunjukkan klasifikasi tekanan darah untuk orang dewasa dari WHO.
NM Kaplan (Pakar Ilmu Penyakit Dalaman) pula memberi penilaian dengan membezakan umur dan jantina. NM Kaplan menyatakan bahawa lelaki berumur kurang dari 45 tahun dikatakan hipertensi apabila tekanan darah mereka > 130/90 mmHg. Manakala lelaki berumur dari 45 tahun dikatakan hipertensi apabila tekanan darahnya > 145/95mmHg, dan wanita pula tekanan darah lebih 160/95mmHg disahkan hipertensi.
Manakala, pakar penyakit dalaman lain, Gordon H Williams, mengklasifikasikan hipertensi sebagai nilai tekanan sistolik < 40 adalah normal, 140-159nadalah normal tinggi dan > 159 merupakan hipertensi sistolik tersendiri. Tekanan diastolik pula Gordon H Williams memberi nilai < 85 adalah normal, 85 – 89 adalah normal tinggi, 90 – 104 adalah hipertensi ringan. Seterusnya 105 – 114 adalah hipertensi sederhana dan < 115 adalah merupakan hipertensi berat.
Seterusnya, National Institute of Health, Lembaga Kesihatan Nasional di Amerika pula mengklasifikasikan memberi nilai pada tekanan sistolik < 119 mmHg adalah hipertensi peringkat 1 dan < 160 mmHg adalah hipertensi peringkat 2. Manakala nilai tekanan diastolik pula ialah < 79 mmHg adalah normal, 80 – 89 mmHg adalah Pra Hipertensi, 90 – 99 mmHg adalah hipertensi peringkat 2.
b) Sebab (cause) / Faktor-faktor risiko.
Hipertensi dikategorikan kepada dua iaitu Hipertensi Primer dan Hipertensi Sekunder. hipertensi primer adalah yang tidak diketahui penyebabnya atau idiopatic hipertensi, ia merupakan 90% daripada kes hipertensi. Manakala, hipertensi sekunder pula ialah berkaitan dengan penyakit iaitu 10%.
I. Hipertensi Primer
i. Tidak diketahui
ii. Keturunan
iii. Usia
iv. Obesiti
v. Tobacco
vi. Kafein
vii. Tekanan Emosi/Stress
II. Hipertensi Sekunder.
Bagi hipertensi sekunder pula, ia adalah akibat proses daripada penyakit. Iaitu penyakit buah pinggang. Penyakit ini menyebabkan kurang pengaliran darah merosakkan tisu buah pinggang. Contohnya seperti Pyelonephritis, Stenosis artery renal, polycystic kidney dan glomerulonephritis akut.
c) Darjah Keterukan
Kategori
|
Sistolik
|
Diastolik
|
Mild Hipertensi
|
140-159
|
90-99
|
Moderate Hipertensi
|
160-179
|
100-109
|
Severe Hipertensi
|
180-209
|
110-119
|
Malignant
|
>210
|
<120
|
· Malignant Hipertensi
i. Tekanan darah meningkat dengan cepat.
ii. Kerosakan salur arterioles kecil di organ-organ penting seperti jantung, kidney, otak dan mata (papilledema and retina hemorrhage).
BP – Sistolik > 210mmHg
Diastolik > 120mmHg
iii. Komplikasi malignant hipertensi :-
ü Infarsi miokardial
ü Kegagalan jantung kongestif
ü Pulmonary edema
ü HPT encephalopathy
ü Strok
ü Kegagalan buah pinggang
· Benign hipertensi
i. Istilah hipertensi untuk jenis uncomplicated hypertension.
ii. Mengambil jangkamasa panjang dan kurang serius.
· White Cout Hypertension
i. 20% of hypertensives.
ii. Pesakit akan mengalami tekanan darah tinggi apabila menghadapi kakitangan kesihatan tetapi kembali kepada normal bila keluar dari suasana medical.
v FAKTOR-FAKTOR RISIKO HIPERTENSI
· Faktor yang tidak boleh diubah :-
i. Keturunan / genetik.
Hipertensi umumnya kerana faktor keturunan atau genetik. Sebab keturunan tidak dapat diubah. Jika seseorang memiliki orang tua atau saudara yang memiliki hipertensi, maka kemungkinan beliau akan mendapat hipertensi. Jika datangnya daripada keluarga peratusannya adalah 25% dan jika kedua orang tua memiliki maka peratusan mendapat hipertensi adalah tinggi iaitu 60%. Peratusan itu diperolehi daripada pelbagai penelitian dan kajian yang telah dibuat.
Hipertensi yang paling banyak dijumpai adalah pada kembar seiras daripada kembar tak seiras semakin banyak menguatkan bahawa faktor genetik merupakan penyebab hipertensi.
ii. Usia (pertukaran pada salur nadi).
Penelitian dan kajian menunjukkan bahawa semakin bertambah usia seseorang, tekanan darah juga semakin meningkat. Hipertensi banyak terjadi pada umur lanjut. Di kalangan wanita, hipertensi sering terjadi pada umur di atas 50 tahun. Hal ini disebabkan berlakunya perubahan hormone sesudah menopaus.
iii. Bangsa.
iv. Jantina.
Sebelum usia 55 tahun, lelaki lebih berisiko tinggi untuk mengalami hipertensi. Wanita pula mengalami kemungkinan hipertensi setelah menopause.
· Faktor yang boleh diubah:-
i. Obesiti.
Seseorang yang memiliki berat badan diatas 30% berat badan ideal, mereka berkemungkinan besar akan mendapat hipertensi. Hal ini disebabkan, degupan jantung dan sirkulasi aliran darah penghidap hipertensi yang obesiti lebih tinggi berbanding yang mempunyai berat badan normal.
ii. Pemakanan.
Kebanyakan makanan yang sudah diproses sebelumnya atau makanan instan memiliki kandungan garam yang tinggi.
iii. Merokok /Tembakau.
Merokok juga dapat meningkatkan tekanan darah menjadi tinggi. Hal ini disebabkan zat yang terdapat dalam rokok dapat merosakkan lapisan dinding arteri yang berupa plak. Ini menyebabkan penyempitan pembuluh darah arteri yang dapat meningkatkan tekanan darah.
Kandungan narkotinnya boleh meningkatkan hormone epiefrin yang boleh menyempitkan pembuluh darah arteri. Karbon monoksida pula menyebabkan jantung berfungsi lebih keras untuk menggantikan aliran oksigen ke jaringan tubuh. Degupan jantung yang lebih berat meningkatkan tekanan darah. Pelbagai penelitian dan kajian telah membuktikan bahawa rokok berisiko terhadap jantung dan pembuluh darah.
iv. Alkohol.
Banyak penelitian telah membuktikan alcohol dapat merosakkan jantung dan organ-organ lain termasuk pembuluh darah.
v. Kafien.
Kafein yang terdapat pada kopi dan the mahupun minuman cola boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah.
vi. Stress.
Stress dan emosi yang tidak stabil juga boleh menyebabkan hipertensi. Apabila stress terjadi, yang terlepas adalah homon adrenalin. Aktiviti ini meningkatkan tekanan darah secara berkala. Jika berpanjangan, peningkatan tekanan darah menjadi kekal.
vii. Sakit kepala.
Sakit kepala pada hipertensi disebab gangguan aliran pembuluh darah. Ini berkaitan dengan emosi yang dikenali dengan istilah sakit kepala psikosomatik. Sakit kepala sememangnya terjadi kepada peningkatan tekanan darah. Tetapi tidak semua sakit kepala merupakan hipertensi.
viii. Kurang aktiviti.
Gaya hidup yang cenderung pasif, kurang melakukan aktiviti boleh mengakibatkan kegemukan sehingga penumpukkan lemak di pembuluh darah terjadi.
v TANDA-TANDA DAN GEJALA HIPERTENSI
Pada kebiasaanya, hipertensi tidak menunjukkan sebarang tanda dan gejala. Namun, ada kalanya pesakit mungkin mengalami tanda-tanda yang tidak spesifik seperti pening atau sakit kepala. Biasanya pemeriksaan tekanan darah secara berkala di Klinik Kesihatan berdekatan dan doktor akan menasihatkan pesakit tentang kekeapan untuk memeriksa tekanan darah.
I. Otak
Pada otak hipertensi menimbulkan komplikasi. Pada bahagian otak, akibat hipertensi adalah amnesia iaitu penyakit hilang daya ingatan dan kemampuan mental lain. Risiko amnesia dapat diturunkan dengan merawat hipertensi.
II. Mata
Hipertensi boleh menyebabkan kerosakan mata. Hipertensi menyebabkan pembuluh darah halus retina iaitu pada bahagian belakang mata koyak. Darah merembes kebahagian sekitarnya dan boleh menyebabkan buta. Namun begitu, kejadian ini boleh dielakkan dengan kawalan hipertensi secara betul.
III. Komplikasi pada jantung dan pembuluh darah.
ü Arteriosklerosis atau pengerasan pembuluh darah arteri.
Peningkatan tekanan berterusan pada arteri akibat penebalan dinding salur darah.
ü Aterosklerisis atau pengumpulan lemak pada lapisan dinding pembuluh darah arteri.
Pengumpulan lemak dalam jumlah yang besar disebut plaque. Pembentukan plaque dalam pembuluh darah sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan penyempitan pembuluh darah dan organ-organ tubuh akan kekurangan darah.
ü Aneurisma.
Aneurisma, iaitu pembentukan gambaran serti belon pada dinding pembuluh darah akibat kerosakan yang timbul.
ü Penyakit pada arteri koronari.
Arteri koronari adalah pembuluh darah utama yang memberi saluran darah pada otot jantung. Apabila arteri ini mengalami gangguan, contohnya kerana plague darah ke jantung akan terganggu dan membawa kepada masalah kekurangan darah.
ü Hipertropi bahagian kiri jantung.
Bahagian kiri jantung adalah ruang pam jantung. Akibat otot berfungsi terlalu berat ketika proses pam darah ke aorta kerana hipertropi atau penebalan otot serambi kiri jantung. Dibahagian lain penyempitan pembuluh darah kerana hipertensi menyebabkan keperluan darah tidak cukup dan jantung akan rosak apabila berfungsi lebih kuat lagi dalam mengepam darah.
ü Kerosakan jantung.
Kerosakan jantung iaitu keadaan ketika jantung tidak kuat mengepam darah ke seluruh tubuh. Banyak organ lain rosak kerana kekurangan darah dan otak jantung tidak kuat seterusnya otot jantung semasa mengepam darah kembali ke jantung.
ü Pada ginjal.
Komplikasi hipertensi terjadi kerana pembuluh darah dalam ginjal mengalami aterosklerosis kerana tekanan darah terlalu tinggi dan aliran menurun. Ginjal juga tidak dapat melaksanakan fungsinya. Fungsi ginjal adalah untuk membuang semua bahan sisa dari dalam darah. Apabila ginjal tidak berfungsi, bahan sisa akan berkumpul dalam darah dan ginjal akan mengecil seterusnya berhenti berfungsi.
E. UJIAN DIAGNOSTIK
· X Ray dada
· ECG
· Echocardiography
· Urinalisis
· Fasting Blood Lipids
· Urea creatinine BUSE
F. PENGURUSAN DAN RAWATAN
i. Bukan Farmakologi/Non farmakologis.
· Rawatan non farmakologi, iaitu rawatan tanpa menggunakan ubat-ubatan. Penurunan tekanan darah berdasarkan kepada perubahan cara hidup ke arah lebih sihat untuk menghilangkan beberapa faktor risiko hipertensi.
· Amalkan gaya hidup sihat untuk membaiki tahap kesihatan. Perubahan cara hidup sihat ini merupakan rawatan non farmakologi yang bertujuan untuk menghilangkan atau mengurangkan faktor risiko yang membahayakan penyakit. Perubahan tersebut merangkumi hal-hal berikut :-
ü Mengurangkan kandungan garam.
ü Mengurangkan berat badan (obesiti).
ü Melakukan aktiviti fizikal dan bersenam.
ü Mengurangkan makanan berlemak.
ü Mengurangkan atau menghentikan kebiasaan merokok.
ü Mengurangkan ambilan ubat-ubatan yang dapat meningkatkan tekanan darah.
ü Mengawal kadar gula dalam darah dan kolestrol bagi penghidap hipertensi dengan penyakit kencing manis dan kolestrol berlebihan (hiperkolestrolemi).
ü Mengendalikan penyakit jantung dan pembuluh darah lain.
ii. Rawatan farmakologi.
· Rawatan famakologi ialah rawatan dengan cara menggunakan ubat antihipertensi untuk menurunkan tekanan darah. Rawatan farmakologi dilakukan pada penghidap hipertensi peringkat 1 atau lebih (tekanan darah lebih 140/90 mmHg atau lebih). Rawatan farmakologi biasanya menggunakan 1 atau lebih ubat dan dilengkapi dengan rawatan non farmakologi.
G. LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN
i. Menjaga pola pemakanan yang sihat. Secara umumnya tidak ada pantang untuk mencegah hipertensi. Apa yang penting makanan tersebut mengandung kalium, magnesium dan kalsium. Kalium, magnesium dan kalsium mampu mengurangkan tekanan darah tinggi. Lebihkan makan buah-buahan, sayuran, kekacang dan produk susu rendah lemak.
ii. Mengurangkan kandungan garam dalam pemakanan. Kurangkan garam ketika memasak. Jangan lupa untuk menilai pengiraan kadar natrium dalam setiap makanan atau masakan pada menu yang dimakan. Garam sangat berpengaruh dalam meningkatkan tekanan darh. Natrium merupakan mineral yang sangat berperanan dalam membantu keseimbangan cairan tubuh dan menghantar impulse (rangsangan) saraf yang mengatur pergerakan otot.
iii. Bersenam seperti berjalan kaki, jogging, berbasikal, berenang dan senaman dengan menggunakan alatan. Senaman tersebut dapat membakar kalori sekurang-kurangnya 150 kalori. Selain itu dapat juga meningkatkan kemampuan jantung, paru-paru serta otot jantung.
iv. Bagi berat badan yang berlebihan sehingga sampai ke tahap obesiti, usahakan agar berat badan berkurang menjadi berat badan yang sihat dengan diet dan senaman.
v. Berhenti merokok amat penting untuk menurunkan dan mengawal tekanan darah. Amalan mengelakkan rokok dapat menjauhkan risiko penyakit jantung dan pembuluh darah. Segera menyusun program untuk menghentikan kebiasaan merokok.
vi. Mengawal kadar gula dalam darah dan kolestrol bagi penghidap hipertensi dengan penyakit kencing manis dan kolestrol berlebihan (hiperkolestrolemi).
vii. Untuk mengelakkan stress, segera mencari puncanya. Minimumkan factor-faktor penyebab. Jalankan terapi stress untuk mengurangkan stress.
.: ok..itu saje yg sy dapat kongsikan ;) jagalah kesihatan dengan sebaiknya ^_^:.
~written by Nur Azzua~