Assalammualaikum..:)
Hari ni nak cakap tentang rasa. Tapi bukan nak cerita tentang rasa kat masakan ok..hihi..nak cakap tentang rasa bersyukur, gembira, cinta, bahagia, terasa, teruja, sedih, marah, benci, kecewa, sakit hati, bersalah, bosan dan lain-lain..:)
Ok..sepanjang kita hidup setiap masa kita akan punya "rasa". Macam-macam jenis rasa yang dapat kita rasakan. Sememangnya Allah memberikan perasaan pada makhlukNya. Terima kasih Allah <3
Rasa bersyukur. Bersyukur setiap pemberian Allah. Bersyukur kerana diberi peluang untuk bernafas dimuka bumi ini. Alhamdulillah. Bersyukur atas segalanya, walaupun kadang-kadang kita punya masalah kita seharusnya bersyukur kerana masalah itu menjadikan kita lebih matang, lebih bersyukur dan lebih segala-galanya.
Rasa gembira, bahagia, cinta, teruja dan lain-lain rasa yang buat kita tersenyum. Bila kita gembira, hari-hari yang kita lalui akan rasa sempurna je kan. Gembira mestila bersebabkan. Dan sebabnya mestila berbagai. Kalau nak ceritakan kat sini memang panjang lebarlaaa..hihi. Bahagia, setiap orang akan rasa bahagia bila kebahagiaan bertandang dalam hidupnya. Cth, hari bahagia..hihi..bahagia disamping keluarga, bahagia dengan kehidupan yang dilaluinya. Cinta. Semua orang punya rasa cinta, cinta paling utama adalah cinta pada yang Esa. Cinta sesama manusia. Cinta adalah sesuatu yang unik yang boleh buat kita tersenyum sepanjang masa..hihi..tapi kadang-kadang boleh buat kita..uhhh..nagis..huhu :D Teruja. Bila rasa teruja ni, kita rasa nak melompat-lompatkan. Teruja ni biasanya kalau kita nampak, dapat benda yang kita tak sangka-sangka..huhu :P
Tapi, dalam kehidupan kita tak selalunya akan sentiasa tersenyum. Pasti ada masanya kita akan rasa sedih, marah, benci, kecewa, sakit hati, bersalah, bosan dan lain-lain. Sedih. Bila kita sedih kita akan menangis. Kalau tak menangis pun kita akan muram je kan :/. Sedih ni bilanya kalau ada sesuatu yang tak best yang buruk or yang berlakulah menimpa pada diri kita. Marah. Marah bila ada benda yang kita rasa nak marah sangat. Orang buat kita or apa-apa saja. Benci. Benci ni bila sesuatu tu kita tak suka. Buat kita rasa meluat. Bila kena paksa. Kecewa. Kecewa biasanya bila apa yang kita harapkan tak menjadi. Kecewa bila orang yang memberi kita harapan yang buat kita happy tapi akhirnya :((. Terasa. Terasa bila kita dengar kata-kata orang yang tak menyenangkan tentang diri kita. Sakit hati. Sakit hati bila apa yang kita buat semua tak kena. Sakit hati bila orang tak pernah nak faham kita.
Bersalah. Rasa bersalah timbul bila kita buat sesuatu kesalahan. Tapi buat salah pada orang walaupun orang tu dah memaafkan kita, kita akan tetap rasa bersalah, tapi apatah lagi kalau orang tu tak maafkan kita. Bosan. Kita akan rasa bosan bila kita dah tak tau buat apa. Bila kita selalu mengadap sesuatu benda yang sama dan sebagainya.
- Benda yang biasa berlaku dalam kehidupan -
Ok..tu jelah yang cik wawa bebelkan untuk hari ni..hihi..:))
No comments:
Post a Comment