Wednesday, February 29, 2012

::Suka tengok mereka ;) ::

Assalamualaikum kawan2 ^_^

Hari cik wawa agak busy dengan terkejar kelas, jadual yang padat..hurrmm, but it's ok..malam ni realise tension dgn tengok gambar-gambar budak comel, suka tengok budak-budak comel macam ni, geram ! nak layan2, peluk2..hihi.. Tambah pulak pakai tudung, ish ! cute miut ! ^_^

Jom tengok gambar-gambar ni ;)





.: ha ! comelkan drng ?? Sejuk mata memandang mereka nih :.

huhu..ok..tu je untuk har ni..assalamualaikum ;)

Saturday, February 25, 2012

::Usai Aku Terima Nikahnya::

Assalamualaikum kawan-kawan ;)


Hari ni saya cakap tentang novel yang latest saya baca, baru selesai baca novel ni, tajuk dia "Usai Aku Terima Nikahnya..". Novel ni memang terbaeekklah..5 star saya bg, jalan cerita dia sangat best, menyentuh perasaan kepada yang membacanya. Macam-macam rasa masa baca novel ni, marah geram sedih, gembira..semuanya ada..hihi ;)


” Usai Aku Terima Nikahnya menceritakan seorang anak yatim piatu yang bernama Puteri yang telah diwasiatkan untuk dijaga oleh anak-anak angkat arwah datuknya. Tetapi wasiat yang dipegang oleh makcik dan pakcik angkatnya adalah semata-mata tamakkan harta yang ada pada Puteri.
Sehinggala mak long angkatnya memaksa anak lelakinya berkahwin dengan Puteri walaupun lelaki itu telah ada pilihan sendiri. Dari situ la rentetan bermulanya dari tiada perasaan sayang sehingga la timbul bibit cinta antara Iskandar dan puteri. Percaya la novel ini boleh buat anda akan rasa happy, sedih dan marah dan novel ni akan buat anda semua tak boleh nak tutup walaupun sesaat. hehhhehe enjoy your reading k “
*******************************************************

::SINOPSIS USAI AKU TERIMA NIKAHNYA::
Puteri Nur Aina, tidak pernah mengharapkan kehidupan indah di atas pernikahan terpaksanya dengan Iskandar hafiz. Baginya perkahwinan ini adalah penyelamat kepada dirinya yang derita dan dikongkong oleh keluarga angkatnya. Takdir telah menentukan mereka suami isteri telah jatuh cinta dan melalui fasa bahagia alam rumah tangga.


Namun, episod gembira cinta mereka tidak disenangi oleh beberapa pihak yang menyebabkan Iskandar Hafiz amat tertekan. Lalu keputusan yang diambilnya secara tidak sengaja telah menyebabkan Puteri Nur Aina sedih lagi terluka.

Dalam masa yang sama muncul sahabat baik Iskandar Hafiz, Megat Khalif yang telah jatuh cinta pada Puteri Nur Aina pada pandangan pertama lagi, dan sanggup berkorban apa sahaja demi melihat 'puterinya' tersenyum bahagia semula.

Dia tidak berputus asa menunggu sehingga Puteri Nur Aina dapat melupakan Iskandar Hafiz dan menerimanya dengan sepenuh hati. Malangnya, apabila Puteri Nur Aina mula menerimanya, Iskandar Hafiz kembali menagih kasih....

Puteri : "Hadirmu bagaikan seorang wira, menyelamatkan aku dari lembah sengsara, yang mengajar apa itu rasa cinta dan erti perasaan. Namun, yang seorang lagi cukup sempurna, setia mengubati lukaku, sentiasa ada saat aku memerlukan. Tanpamu aku lelah..."

Abang Is : "Kau bukannya yang pertama di hati, namun kaulah perempuan pertama aku nikahi, sehingga lidahku menjadi kelu untuk menyebut nama yang lain, menjadikan hanya dirimu perempuan terakhirku..."

Khalif : " Rasa cinta padamu tidak pernah pudar, walaupun nyawa bercerai dengan badan. Apa yang kuinginkan, hanyalah kebahagiaan dirimu, Puteriku...."

Apakah kesudahan kemelut kisah cinta mereka? Temui jawapan akhirnya dalam Usai.... Aku Terima Nikahnya..
***************************************************


Ok, saya dah selesai dengan Usai Aku Terima Nikahnya..anda-anda yang dah baca novel ni mesti setuju kan bila saya cakap novel ni best..hihi..pada yang belum baca novel ni..saya suggestkan baca la novel ni..syok..ehee :D


Ok, tu je..membebel sajakan..cukup ! Bye, Assalamualaikum ;)

Friday, February 24, 2012

::Mereka Sweet ! ::

Assalamualaikum kawan-kawan semua ^_^

23/2/2012 tarikh keramat mereka, tahniah buat Yusri dan Lisa Surihani. Moga bahagia hingga akhir hayat ;))


Sweet sangat nih ;)





::OK..tu je..ehee..suka tengok mereka::

Wednesday, February 22, 2012

::Anemia Semasa Hamil::


Assalamualaikum kawan2 ;)

Ini merupakan sambungan semalam berkaitan anemia, cuma kali ini berkaitan tentan ibu mengandung..mari kita kongsi info ni sama2 ;)

Apa itu anemia semasa mengandung?

Anemia ketika mengandung terjadi apabila seseorang wanita itu mempunyai paras hemoglobin yang rendah semasa mengandung. Anemia berlaku apabila jumlah sel-sel darah merah di dalam darah berkurangan dari biasa. Sebagai seorang wanita mengandung, adalah penting bagi anda untuk mendapatkan ujian darah bagi menentukan paras hemoglobinnya semasa lawatan pertama pemeriksaan kandungan (lawatan antenatal). Walaupun anda tidak mengalami masalah anemia pada lawatan pertama, anda masih berpotensi untuk mengalami keadaan ini kemudiannya dalam tempoh kehamilan tersebut. Terdapat banyak jenis anemia. Jika anda merasakan bahawa anda mengalami masalah ini, berjumpalah doktor.





Asas Saintifik

Sel darah merah adalah sel yang berperanan untuk mengagihkan oksigen ke seluruh badan. Komponen darah yang memainkan peranan utama dalam hal ini dikenali sebagai hemoglobin. Ia membawa oksigen ke seluruh tisu-tisu badan.
Hemoglobin terdiri daripada protein dan juga ferum (zat besi). Ferum ini adalah penting untuk mengekalkan paras hemoglobin.

Penyebab

Kebanyakkan anemia yang berlaku semasa mengandung adalah berkaitan dengan kekurangan ferum dan juga asid folik. Dalam kebanyakan kes, perkara-perkara berikut boleh menyebabkan masalah anemia :
  • Kurang pengambilan ferum dan asid folik di dalam diet harian.
  • Mengalami kehilangan darah yang berpunca dari pendarahan gastrousus, buasir, ataupun darah haid yang terlalu banyak.
  • Proses pencernaan mungkin mengalami sedikit perubahan semasa hamil di mana ini akan menyebabkan berlakunya anemia walaupun jumlah pengambilan ferum dan juga asid folik mencukupi. Ini kerana sebahagian daripada ferum dan juga asid folik itu diagihkan kepada janin dalam kandungan.
  • Talasemia - sejenis penyakit darah keturunan yang banyak berlaku di kawasan Asia, Mediterranean dan juga Afrika.


Faktor - faktor risiko

Berikut adalah beberapa faktor yang dapat meningkatkan risiko untuk mendapat anemia :
  • Wanita yang mengandung yang tidak dapat makan dengan baik kerana masalah loya atau muntah.
  • Wanita yang mengandung kembar.
  • Sela masa kehamilan yang terlalu rapat.
  • Pemakanan yang tidak baik - kekurangan pelbagai jenis vitamin. Wanita yang tidak mengambil ferum dengan cukup adalah lebih mudah mendapat anemia.
  • Merokok dan meminum alkohol berlebihan.
  • Sebarang ketidakaturan atau masalah yang boleh mengurangkan penyerapan zat makanan.
  • Penggunaan ubat-ubat antikonvulsi.

Tanda - tanda dan gejala

Gejala yang paling biasa berlaku adalah :
  • Merasa letih, lemah anggota dan sering pengsan.
  • Kelihatan pucat.
  • Kesukaran bernafas/sesak nafas.

Gejala berikut juga boleh berlaku :
  • Loya
  • Mengalami debaran (palpitasi) - dengupan jantung yang cepat
  • Sakit kepala dan pening
  • Kerengsaan dan juga keradangan pada lidah
  • Mudah lupa


Berikut merupakan gejala yang jarang berlaku :
  • Mengalami jaundis ataupun kekuningan, terutama pada mata dan kulit
  • Sakit di bahagian perut atau abdomen

Komplikasi

Anemia kekurangan ferum yang ringan tidak mendatangkan masalah terutamanya kepada bayi. Masalah yang serius hanya akan berlaku apabila keadaan anemia tersebut menjadi lebih teruk.
  • Kajian menunjukkan bahawa keadaan anemia yang teruk boleh mengaruh kelahiran pramatang, mengurangkan bekalan oksigen kepada bayi dan juga menyebabkan tumbesaran bayi terbantut.
  • Ia boleh meningkatkan tekanan darah tinggi atau praeklampsia di kalangan ibu. Praeklampsia merupakan satu keadaan di mana tekanan darah meningkat semasa mengandung dan boleh mendatangkan komplikasi yang buruk kepada ibu dan juga janin sekiranya tidak dirawat.
  • Lebih mudah untuk mendapat jangkitan semasa mengandung dan selepas bersalin.

Ujian - ujian

Untuk mendapatkan diagnosis, pemeriksaan berikut perlu dijalankan :
  • Sejarah perubatan dan pemeriksaan fizikal oleh doktor.
  • Ujian darah di makmal seperti ujian paras hemoglobin, ferum, hematokrit dan juga paras asid folik. Ini adalah penting untuk mengesan sebarang kekurangan ferum dan juga asid folik.

Rawatan farmakologi.

Di dalam kes anemia, rawatan yang selalu diberi oleh doktor adalah tambahan asid folik dan ferum. Ambillah ferum tambahan 1 jam sebelum makan atau waktu di antara 2 waktu makan utama untuk penyerapan yang lebih baik atau pun dua kali sehari. Walau bagaimanapun, terlalu kerap mengambil ferum boleh menyebabkan sembelit. Jadi, untuk mengelakkan masalah sembelit, ambil lebih banyak serat dan lebihkan meminum cecair.
Rawatan mungkin melibatkan pengambilan diet yang kaya dengan ferum, asid folik dan juga vitamin. Rehat yang cukup adalah penting. Asid folik adalah sejenis vitamin yang boleh didapati di dalam banyak jenis makanan dan multivitamin tambahan. Asid folik adalah penting untuk mengelak kejadian anemia dan kecacatan kelahiran. Makanan yang kaya dengan asid folik termasuklah sayuran berdaun hijau, jus dan buah-buahan sitrus dan juga kekacang. Pengambilan multivitamin tambahan juga adalah perlu.

Pemantauan

Pemeriksaan kandungan yang berkala akan dapat memantau paras hemoglobin anda untuk sepanjang tempoh kehamilan.

Prognosis
  • Sekiranya masalah ini dikesan awal dan dirawat dengan sempurna, prognosis untuk anda dan anak dalam kandungan adalah baik. Dengan kata lain keselamatan anda dan janin adalah terpelihara. Semasa hamil, tubuh ibu akan sentiasa mempastikan yang bayi di dalam kandungan akan mendapat bekalan ferum yang cukup berbanding dengan ibu itu sendiri. Oleh itu keperluan untuk bayi sentiasa ada.
  • Anemia biasanya mudah dirawat dengan pengambilan ferum dan juga asid folik tambahan yang cukup.
  • Tetapi sekiranya keadaan anemia itu dibiarkan tidak dirawat, kesan buruk akan timbul pada ibu dan juga bayi dalam kandungan dan juga untuk kehamilan-kehamilan yang mendatang.

Pencegahan

Pelbagai langkah boleh diambil untuk mengelakkan masalah kekurangan ferum:

  • Kebanyakkan ibu mengandung biasanya diberikan ferum tambahan bagi mengelak dari berlakunya masalah kurang darah.
  • Makan makanan yang kaya dengan ferum seperti hati, sayur bayam dan juga buah-buahan kering untuk menambahkan paras ferum dalam darah.
  • Makan makanan yang mengandungi asid folik seperti wheat germ, kekacang, mentega kacang, cendawan dan juga hati.
  • Banyak memakan makanan yang kaya dengan vitamin C seperti buah-buahan, ulam, sayur-sayuran dan juga jus oren. Ia akan meningkatkan kadar penyerapan ferum.
  • Pastikan anda mengambil vitamin dan juga zat mineral tambahan terutamanya asid folik.
  • Elakkan meminum kopi atau teh pada waktu makan dan ketika mengambil vitamin tambahan.



Tuesday, February 21, 2012

::Anemia::

Assalamualaikum kawan ^_^

Hari ni saya nak kongsi ilmu berkaitan penyakit anemia, apa itu anemia. Jom baca ;)

Apakah Anaemia?
Ia adalah suatu keadaan dimana sel darah merah yang matang yang membawa oksigen ke seluruh tisu badan berkurangan. Fungsi ini dijalankan oleh protein yang dinamakan haemoglobin. Anaemia biasanya bermaksud haemoglobin yang tidak mencukupi. Paras Haemoglobin yang normal adalah diantara 11.5 hingga 16.5g/dL untuk perempuan dan 12.5 hingga 18.5g/dL untuk lelaki.






Sebab-sebab anaemia
  • Kehilangan darah (samada akut atau kronik).
-   Kehilangan darah yang akut boleh dilihat semasa kemalangan jalan raya atau selepas pembedahan. Kehilangan darah yang melebihi 500ml biasanya memerlukan gentian darah.
-  Kehilangan darah kronik biasanya berlaku semasa kedatangan haid yang berlebihan, infestasi cacing dan lain-lain keadaan.

  • Pembentukan sel darah merah yang tidak mencukupi dari tulang sum-sum.
v  Ini mungkin disebabkan oleh :
-  Kekurangan faktor penting seperti zat besi,, vitamin B12, folate dan erythropoietin.
ü  Pembesaran yang mendadak bagi remaja, menyebabkan penambahan keperluan zat besi dimana ianya melebihi paras penyerapan zat besi.
ü  Kitaran haid bagi wanita dengan kehilangan anggaran 30mg zat besi Setiap bulan menyebabkan kekurangan zat besi.
Faktor Toksik : Penyakit Inflamasi, kegagalan hati dan ginjal, ubatan.
-  Kekurangan hormon : Paras hormon tiroid rendah.
-  Serangan tulang sum-sum : kanser darah, penyakit tulang sum-sum.
Gangguan pembentukan sel darah merah: keadaan seperti Talasemia.

Jenis Anemia yang biasa berlaku ialah :

1.       Anemia Kerana Kekurangan Asam Folat.

Anemia Kerana Kekurangan Asam Folat adalah suatu anemia megaloblastik yang disebabkan kekurangan asam folat. Asam folat adalah vitamin yang terdapat pada sayuran mentah, buah segar dan daging, tetapi proses memasak biasanya dapat merosakkan vitamin ini. Kerana tubuh hanya menyimpan asam folat dalam jumlah kecil, maka suatu makanan yang sedikit mengandung asam folat, akan menyebabkan kekurangan asam folat dalam waktu beberapa bulan.

2.       Anemia Kerana Kekurangan Vitamin B12.

Anemia Kerana Kekurangan Vitamin B12 adalah anemia megaloblastik yang disebabkan oleh kekurangan vitamin B12. Selain zat besi, sumsum tulang memerlukan vitamin B12 dan asam folat untuk menghasilkan sel darah merah. Jika kekurangan salah satu darinya, boleh terjadi anemia megaloblastik. Pada anemia jenis ini, sumsum tulang menghasilkan sel darah merah yang besar dan abnormal (megaloblas).

3.       Anemia Kerana Kekurangan Vitamin C.

Anemia Kerana Kekurangan Vitamin C adalah sejenis anemia yang jarang terjadi, yang disebabkan oleh kekurangan vitamin C yang berat dalam jangka waktu yang lama.

4.       Anemia Kerana Kekurangan Zat Besi.

Anemia Kerana Kekurangan Zat Besi adalah suatu keadaan dimana jumlah sel darah merah atau hemoglobin (protein pengangkut oksigen) dalam sel darah berada dibawah normal, yang disebabkan kerana kekurangan zat besi. Beberapa zat gizi diperlukan dalam pembentukan sel darah merah.

5.       Anemia Kerana Kelainan Pada Sel Darah Merah.

Penghancuran sel darah merah boleh terjadi kerana :
-    sel darah merah memiliki kelainan bentuk.
-    sel darah merah memiliki selaput yang lemah dan mudah robek.
-   kekurangan enzim yang diperlukan supaya boleh berfungsi sebagaimana mestinya dan enzim yang menjaga kelenturan sehingga memungkinkan sel darah merah mengalir melalui pembuluh darah yang sempit.

6.       Anemia kerana kekurangan G6PD.

Kekurangan G6PD adalah suatu penyakit dimana enzim G6PD (glukosa 6 fosfat dehidrogenase) hilang dari selaput sel darah merah. Enzim G6PD membantu mengolah glukosa (gula sederhana yang merupakan sumber energi utama untuk sel darah merah) dan membantu menghasilkan glutation (mencegah pecahnya sel).

7.       Anemia Kerana Penyakit Kronik.

Penyakit kronik sering menyebabkan anemia, terutama pada penderita yang lanjut usia. Keadaan-keadaan seperti infeksi, peradangan dan kanser, menekan pembentukan sel darah merah di sumsum tulang. Kerana zat besi di dalam tulang tidak dapat digunakan oleh sel darah merah yang baru, maka anemia ini sering disebut anemia anemia penggunaan ulang zat besi.

8.       Anemia Kerana Perdarahan Hebat.

Anemia Kerana Perdarahan Hebat adalah berkurangnya jumlah sel darah merah atau jumlah hemoglobin (protein pengangkut oksigen) yang disebabkan oleh perdarahan hebat. Contonya seperti kemalangan, pembedahan, pecahnya pembuluh darah, perdarahan hidung, perdarahan menstruasi yang sangat banyak.

Gejala-gejala termasuk:

  • Keletihan setiap masa.
  • Pening
  • Sesak nafas apabila melakukan atktiviti fizikal
  • Kulit pucat
  • Kadar denyutan jantung yang cepat
  • Kurang daya ingatan
  • Kurang berat badan




Komplikasi

Jika Anaemia sangat teruk ia akan menyebabkan :
  • Kegagalan jantung dimana fungsi jantung menjadi lemah dan tidak mencukupi.
  • Masalah semasa mengandung seperti melahirkan anak pramatang dan pertumbuhan janin yang terencat semasa berada didalam kandungan.
Rawatan

Pemeriksaan haemoglobin untuk menentukan samada anda menghidapi anaemia atau tidak boleh dilakukan di klinik berhampiran dengan anda.
Rawatan Anaemia bergantung kepada jenis Anaemia yang dihadapi.
  • Jika ia disebabkan oleh masalah perubatan seperti Talasemia, Leukaemia, rawatan khusus perlu dilakukan.
  • Jika ia disebabkan oleh kekurangan zat besi, maka ia perlu mengambil makanan seimbang yang mengandungi zat besi yang tinggi dan juga pil tambahan zat besi. 
Tips lain: Untuk merawat kekurangan zat besi :

Dinasihatkan mengambil pil tambahan zat besi bersama dengan vitamin C untuk membantu penyerapan zat besi.
Penyebab utama seperti infeksi cacing dan keradangan pada usus perlu dirawat.

Pencegahan

Makan makanan seimbang setiap hari. 


~ok..tu je cik wawa nk kongsi info, nanti ade smbungan dia untuk anemia wanita hamil pula:) ::

THANK YOU ^_^

Wednesday, February 15, 2012

::10 Perkara Yang Merosakkan Otak::

Assalammualaikum kawan-kawan ;)

Hai..jom tgk ni ;))


ok..tu je..saje nk kongsi dengan anda2 semua..huhu ;)

Wednesday, February 8, 2012

::Cool Blog::

Hai kawan2 semua..;))

Hari ni semangat cool blog ! ^_^

Cool Blog ! Cool Blog ! Huhu..cool sangat air ni. Bila dapat minum rasa kepuasan yang tak terhingga n nikmat. Lagi-lagi bila tengah waktu panas dan dahaga lagi la nikmat minum cool blog ni. Choclate Blog adalah kegemaran saya, memang tak tolaklah kalau dapat tu..hihi ;)



::ok ada masa bg yg tak try lagi try la yek..ehee ::

Sunday, February 5, 2012

::Salam Maulidur Rasul::



SEJARAH RINGKAS RASULULLAH SAW

Nama          : Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim. 

Tarikh lahir : Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yangmenyerang kota Ka’abah).

Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah .

Nama bapa  : ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim. 

Nama ibu      : Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf. 

Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) 

Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab) 

Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN 

ÂPeristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di 

dalamnya.

USIA 6 TAHUN 
· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah) 
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN 
· Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia. 
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun). 
· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. 
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN 
· Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. 
· Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN 
· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. 
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.. 
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. 
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN 
· Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah. 
· Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah. 
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN 
· Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN 
· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. 
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN 
· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW. 
  1. Khadijah Binti Khuwailid.
  2. Saudah Binti Zam’ah.
  3. ‘Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
  4. Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab).
  5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
  6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
  7. Zainab Binti Jahsy.
  8. Maimunah Binti Harith.
  9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
  10. Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)
ANAK-ANAK RASULULLAH SAW 

1. Qasim 
2. Abdullah 
3. Ibrahim 
4. Zainab 
5. Ruqaiyah 
6. Ummi Kalthum 
7. Fatimah Al-Zahra’



ANAK TIRI RASULULLAH SAW 
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SUSUAN 
  1. Thuwaibah 
  2. Hamzah 
  3. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad 
  4. Halimah Al-Saidiyyah 
  5. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib 
  6. Abdullah bin Harith bin Abdul ‘Uzza 
  7. Syaima’ binti Harith bin Abdul ‘Uzza 
  8. ‘Aisyah binti Harith bin abdul ‘Uzza
Bapa-bapa saudara:

• Al-Harith bin Abdul Muthalib
• Muqawwam bin Abdul Muthalib
• Zubair bin Abdul Muthalib
• Hamzah bin Abdul Muthalib
• Al-Abbas bin Abdul Muthalib
• Abu Thalib bin Abdul Muthalib
• Abu Lahab bin Abdul Muthalib
• Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib
• Hijl bin Abdul Muthalib
• Dzirar bin Abdul Muthalib
• Ghaidaq bin Abdul Muthalib

Pengalaman bekerja Rasulullah:
  • Semenjak kecil lagi, baginda telah menternak kambing dan berniaga membantu bapa saudaranya.
  • Abu Talib telah membawa baginda ke Syam (Syria) bagi membantunya berniaga.
  • Apabila baginda telah agak dewasa, baginda telah mula menjalankan perdagangan baginda sendiri secara kecil-kecilan dan menjalankan perniagaan dengan menggunakan modal orang lain kerana baginda sedar bapa saudaranya bukanlah terdiri daripada orang yang berada dan beliau terpaksa menyara sebuah keluarga yang besar.
  • Ketika baginda berusia dua puluh lima tahun, baginda telah pergi ke Syam untuk kali kedua bagi menjalankan perniagaan Sayidatina Khadijah. Bukti Rasulullah adalah seorang ketua keluarga yang patut dicontohi: Rasulullah merupakan seorang yang pengasih.
  • Sebagai seorang suami, baginda sering membantu isteri menjalankan urusan rumah seperti memasak, menampal pakaian yang koyak, memmbersih rumah dan menjaga anak.
  • Sebagai seorang bapa, baginda memberi pendidikan agama yang secukupnya dan menjadi seorang contoh yang baik kepada anak-anak.
Gelaran Al-Amin: Baginda merupakan seorang yang jujur, amanah dan budi pekerti. Perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai sehingga baginda diberi gelaran al-Amin oleh masyarakat Arab Quraisy.
Sifat-sifat terpuji Rasulullah:


  •  Berkata benar (siddiq)
  • Boleh dipercayai (amanah)
  • Penyampai ajaran Islam (tabliq)
  • Bijaksana (fatanah)

Kepimpinan Rasulullah disebalik peristiwa banjir di kota Mekah ketika Rasulullah berusia 35thn: Kota Mekah telah dilanda banjir kilat yang menyebabkan dinding kaabah pecah dan runtuh. Kaum Quraisy telah membina semula bahagian yang runtuh. Kemudian timbul perbalahan antara ketua kaum Quraisy yang berebut untuk mengangkat dan meletakkan Hajar Aswad di penjuru sebelah timur bangunan kaabah. Perbalahan ini hampir menimbulkan peperangan. Rasulullah telah menjadi hakim bagi menentukan kedudukan Hajar Aswad dan secara tidak langsung Rasulullah telah meleraikan perbalahan antara ketua kaum Quraisy.
Peristiwa Rasulullah menerima wahyu:

  • Wahyu pertama diterima Rasulullah pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
  • Ketika itu Rasulullah berusia 40 tahun.
  • Wahyu tersebut diterima baginda di Gua Hirak al-Jabar Nur.
  • Surah al-Alaq, wahyu pertama yang berbunyi “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. ”
  • Wahyu kedua, surah al-Muddasir (ayat 1-7) diturunkan di Bukit Nur berhampiran Makkah.
  • Wahyu kedua ini menandakan pelantikan baginda sebagai Rasulullah atau pesuruh Allah.
Tokoh-tokoh awal memeluk Islam:


• Zaid bin Harithah (anak angkat nabi)
• Ali bin Abu Talib (sepupu nabi berusia 10 tahun)
• Khadijah binti Khuwailid (isteri nabi dan orang pertama memeluk Islam)
• Abu Bakar al-Siddiq (sahabat karib)

Wahyu pertama yg diterima oleh Rasulullah, masanya dan usia Rasulullah:


  • Wahyu pertama iaitu dari surah al-Alaq yang berbunyi “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. ”
  • Pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
  • Berusia 40 tahun.

Keadaan Rasulullah ketika menerima wahyu:


Pada suatu ketika sedang dia bertafakkur itu datanglah malaikat kepadanya, lalu berkata: “Bacalah!” (Iqra’). Lalu Rasulullah menjawab; “Saya tidak pandai membaca.” Lalu kata beliau: “Maka diambilnya aku dan dipagutnya sampai habis tenagaku. Kemudian dilepaskan¬nya aku dan dia berkata pula: “Bacalah!” Tetapi aku jawab: “Aku tidak pandai membaca!” Lalu dipagutnya pula aku sampai habis pula tenagaku.

Kemudian ditegakkannya aku baik-baik dan dikatakannya pula: “Bacalah!”, yang ketiga kali, lalu berkatalah malaikat itu: “Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menjadikan,” sampai kepada ujung “Yang telah mengajarkan kepada manusia apa yang dia tidak tahu.” Setelah sampai pada ujung ayat tersebut malaikat itu pun ghaiblah dan tinggallah beliau seorang diri dalam rasa kengerian.
Lalu beliau segera pulang kepada isterinya Khadijah. Lalu beliau berkata: “Selimutilah aku, selimutilah aku.” (Zammiluuni, zammiluuni). Maka segeralah orang-orang dalam rumah menyelimuti beliau, sampai rasa dingin itu hilang. Lalu berkatalah beliau kepada Khadijah: “Hai Khadijah, apakah yang telah terjadi atas diriku ini?” Lalu beliau ceriterakan segala yang telah beliau alami itu, akhirnya beliau berkata: “Aku ngeri atas diriku.”
Sabda Rasulullah SAW: 

“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas ).

.: SALAM MAULIDUR RASUL DARI CIK WAWA ;) :.