Assalamualaikum kawan ^_^
Hari ni saya nak kongsi ilmu berkaitan penyakit anemia, apa itu anemia. Jom baca ;)
Apakah Anaemia?
Ia adalah suatu keadaan dimana sel darah merah yang matang yang membawa oksigen ke seluruh tisu badan berkurangan. Fungsi ini dijalankan oleh protein yang dinamakan haemoglobin. Anaemia biasanya bermaksud haemoglobin yang tidak mencukupi. Paras Haemoglobin yang normal adalah diantara 11.5 hingga 16.5g/dL untuk perempuan dan 12.5 hingga 18.5g/dL untuk lelaki.
Sebab-sebab anaemia
- Kehilangan darah (samada akut atau kronik).
- Kehilangan darah yang akut boleh dilihat semasa kemalangan jalan raya atau selepas pembedahan. Kehilangan darah yang melebihi 500ml biasanya memerlukan gentian darah.
- Kehilangan darah kronik biasanya berlaku semasa kedatangan haid yang berlebihan, infestasi cacing dan lain-lain keadaan.
- Pembentukan sel darah merah yang tidak mencukupi dari tulang sum-sum.
v Ini mungkin disebabkan oleh :
- Kekurangan faktor penting seperti zat besi,, vitamin B12, folate dan erythropoietin.
ü Pembesaran yang mendadak bagi remaja, menyebabkan penambahan keperluan zat besi dimana ianya melebihi paras penyerapan zat besi.
ü Kitaran haid bagi wanita dengan kehilangan anggaran 30mg zat besi Setiap bulan menyebabkan kekurangan zat besi.
- Faktor Toksik : Penyakit Inflamasi, kegagalan hati dan ginjal, ubatan.
- Kekurangan hormon : Paras hormon tiroid rendah.
- Serangan tulang sum-sum : kanser darah, penyakit tulang sum-sum.
- Gangguan pembentukan sel darah merah: keadaan seperti Talasemia.
Jenis Anemia yang biasa berlaku ialah :
1. Anemia Kerana Kekurangan Asam Folat.
Anemia Kerana Kekurangan Asam Folat adalah suatu anemia megaloblastik yang disebabkan kekurangan asam folat. Asam folat adalah vitamin yang terdapat pada sayuran mentah, buah segar dan daging, tetapi proses memasak biasanya dapat merosakkan vitamin ini. Kerana tubuh hanya menyimpan asam folat dalam jumlah kecil, maka suatu makanan yang sedikit mengandung asam folat, akan menyebabkan kekurangan asam folat dalam waktu beberapa bulan.
2. Anemia Kerana Kekurangan Vitamin B12.
Anemia Kerana Kekurangan Vitamin B12 adalah anemia megaloblastik yang disebabkan oleh kekurangan vitamin B12. Selain zat besi, sumsum tulang memerlukan vitamin B12 dan asam folat untuk menghasilkan sel darah merah. Jika kekurangan salah satu darinya, boleh terjadi anemia megaloblastik. Pada anemia jenis ini, sumsum tulang menghasilkan sel darah merah yang besar dan abnormal (megaloblas).
3. Anemia Kerana Kekurangan Vitamin C.
Anemia Kerana Kekurangan Vitamin C adalah sejenis anemia yang jarang terjadi, yang disebabkan oleh kekurangan vitamin C yang berat dalam jangka waktu yang lama.
4. Anemia Kerana Kekurangan Zat Besi.
Anemia Kerana Kekurangan Zat Besi adalah suatu keadaan dimana jumlah sel darah merah atau hemoglobin (protein pengangkut oksigen) dalam sel darah berada dibawah normal, yang disebabkan kerana kekurangan zat besi. Beberapa zat gizi diperlukan dalam pembentukan sel darah merah.
5. Anemia Kerana Kelainan Pada Sel Darah Merah.
Penghancuran sel darah merah boleh terjadi kerana :
- sel darah merah memiliki kelainan bentuk.
- sel darah merah memiliki selaput yang lemah dan mudah robek.
- kekurangan enzim yang diperlukan supaya boleh berfungsi sebagaimana mestinya dan enzim yang menjaga kelenturan sehingga memungkinkan sel darah merah mengalir melalui pembuluh darah yang sempit.
6. Anemia kerana kekurangan G6PD.
Kekurangan G6PD adalah suatu penyakit dimana enzim G6PD (glukosa 6 fosfat dehidrogenase) hilang dari selaput sel darah merah. Enzim G6PD membantu mengolah glukosa (gula sederhana yang merupakan sumber energi utama untuk sel darah merah) dan membantu menghasilkan glutation (mencegah pecahnya sel).
7. Anemia Kerana Penyakit Kronik.
Penyakit kronik sering menyebabkan anemia, terutama pada penderita yang lanjut usia. Keadaan-keadaan seperti infeksi, peradangan dan kanser, menekan pembentukan sel darah merah di sumsum tulang. Kerana zat besi di dalam tulang tidak dapat digunakan oleh sel darah merah yang baru, maka anemia ini sering disebut anemia anemia penggunaan ulang zat besi.
8. Anemia Kerana Perdarahan Hebat.
Anemia Kerana Perdarahan Hebat adalah berkurangnya jumlah sel darah merah atau jumlah hemoglobin (protein pengangkut oksigen) yang disebabkan oleh perdarahan hebat. Contonya seperti kemalangan, pembedahan, pecahnya pembuluh darah, perdarahan hidung, perdarahan menstruasi yang sangat banyak.
Gejala-gejala termasuk:
- Keletihan setiap masa.
- Pening
- Sesak nafas apabila melakukan atktiviti fizikal
- Kulit pucat
- Kadar denyutan jantung yang cepat
- Kurang daya ingatan
- Kurang berat badan
Komplikasi
Jika Anaemia sangat teruk ia akan menyebabkan :
- Kegagalan jantung dimana fungsi jantung menjadi lemah dan tidak mencukupi.
- Masalah semasa mengandung seperti melahirkan anak pramatang dan pertumbuhan janin yang terencat semasa berada didalam kandungan.
Rawatan
Pemeriksaan haemoglobin untuk menentukan samada anda menghidapi anaemia atau tidak boleh dilakukan di klinik berhampiran dengan anda.
Rawatan Anaemia bergantung kepada jenis Anaemia yang dihadapi.
- Jika ia disebabkan oleh masalah perubatan seperti Talasemia, Leukaemia, rawatan khusus perlu dilakukan.
- Jika ia disebabkan oleh kekurangan zat besi, maka ia perlu mengambil makanan seimbang yang mengandungi zat besi yang tinggi dan juga pil tambahan zat besi.
Tips lain: Untuk merawat kekurangan zat besi :
Dinasihatkan mengambil pil tambahan zat besi bersama dengan vitamin C untuk membantu penyerapan zat besi.
Penyebab utama seperti infeksi cacing dan keradangan pada usus perlu dirawat.
Pencegahan
Makan makanan seimbang setiap hari.
~ok..tu je cik wawa nk kongsi info, nanti ade smbungan dia untuk anemia wanita hamil pula:) ::
THANK YOU ^_^
2 comments:
kalau tak minum susu takde effect pape kan? :p
ha? hehe..xdelah,,ni mst tak suka minum susu kn? susu tu sdaplah ;)
Post a Comment