Assalamualaikum semua ;)
Hai2x, kali ni rajin pulak nak meng"update" blog, haha..memang dah lama rindu nak buat kerja ni kan. HuiHui.
Semalam actualy kat kawasan perumahan ni ada buat semburan fogging. Waaa, ingatkan kat luar rumah je tapi dalam rumah pun kena sembur jugak..maka bergegasla kami semua keluar rumah. Biasala sembur fogging nih. Nak2 kalau dah ade kes denggi. Takpelah, bagus dia sembur nih..NYAH KAU NYAMUKKK !! huhu
Haaa..tula dia rumah kami dah penuh dgn asap berkepul-kepul..wwaaoohh..diri jauh-jauh..huhuhu
Ok, meh kita kongsi sikit info tentang semburan fogging ^^
* SEMBURAN FOGGING :-
Semburan kabus (fogging) adalah semburan racun pembunuh nyamuk Aedes dewasa yang membawa virus dengan segera supaya penyakit denggi dapat dikawal daripada merebak. Biasanya semburan kabus (fogging) akan dilakukan oleh pihak berkuasa apabila terdapat kes demam denggi di sesuatu kawasan atau di mana-mana kawasan yang ada Indeks Aedes yang tinggi.
*CARA SEMBURAN FOGGING DILAKUKAN :-
Semburan fogging dilakukan dengan menggunakan mesin yang menggunakan bancuhan racun serangga yang sesuai. Ia akan dilakukan didalam dan diluar rumah kira-kira 200 meter sekitarnya dengan menggunakan mesin "Thermal Fogger" . Semburan fogging juga dilakukan semasa wabak dgn menggunakan mesin "Ultra Low Volume" (ULV) yg diletakkan diatas kenderaan dilakukan disekitar kawasan luar rumah bagi mendapat liputan kawasan yang lebih luas.
*WAKTU YANG SESUAI DILAKUKAN :-
Semburan kabus (fogging) dilakukan pada Waktu awal pagi dan petang (senja) kerana nyamuk Aedes aktif menggigit pada waktu tersebut serta keadaan cuaca pada masa tersebut adalah sesuai untuk semburan fogging.
*KEKERAPAN SEMBURAN FOGGING DILAKUKAN :-
la akan dilakukan apabila kejadian kes denggi dilaporkan di kawasan tersebut dalam tempoh 24 jam dan akan diulang selepas 7-10 hari. Ulangan ini dilakukan berdasarkan kitaran hidup nyamuk Aedes selama seminggu dan tempoh pengeraman virus dalam nyamuk Aedes lebih kurang 10 hari berikutnya.
*TINDAKAN YANG PERLU DILAKUKAN OLEH PENGHUNI RUMAH/PREMIS SEMASA SEMBURAN KABUS (FOGGING) DILAKUKAN?
Semasa semburan kabus (fogging) dilakukan dinasihatkan supaya :-
- Mengosongkan rumah/premis bersama binatang peliharaan.
- Menutup semua tingkap dan pintu yang menghala keluar kecuali pintu
hadapan.
- Membuka semua pintu bilik dalam rumah.
- Menutup atau menyimpan bahan makanan dalam peti ais atau almari
bertutup.
- Mematikan api dapur gas dan menutup baling gas atau bahan mudah
terbakar.
#ok tu je info nak share hari ni, bye semua, assalamualaikum ;)