Tuesday, February 26, 2013

::Nyah Kamu Nyamuk !::

Assalamualaikum semua ;)

Hai2x, kali ni rajin pulak nak meng"update" blog, haha..memang dah lama rindu nak buat kerja ni kan. HuiHui.

Semalam actualy kat kawasan perumahan ni ada buat semburan fogging. Waaa, ingatkan kat luar rumah je tapi dalam rumah pun kena sembur jugak..maka bergegasla kami semua keluar rumah. Biasala sembur fogging nih. Nak2 kalau dah ade kes denggi. Takpelah, bagus dia sembur nih..NYAH KAU NYAMUKKK !! huhu


Haaa..tula dia rumah kami dah penuh dgn asap berkepul-kepul..wwaaoohh..diri jauh-jauh..huhuhu 

Ok, meh kita kongsi sikit info tentang semburan fogging ^^

* SEMBURAN FOGGING :-
Semburan kabus (fogging)  adalah semburan racun pembunuh nyamuk Aedes dewasa yang membawa virus dengan segera supaya penyakit  denggi dapat dikawal  daripada merebak. Biasanya semburan kabus (fogging)  akan dilakukan oleh pihak berkuasa apabila  terdapat kes demam denggi di sesuatu kawasan  atau di mana-mana kawasan yang ada Indeks Aedes yang tinggi.

*CARA SEMBURAN FOGGING DILAKUKAN :-
Semburan fogging dilakukan dengan menggunakan mesin yang menggunakan bancuhan racun serangga yang sesuai. Ia akan dilakukan didalam dan diluar rumah kira-kira 200 meter sekitarnya dengan menggunakan mesin "Thermal Fogger" . Semburan fogging juga dilakukan semasa wabak dgn menggunakan mesin "Ultra Low Volume" (ULV) yg diletakkan diatas kenderaan dilakukan disekitar kawasan luar rumah bagi mendapat liputan kawasan yang lebih luas.

*WAKTU YANG SESUAI DILAKUKAN :-
Semburan kabus (fogging) dilakukan pada Waktu awal pagi dan petang (senja) kerana nyamuk Aedes aktif menggigit  pada waktu tersebut serta keadaan  cuaca pada masa tersebut adalah sesuai untuk semburan fogging.

*KEKERAPAN SEMBURAN FOGGING DILAKUKAN :-
la akan dilakukan apabila kejadian kes denggi dilaporkan di kawasan tersebut dalam tempoh 24 jam dan akan diulang  selepas 7-10 hari. Ulangan ini dilakukan berdasarkan  kitaran hidup nyamuk Aedes selama seminggu dan tempoh pengeraman virus dalam nyamuk Aedes lebih kurang 10 hari berikutnya.

*TINDAKAN YANG PERLU DILAKUKAN OLEH PENGHUNI RUMAH/PREMIS SEMASA SEMBURAN  KABUS (FOGGING)  DILAKUKAN?
Semasa semburan kabus (fogging) dilakukan dinasihatkan supaya  :-

- Mengosongkan rumah/premis bersama binatang peliharaan.
- Menutup semua  tingkap dan pintu yang menghala keluar kecuali pintu
  hadapan.
- Membuka  semua pintu bilik dalam rumah.
- Menutup  atau menyimpan bahan makanan dalam peti ais atau almari
  bertutup.
- Mematikan  api dapur gas dan menutup baling gas atau bahan mudah
  terbakar.



#ok tu je info nak share hari ni, bye semua, assalamualaikum ;)



No comments: