Gambar ini hanya sebagai hiasan.
"Sudah terang terlihat dengan ilmu dan pengalamn hidup insani, tidaklah hadir kita ke dunia ini dengan upaya kita. Dan tidak pula kita tinggalkan dunia ini dengan kehendak dan aturan kita sendiri kita sendiri," .
Ya, memang benar, ilmu dan pengalaman yang mematangkan kita. Dengan ilmu kita jauh lebih ke hadapan berbanding dengan mereka yang tidak berilmu. Aku hina. Aku dapat merasakan setiap kali aku bersama sahabat-sahabatku, berkongsi pengetahuan denganku. Aku dapat merasakan yang ilmuku terlalu cetek jika dibandingkan dengan mereka. Ilmu mereka banyak....tp aku.....bagaimanakah???
Wujud insan didunia ini hanyalah diantara dua titik, mengisi sedetik waktu dan mengisi sezarah ruang...
Ya, Allah sungguh hebat. Maha Agung tuhan sekalian alam. Dunia ini umpama persinggahan sementara. Kita dijadikan-Nya dan dari-Nya. Setelah mati kita kembali semula padanya. Ya Allah..andai aku terpilih hadir dihadapan-Mu saat menghadap-Mu, maka jadikan diriku terindah, dipakaikan pakaian amalan soleh......
Dengan kesepaduan roh dan jasad serta kesempurnaan elemen-elemen alami yang mnyokong kehidupan, nyala hayat ini bukan sekadar memenuhi ruang semata-mata dan menghabisi tempoh tetapi ada misi khusus dan mulia. Allah S.W.T menyatakan bahawa tujuan manusia adalah untuk menghampakan diri atau beribadah hanya kepada Allah. Dengan sifat kehambaan itu manusia bangun berperanan untuk mentadbir alam Tuhan ini dengan sebaik-baiknya sebagai khalifah di muka bumi ini.
Ya, misi yang mulia itu yang paling hebat dan berat terpikul bagiku. Meninggalkan keindahan dunia hanya untuk berdakwah dan berjuang membawa mereka yang terkapai-kapai kepada-Mu. Ya Allah, Kau kekalkanlah Hidayah-Mu buat seluruh umat Nabi Muhammas S.A.W.
Amin ya rabbal alamin....
::copy n paste by cik wawa::
::copy n paste by cik wawa::
No comments:
Post a Comment