Sunday, March 4, 2012

::Kelebihan Solat::

Assalamualaikum kawan-kawan ;)

Alhamdulillah kita bertemu lagi. Hari ni saya nak share tentang kelebihan solat fardhu. Semoga kita dapat memperbaikinya. Ini juga cik wawa buat ingatan pada diri cik wawa sendiri ;)



Jom baca ^_^

Kelebihan Solat Fardhu

Suatu hari Nabi Muhammad S.A.W didatangi serombongan orang-orang yahudi yang bertanyakan tentang sembahyang lima waktu yang diwajibkan ke atas umatnya..


Jawab Nabi S.A.W:
  1. Solat Zohor, maka pada saat itu nyalanya neraka Jahannam, maka tiada seorang mukmin yang mengerjakan sembahyang itu melainkan diharamkan atasnya api Jahannam pada hari kiamat.
  2. Solat Asar, maka pada saat itu Nabi Adam a.s memakan buah khuldi, maka tiada seorang mukmin yang mengerjakan sembahyang ini melainkan keluar dari dosanya bagaikan bayi baru lahir dari perut ibunya.
  3. Solat Maghrib, maka pada saat itu diterima taubat Nabi Adam a.s, maka tiada seorang mukmin yang mengerjakannya dengan ikhlas kemudian minta apa-apa kepada Allah melainkan pasti diber-Nya.
  4. Solat Isyak, maka kubur itu gelap dan hari kiamat juga gelap, maka tiada seorang mukmin yang berjalan dalam gelap malam untuk sembahyang Isyak berjemaah melainkan diharamkan oleh Allah dari terkena nyalanya api, dan diberi cahaya untuk menyeberang di atas titian sirat.
  5. Solat Subuh, maka tiada seorang mukmin yang mengerjakannya empat puluh hari dalam jemaah melainkan diberi Allah dua kebebasan, kebebasan dari neraka dan kebebasan dari munafiq(muslim yang menyembunyikan kekufuran).
Selain itu....

Tiang agama, amalan pertama disoal
Rasulullah saw bersabda “Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya dia menegakkan agama, sesiapa yang meninggalkannya dia meruntuhkan agama.. “Siapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja,maka sesungguhnya dia telah kufur dengan nyata”.-HR Bukhari dan Muslim..
Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w., bersabda:
“Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisabkan seseorang pada hari qiamat mengenainya ialah sembahyangnya jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntung dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah dia.
Kiranya terkurang dari sembahyang fardunya sesuatu, Tuhan berfirman: “Periksalah, adakah hambaku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain.”
Selamat dari azab kubur
Orang Islam yang meninggalkan sembahyang akan disiksa di Alam Barzakh dengan seekor ular Akra (Suja’ul Akra). Ular ini yang akan menyiksanya dengan mematuknya mengikut waktu sembahyang yang ditinggalkan. Ular ini berkuku besi, berkaki, matanya berbintik-bintik putih, berbisa seluruh badan.
Akan muncul seekor ular yang bernama “Suja’ul Aqra” dan ular itu berkata:“Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia- siakan sembahyang Subuh.” Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan sembahyang Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar, begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula. Demikianlah berterusan seksaan oleh Suja’ul Aqra hinggalah hari Kiamat.
Maksud Hadith: “orang yang meninggalkan sembahyang, akan Allah hantarkan kepadanya seekor ular besar bernama “Suja’ul Akra”, yang matanya memancarkan api, mempunyai tangan dan berkuku besi, dengan membawa alat pemukul dari besi berat”.
Gugur dosa
Dari Abu Huraira Sabda rasulullah Shallahu ‘alaihi wasallam: Bagaimana pendapat kamu jika salah seorang daipada kamu mendapati di hadapan rumahnya ada sungai; dia mandi di sungai itu lima kali dalam sehari, apakah ada lagi kotoran pada badannya? Sahabat menjawab “Tidak akan ada apa-apa kotoran lagi.” Kata Rasulullah, “Maka demikianlah juga dengan sembahyang lima kali, Allah menghapuskan dengannya dosa-dosa.” .
Juga diriwayatkan oleh Abdullah bin Amru bahawa Baginda bersabda: Apabila seorang hamba bersembahyang, dibawa dosa-dosanya lalu diletakkan di atas kepalanya ataupun tengkuknya, maka setiap kali dia ruku’ atau sujud, maka gugurlah dosa itu daripadanya.
Satu hari Rasulullah pada musim luruh s.a.w. berjalan bersama sahabat, lalu daun gugur ke bumi. Baginda berkata “Dosa gugur sama seperti gugurnya daun dari pokoknya”
Abu Usman r.a berkata, “Pada suatu hari Salman r.a dan aku sedang duduk di bawah sepohon kayu. Beliau ambil sebatang ranting kering dari pohon tersebut lalu menggoncang-gongcangkannya hingga kesemua daunnya gugur. Kemudia kata beliau padaku, “Hai Abu Usman! Mengapa kamu tidak tanya aku kenapa aku berbuat demikian ini?” Sahutku, “Sila khabarkanlah padaku.” Kata beliau, “Beginilah Rasulullha s.a.w. lakukan dihadapanku semasa ku bersamanya di bawah sepohon kayu. Baginda ambil ranting kering pohon tersebut lalu menggoncang-goncangkannya hingga kesemua daunnya gugur seraya Baginda s.a.w bersabda, “Wahai Salman! mengapa kamu tidak tanya kenapa aku buat demikian ini?” Sahutku, “Silakan khabarkanlah padaku kenapa Baginda buat begini.” Sabda Baginda s.a.w. “Bahawasanya apabila seorang Islam mengambil wudhu dengan sempurna, kemudian dia laksanakan solat lima kali sehari, maka dosa-dosanya gugur seperti mana daun-daun ini gugur.” Lantas Baginda s.a.w membaca ayat Al-Quran (yang mafhumnya),”Dirikanlah solat pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam, sesungguhnya perbuatan yang baik itu menghapuskan perbuatan-perbuatan yang buruk (dosa); itulah peringatan bagi orang-orang yang mahu ingat”

(Surah Hud, Ayat 114)

::moga kawan-kawan memperoleh manfaatnya..::

-copy n paste-

No comments: