Sunday, March 17, 2013

::I Love Kentang ! ;) Part 2::


Asslammualaikum semua ;)

Haaa..dek kerana terlalu gilerrrkan kentang, saya berusaha mencari khasiat dan manfaat kentang untuk dikongsikan bersama kalian semua ^^

Manfaat dan khasiat kentang :-

Skin Care :

Vitamin-C dan B kompleks dan mineral yang terdapat pada kentang sangat baik untuk kulit. Selain itu kentang mentah yang ditumbuk dan dicampur dengan madu, dapat berfungsi sebagai masker muka dan juga sangat baik untuk kesihatan kulit anda agar terasa lembut.

Tekanan Darah Tinggi :
Kentang dapat digunakan untuk menurunkan tekanan darah tinggi kerana di dalamnya terdapat banyak vitamin C dan B, tapi bagi anda yang mengidap diabetes harus menghindari mengkonsumsi kentang secara berlebihan. Selain itu adanya kandungan serat di dalamnya membantu menurunkan kolesterol dan meningkatkan fungsi insulin di dalam tubuh.


Penyakit Jantung :
Selain kandungan vitamin, mineral, dan serat kentang juga mengandung zat yang disebut Karotenoid  yang bermanfaat untuk kesihatan jantung dan organ internal lainnya. Tetapi sebagai peringatan untuk anda yang menderita obesiti dan diabetes sangat tidak dianjurkan mengkonsumsi kentang kerana banyak mengandung karbohidrat dan glukosa.


Batu Karang :
Manfaat kentang seterusnya adalah mencegah batu karang. Bagi penderita batu karang mungkin harus menghindari makanan berprotein tinggi, khususnya protein seperti daging, ikan, bayam, dll. Kentang sangat kaya magnesium yang dapat mencegah pengendapan kalsium (pengapuran) pada ginjal dan jaringan lain, sehingga mencegah terbentuknya batu karang.

Selain itu , dari sumber lain pula :-

Kentang juga mengandungi vitamin B1, B2 dan B3 serta sedikit kandungan protein dan zat besi. Kandungan potasium kentang, dua kali lipat dari kandungan potassium dalam pisang dan fiber. Jumlah lemaknya di bawah paras 25%, sehingga dapat menghalang endapan kolesterol di dalam lapisan saluran darah. Kentang baik bagi yang mengalami kekurangan gula dalam darah. Selain itu kentang merupakan sumber terbaik dalam pembentukan zat besi dalam darah. Menjamin sistem ketahanan badan, karena kandungan vitamin serta kalsium yang tinggi.


Berbagai Kasiat kentang :
  • Menurut kajian, jus kentang mentah boleh membantu mengurangkan penyakit yang menyerang sendi-sendi (arthritis), radang otot (rematik). Sakit yang di sebabkan salah urat atau terkilir, luka-luka kecil dan luka terbakar ringan, dapat dilegakan dengan cara menampalkan irisan kentang pada luka atau nyeri yang dirasakan, selama 15 minit atau lebih.

  • Sos kentang yang digunakan untuk sos salad, dipercaya boleh mengurangkan luka, mengurangkan rasa sakit, serta pencemaran bakteria. Parutan kentang yang ditampal pada kelopak mata, mampu menghilangkan bintik hitam pada mata (dark circles) dan sekiranya dicampur dengankrim, boleh melambatkan munculnya kerut di muka.

  • Kentang juga boleh memutihkan dan melembutkan tangan. Ini menunjukkan kentang bukan saja bermanfaat untuk tujuan pengubatan. Kandungan potassium, dan Vitamin C pada kentang sangat bagus untuk untuk perawatan kulit, seperti wajah berminyak dan berjerawat. Bagi kulit berminyak, dua buah kentang dikupas dan diparut. Lalu dioleskan pada wajah hingga rata, biarkan selama 1/2 jam. Bersihkan dengan air sejuk bersih. Sementara untuk jerawat, sebuah kentang diiris tipis-tipis, tampalkan ke seluruh wajah. Biarkan sampai kentang menjadi kering dan berwarna keabuan. Bersihkan dengan air bersih sejuk.

  • Kentang telah menjadi sahabat semua orang, yang sedang mengatur pola makan. Sehingga kentang bisa menjadi menu alternative untuk diet, sebab kentang dipercaya kaya karbohidrat pangganti nasi bagi yang kini sedang menjalankan diet.

  • Vitamin C-nya, juga terkenal sebagai pereda gangguan penyakit yang sudah dilakukan sejak zaman nenek moyang. Bagi yang menderita kutil, segera oleskan potongan segar kentang mentah pada kutil.

  • Kentang sangat baik bagi  yang memiliki penyakit sering mangalami sakit kerana kelebihan asam lambung. Sebab dalam kentang terkandung atropine yang dapat membantu mengurangkan asam lambung dan mengurangi sakit pada lambung. 

  • Biasanya zat lysine tidak terdapat pada nabati, tetapi di dalam kentang terdapat lysine yang sangat penting dalam pertumbuhan badan dan otak. Dengan kentang kita dapat mengkonsumsi Vitamin C secara mudah. Kerana vitamin C di dalam kentang tidak hilang setelah masak karena dikelilingi oleh sari pati. Walaupun kalorinya cukup rendah, kentang dapat menyebabkan kegemukan karena adanya Glycemic Index.

  • Kentang mempunyai khasiat membuat mata yang lelah kembali bersinar serta dapat menghilangkan bengkak pada mata. Parutlah kentang lalu masukkan ke dalam kain tipis yang bersih (kain kasa atau kain mori) dan kompreskan ke kelopak mata.

Selain itu, sumber daripada utusan mengatakan :-

"KALAU kanak-kanak mungkin mereka boleh makan kentang goreng tetapi saya mesti makan nasi setiap hari," kata seorang rakan apabila mendengar saranan menggantikan hidangan nasi kepada ubi kentang. 
Sebenarnya, hidangan ubi kentang bukan hanya kentang goreng seperti yang terdapat di restoran-restoran segera yang menjadi sumber lemak, meningkatkan kolesterol, melonjakkan risiko darah tinggi dan penyebab obesiti.
Hakikatnya, bukanlah ubi kentang yang menentukan sama ada baik atau buruk untuk kesihatan. Yang penting bagaimana bahan ini disediakan untuk dimakan.
Umum mengetahui ubi kentang sumber nutrisi karbohidrat popular di seluruh dunia. 
Bagi menikmati khasiat sebenar ubi kentang, anda boleh menghasilkan hidangan seperti kek coklat kentang atau sup berkrim kentang.
Tahukah anda selain membekalkan sumber karbohidrat, kentang mempunyai khasiat lain untuk kesihatan?
Kajian menunjukkan dengan mengambil kira-kira 150 gram kentang, kita dapat memenuhi keperluan vitamin C untuk satu hari. Kandungan kalium dalam kentang pula boleh melegakan hipertensi.
Pakar Kesihatan dan Kesejahteraan, Carina Lipold memberitahu, ubi kentang mengandungi banyak manfaat kesihatan sekiranya dijadikan sebahagian amalan diet. 
Katanya, ubi kentang kaya dengan serat, vitamin, mineral, fitokimia, rendah kalori dan pada masa sama mempunyai indeks kekenyangan tinggi. 
"Sebiji kentang bersaiz sederhana (kira-kira 150 gram) yang dikukus dan dimakan dengan kulitnya, memberi sehingga 48 peratus daripada pengambilan harian Vitamin C yang disyorkan untuk seseorang, lebih kalium atau potasium daripada pisang serta mineral penting lain.
"Secara kesimpulan, saya boleh katakan kentang adalah ubi yang banyak kebaikan dan sesuai untuk sebarang amalan diet," katanya pada majlis pengenalan menu dengan ramuan ubi kentang oleh Lembaga Kentang Amerika Syarikat di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Selain itu, ubi kentang dikenali sebagai makanan yang bebas gluten. Menurut Carina, gluten merupakan bahan protein yang terdapat pada bijirin seperti gandum, barli dan rai. Para pesakit yang menghidap penyakit gangguan gastrousus akan mendapat manfaat besar daripada kentang kerana makanan ini dinyah hidrat amat sesuai sebagai pengganti tepung yang mengandungi gluten. 
Jadi tidak hairanlah, makanan ini sesuai untuk semua peringkat umur dan budaya, kentang malah menjadi makanan bayi yang baru bercerai susu.
Dalam piramid makanan, dua biji kentang bersaiz kecil sama dengan satu mangkuk nasi, dua keping roti dan satu setengah mangkuk mi.
Ubi kentang juga mengandungi potasium tinggi yang mampu mengurangkan risiko hipertensi, strok, melindungi jantung dan menolong transmisi pusat saraf serta melawan dinyah hidrat".

Ok semua, sy harap kalian dapat info yg baik. Sumber-sumber yang saya dapat saya kongsikan bersama kalian. Moga ianye memberi manfaat yg baik pada kita semua. In Syaa Allah. ^^

Bye semua..Assalammualaikum ;)

::I Love Kentang ! ;) Part 1::

Assalammualaikum semua ;) Bertemu lagi kita..;)) 

Sesungguhnya diri ini adalah seorang yang gilerr kentang, memang feveret sejak duluuuu. Kentang tersangatlah sedap sehingga mnjilat jari bila makan kentang. Tak kisahla kentang goreng ke, kentang putar ke, kentang rebus ke, or ape-ape lah yang berkaitan dgn kentang. Ouhhh sungguh yummyyy makan kentang ;) Tak kisahla pada mereka diluar sana yang berkata-kata makan kentang tu tak bagus ke, menggemukkan ke, or ape sajalah...yang penting saya suka makan kentang ! Feveret ok ! ;))

Jom tengok ni, pastinye kalian menginginkannyeee..hehe ^^

inilah dia yang dinamakan kentang..haha :D

 Kentang goreng ;)


Cheezzyyy wedges yang menyelerakannn..i wanttt !!


Kentang putarrr..peewwiitt ;))

Kentang rebus yg nikmat ;)

Sup kentang ! nikmat dimakan dikala tengah panas2 n hirup kuah dia ;)

 Sambal goreng, ade kentang yang penting ! Biasa buat time2 ade kenduri je ni kalau orang jawa la..hehe..saya jawa ok ! ;)

Kentang masak sambal sungguh menyelerakan ;)

 Ouhh..lazat !
Bingka kentang ;))
Kari letak kentang ;))
Gulai letak kentang ;))
 Kerepek kentang ;)
 Karipap kentang ;)

Dannn macam-macam lagi kentang boleh dipelbagaikan dalam masakan..bestkann? ;)

Bagi yang gilerr kentang macam saya, marila kita pelbagaikan jenis masakan dengan menggunakan kentang ;D




::Demam Campak::


Assalamualaikum semua ;)

Hari ni saya nak kongsikan tentang demam campak. Rasa tertarik pulak dengan tajuk ni. Meh kita baca ;)






Demam Campak :-
Demam campak ( Rubeola ) adalah jangkitan akut pada kanak-kanak yang disebabkan oleh virus measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dan disertai dengan ruam pada kulit. Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui titisan cecair dari mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin. Bagaimanapun kebanyakan kanak-kanak di Malaysia telah kebal (immun) pada penyakit ini sejak adanya program campak kebangsaan. Program Immunisasi Campak.

Tanda-tanda demam campak :-
Antara 10 – 12 hari selepas dijangkiti penyakit, pesakit mula menunjukkkan tanda dan gejala demam campak seperti:
  • Demam tinggi
  • Batuk, selsema dan sakit tekak
  • Mata berair dan sensitif kepada cahaya
  • Sakit otot
  • Ruam demam campak
Dua atau tiga hari kemudian timbul ruam-ruam, bermula dibahagian muka dan kepala kemudian merebak kebahagian badan, tangan dan kaki. Ruam akan kekal selama 4 – 7 hari. Semasa ruam timbul, suhu badan biasanya sangat tinggi. Demam campak boleh menjangkiti orang lain dalam masa seminggu sebelum timbul ruam sehingga 4 hari selepasnya.

Adakah setiap demam yang disertai ruam merupakan demam campak?
Tidak. Deman campak sering dikelirukan dengan penyakit Rosela Infantum yang disebabkan oleh virus lain tetapi mempunyai ciri-ciri yang sama dengan deman campak melainkan selepas 2–3 hari ruam timbul, demam biasanya akan berkurangan.

Kesan demam campak pada kanak-kanak :-
Kebanyakan kanak-kanak yang menghidapi demam campak akan sembuh dengan sempurna. Bagaimana pun kadangkala boleh terjadi komplikasi yang serius terutama golongan yang menghidapi kekurangan zat makanan dan mempunyai imun sistem kekebalan yang rendah.
Antara lain komplikasi yang sering terjadi adalah:
  • Jangkitan pada telinga
  • Jangkitan paru-paru (Pneumonia )
  • Jangkitan pada otak (encephalitis)
  • Cirit birit

Kes yang serius boleh berakhir dengan kematian. Bagi wanita hamil pula, boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang.

Rawatan demam campak :-
Tiada rawatan yang spesifik tetapi hal-hal berikut dapat mengurangkan gejala :
  • Panadol untuk mengurangkan demam
  • Hindari cahaya terang kerana ia menyakitkan mata
  • Berehat dan minum air yang cukup.
Ruam tidak perlu dirawat kerana ia akan hilang sendiri. Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah supaya tidak menjangkiti orang lain. (4 hari selepas ruam timbul).

Bolehkah demam campak dicegah?
Boleh. Demam campak boleh dicegah melalui pemberian suntikan immunisasi MMR (Measles, Mumps and Rubella) pada usia 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun. MMR adalah vaksin yang selamat. Adalah tanggungjawab ibubapa untuk memastikan anak mereka mendapat immunisasi. Sekiranya anda terdedah kepada pesakit demam campak sila dapatkan nasihat doktor atau petugas kesihatan.

Petua Mengubati Demam Campak :-
Menggunakan Daun Semambu yang juga dikenali sebagai Mambu atau Neem dalam bahasa Tamil. Cara menggunakannya:
  • Gunakan Daun Semambu sebagai pelapik/ alas cadar untuk tidur.
  • Gunakan Daun Semambu untuk membasuh seluruh badan sama seperti penggunaan sabun. Gosokkan ke badan.
  • Tumbuk Daun Semambu dengan beras dan kunyit, kemudian lumur dan sapukan di seluruh badan.
Tips Kepada pesakit Demam Campak atau Chikcken Pox :-
  • Bila ruam telah kering dan berkuping, jangan digaru, biarkan ianya gugur dengan sendirinya.
  • Kalau gatal, eloklah mandi. Namun, kebanyakkan petua orang Melayu tidak menggalakkan mandi ketika masih demam campak. Ini terpulang kepada individu dan keaadaan badan pesakit itu sendiri.
  • Ketika Demam Campak mula-mula terbentuk, iaitu bermulanya pertumbuhan ruam, digalakkan meminum air kelapa muda. Ini bagi memercepatkan lagi proses bintik-bintik campak itu tumbuh, dan pesakit tidaklah terseksa begitu lama.
  • Jangan memakan makanan berkicap atau bergoreng, dikhuatiri bintik-bintik campak itu nanti akan berwarna hitam.
Ok..harap kalian dapat sedikit info daripada blog saya..saja je nk kongsi apa yang saya baca bersama kalian. Boleh dapat pengetahuan bersama. In Syaa Allah ;)