Assalamualaikum semua ;)
Hari ni saya nak kongsikan tentang demam campak. Rasa tertarik pulak dengan tajuk ni. Meh kita baca ;)
Demam Campak :-
Demam campak ( Rubeola ) adalah
jangkitan akut pada kanak-kanak yang disebabkan oleh virus measles. Pesakit
demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dan
disertai dengan ruam pada kulit. Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang
lain melalui titisan cecair dari mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin. Bagaimanapun
kebanyakan kanak-kanak di Malaysia telah kebal (immun) pada penyakit ini sejak
adanya program campak kebangsaan. Program Immunisasi Campak.
Tanda-tanda demam campak :-
Antara 10 – 12 hari selepas
dijangkiti penyakit, pesakit mula menunjukkkan tanda dan gejala demam campak
seperti:
- Demam tinggi
- Batuk, selsema dan sakit tekak
- Mata berair dan sensitif kepada cahaya
- Sakit otot
- Ruam demam campak
Dua atau tiga hari kemudian
timbul ruam-ruam, bermula dibahagian muka dan kepala kemudian merebak
kebahagian badan, tangan dan kaki. Ruam akan kekal selama 4 – 7 hari. Semasa
ruam timbul, suhu badan biasanya sangat tinggi. Demam campak boleh menjangkiti
orang lain dalam masa seminggu sebelum timbul ruam sehingga 4 hari selepasnya.
Adakah setiap demam yang
disertai ruam merupakan demam campak?
Tidak. Deman campak sering
dikelirukan dengan penyakit Rosela Infantum yang disebabkan
oleh virus lain tetapi mempunyai ciri-ciri yang sama dengan deman campak
melainkan selepas 2–3 hari ruam timbul, demam biasanya akan berkurangan.
Kesan demam campak pada kanak-kanak :-
Kebanyakan kanak-kanak yang
menghidapi demam campak akan sembuh dengan sempurna. Bagaimana pun kadangkala
boleh terjadi komplikasi yang serius terutama golongan yang menghidapi
kekurangan zat makanan dan mempunyai imun sistem kekebalan yang rendah.
Antara lain komplikasi yang
sering terjadi adalah:
- Jangkitan pada telinga
- Jangkitan paru-paru (Pneumonia )
- Jangkitan pada otak (encephalitis)
- Cirit birit
Kes yang serius boleh berakhir
dengan kematian. Bagi wanita hamil pula, boleh menyebabkan keguguran atau
kelahiran pramatang.
Rawatan demam campak :-
Tiada rawatan yang spesifik
tetapi hal-hal berikut dapat mengurangkan gejala :
- Panadol untuk mengurangkan demam
- Hindari cahaya terang kerana ia menyakitkan mata
- Berehat dan minum air yang cukup.
Ruam tidak perlu dirawat kerana
ia akan hilang sendiri. Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah supaya
tidak menjangkiti orang lain. (4 hari selepas ruam timbul).
Bolehkah demam campak dicegah?
Boleh. Demam campak boleh dicegah
melalui pemberian suntikan immunisasi MMR (Measles, Mumps and Rubella) pada
usia 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun. MMR adalah vaksin yang
selamat. Adalah tanggungjawab ibubapa untuk memastikan anak mereka mendapat
immunisasi. Sekiranya anda terdedah kepada pesakit demam campak sila dapatkan
nasihat doktor atau petugas kesihatan.
Petua Mengubati Demam Campak :-
Menggunakan Daun Semambu yang
juga dikenali sebagai Mambu atau Neem dalam bahasa Tamil. Cara menggunakannya:
- Gunakan Daun Semambu sebagai pelapik/ alas cadar
untuk tidur.
- Gunakan Daun Semambu untuk membasuh seluruh badan
sama seperti penggunaan sabun. Gosokkan ke badan.
- Tumbuk Daun Semambu dengan beras dan kunyit, kemudian
lumur dan sapukan di seluruh badan.
Tips Kepada pesakit Demam
Campak atau Chikcken Pox :-
- Bila ruam telah kering dan berkuping, jangan digaru,
biarkan ianya gugur dengan sendirinya.
- Kalau gatal, eloklah mandi. Namun, kebanyakkan petua
orang Melayu tidak menggalakkan mandi ketika masih demam campak. Ini
terpulang kepada individu dan keaadaan badan pesakit itu sendiri.
- Ketika Demam Campak mula-mula terbentuk, iaitu
bermulanya pertumbuhan ruam, digalakkan meminum air kelapa muda. Ini bagi
memercepatkan lagi proses bintik-bintik campak itu tumbuh, dan pesakit
tidaklah terseksa begitu lama.
- Jangan memakan makanan berkicap atau bergoreng,
dikhuatiri bintik-bintik campak itu nanti akan berwarna hitam.
Ok..harap kalian dapat sedikit info daripada blog saya..saja je nk kongsi apa yang saya baca bersama kalian. Boleh dapat pengetahuan bersama. In Syaa Allah ;)
No comments:
Post a Comment