Sunday, September 22, 2013

::Al Kisah Meow::

Assalammualaikum semua :)

Bila si Meow duk usha usha nak tidur mana malam nih :*

 Meow : eh, macam best je atas katil ni utk beradu malam nih. 
 Meow : Kakak Jua, kita rasa kita nak tidur atas katil la malam ni dengan kakak. Bleh tak?
Aku : Ikut suka kau la meow. Tidur atas katil boleh, kat bawah pun boleh. Heh
 Meow : Macam tak bagi je kita nak tidur atas katil, tak ikhlas jek jawab tu. Takpelah..:/
Aku : Heh, mana ada meow. Meh la sini tidur dengan kita :))
 Meow : Tapi tak apelah. Macam tak best je atas katil tu. Takpe takpe.
 Meow : Takpe la kak Jua, sini port baik punya. Best kat sini. Jangan risaukan kita eh. Kita tidur sini je ye :)
Aku : Haaa..dah syok nampaknye si meow tidur kat handbag den. Aihh. Tak ape la meowww :)

Hahaha, ntah pape je cerita aku ni. Meow ni jadi mangsa pulak ye. Melayan diri sendiri yang sedang kebosanan. Kucing ni jugak jadi bahan citer aku. Hehe, sorry meow sayang. I buat u popular kejap masuk dalam blog i. Heh ! Ok korang. Bye ;)

Thursday, September 19, 2013

::Syukur::

Assalammualaikum semua :)

Syukur alhamdulillah diri ini masih punya kesempatan untuk mengupdate blog yang semakin jarang ku jejak. Bukan kerana kemalasan yang melonjak lonjak. Tapi dek kerana kesibukan yang tak dapat dielakkan :)

Alhamdulillah, syukur. After 3 years, kini aku bergelar JURURAWAT BERDAFTAR. Syukur padaMu Ya Allah atas pemberian ini. 


Ini juga berkat doa dari kedua ibu bapaku. Terima kasih mak abah sentiasa memberi sokongan dan dorongan. Juga wang saku ku tiap tiap bulan. Juga pemberi semangat dikala aku tergelincir sedikit dari landasan. Terima kasih yang tak terhingga mak abah. Kakak sayang sangattt mak abah. #myeverythingforever #myheart


Akhirnya aku bergelar seorang Jururawat. Alhamdulillah. Akan ku lakukan penuh ikhlas pekerjaan ini. Ini cita citaku. Ini impian arwah atok. "Nanti jadi misi je Jua, boleh tolong orang, kerja murni. Hati kena sentiasa ikhlas" - pesan arwah atok. Hari ni Jua dah jadi Misi tok. Al-Fatihah.

Juga terima kasih insan yang disayang kerana sentiasa memberi semangat dan kekuatan. Juga memberi sokongan untuk aku mencapai cita citaku ini. Thanks a lot En. Zul :) #myheart


N my friend also. Thanks kalian sebab sentiasa ada sama dalam kita susah dan senang. Jumpa masa konvo nanti yek ;)) Moga masing masing cepat dapat kerja n jadi staffnurse yang disayangi patient ! ;)

Alhamdulillah aku punya insan insan ini. Aku sangat bersyukur. Thanks kalian. Moga Allah sentiasa melindungi dan memberkati kalian.

Thank You Allah. I Love You :)