Thursday, September 19, 2013

::Syukur::

Assalammualaikum semua :)

Syukur alhamdulillah diri ini masih punya kesempatan untuk mengupdate blog yang semakin jarang ku jejak. Bukan kerana kemalasan yang melonjak lonjak. Tapi dek kerana kesibukan yang tak dapat dielakkan :)

Alhamdulillah, syukur. After 3 years, kini aku bergelar JURURAWAT BERDAFTAR. Syukur padaMu Ya Allah atas pemberian ini. 


Ini juga berkat doa dari kedua ibu bapaku. Terima kasih mak abah sentiasa memberi sokongan dan dorongan. Juga wang saku ku tiap tiap bulan. Juga pemberi semangat dikala aku tergelincir sedikit dari landasan. Terima kasih yang tak terhingga mak abah. Kakak sayang sangattt mak abah. #myeverythingforever #myheart


Akhirnya aku bergelar seorang Jururawat. Alhamdulillah. Akan ku lakukan penuh ikhlas pekerjaan ini. Ini cita citaku. Ini impian arwah atok. "Nanti jadi misi je Jua, boleh tolong orang, kerja murni. Hati kena sentiasa ikhlas" - pesan arwah atok. Hari ni Jua dah jadi Misi tok. Al-Fatihah.

Juga terima kasih insan yang disayang kerana sentiasa memberi semangat dan kekuatan. Juga memberi sokongan untuk aku mencapai cita citaku ini. Thanks a lot En. Zul :) #myheart


N my friend also. Thanks kalian sebab sentiasa ada sama dalam kita susah dan senang. Jumpa masa konvo nanti yek ;)) Moga masing masing cepat dapat kerja n jadi staffnurse yang disayangi patient ! ;)

Alhamdulillah aku punya insan insan ini. Aku sangat bersyukur. Thanks kalian. Moga Allah sentiasa melindungi dan memberkati kalian.

Thank You Allah. I Love You :)


3 comments:

Nae said...

TAHNIAH dah bergelar jururawat . bukan senang nak habiskan kos ni ,, berdasarkan ape yang rakan2 saya bgtau .. haha .. lepas ni dah boleh kumpul duit dan berbakti untuk ibu bapa.. goodluck kak ! :)

Azzua said...

Alhamdulillah. Terima kasih banyak adik. Ye adik. Moga Allah permudahkan segala urusan ini. Untuk adik pun. Gud luck jugak ye ;)

Azzua said...

Alhamdulillah. Terima kasih banyak adik. Ye adik. Moga Allah permudahkan segala urusan ini. Untuk adik pun. Gud luck jugak ye ;)