Wednesday, August 17, 2011

::Handphone::

Assalammualaikum kawan-kawan semua..hai3..;)

Hari ni cerita pasal HANDPHONE pula. Cerita tentang hp ni klakar pula hari ni secara tak sengaja beli handphone baru. Orang lain beli handphone mahal-mahal, canggih-canggih, touch screennnnnnn punya. Tapi saya beli handphone RM59 je. Samsung. Amacam? Ok x? Hihihi..ala, cukup la untuk sms n kol..hihi..bukan nak apa sangat pun kan. Janji hanphone tu bleh guna untuk kol n sms. Handphone samsung ni best sgt pada saya sebab keypad dia best, memudahkan saya untuk menaip msg. Laju je bila taip msg..hihi ^-^. Lagi satu design dia pun cantik, comel je, ringan plak tu. Senang nk masuk poket. Nak campak2 pun senang masuk dalam beg. Like~~~~~




.:thnks 2 Mr. Zulhelmi Anuar sbb cdgkan beli hp ni..hihi..;):.

Friday, August 12, 2011

::Andaiku Pergi::


Assalamualaikum kawan-kawan semua. Lama tak update blog ni kan. Hmm..bukan apa, cuma tak ada masa banyak. Syukur alhamdullilah dapat update blog ni hari ni. Emm..mood hari ni ilah sedih, tak ada mood yang best. Sedih dengan masalah sendiri, sedih teringat mak abah kat kampung. Rasa jauh hati tiba-tiba dengan sesuatu. Rasa penat. Rasa tak mahu bercakap dengan sesapa pun. Rasa tak boleh nak senyum. Dan rasa nak menangis sepuas hati. Tengah sedih2 ni dapat pula satu lagu ni, best pula dengar, lirik dia syahdu, sedih...=.=

Lirik Lagu Andaiku Pergi (Mirwana)

Cerita hidup kian berlalu,
Membawaku ke penghujung,
Kaku langkah kian lemah,
Kelu lidah untuk bicara.
 
Langit jingga warna senja,
Desir bayu membisik duka,
Kealpaan nan semalam,
Inginku lepaskan luka silam.

Bersama rayu doa,
Damba keampunanNya.

Andai diriku pergi,
Tinggalkan mu sendiri,
Usah kau sedih,
Usah tangisi duga dari Ilahi.

Andai ku pergi dulu,
Tiba tika dan waktu,
Telah tertulis takdir untukku,
Perjanjian yang Maha Agung.

Doakanku sejahtera di sisiNya.

Rasa gentar, rasa rindu bertarung di fikiranku,
Wajah ceria, senyum manja kisah kita menghapus resah.

Maafkan diriku kasih kerana buat kau menangis,
Restuiku dengan cinta, jangan kau titiskan air mata.

Pintaku redhailah,
Terima kasih atas segalanya.

Hidup ini sementara,
Ujian pasti setia hati,
PadaMu kekasih.

Moga rahmat hidayahMu,
Mengiringiku, menemaniku,
Saat akhir waktu.

Bersaksi diriku,
Tiada lain hanya Kau satu,
Memiliki cintaku,
Ku serah segalanya kepadaMu








Monday, August 1, 2011

::Ramadan::

Assalamualaikum sahabat sekalian..salam ramadan..;)

Syukur alhamdulillah kita dapat bertemu lagi bulan ramadan. Syukur sangat sebab tahun ni dapat kesempatan puasa pertama kat kampung bersama mak dan abah dan adik-adik semua. Alhamdulillah..;) . Cukupla kan dapat puasa seminggu kat rumah, lepas tu dua minggu di KL. Dan lepas tu seminggu , minggu terakhir puasa dapat puasa lagi kat kampung. Syukur Alhamdulillah dapat rasa puasa kat kampung dan puasa kat KL..hihi..:)

Alhamdulillah, Allah memberi bulan ramadan pada kita, bulan yang penuh keberkatan. Bagusnya ada bulan ni kan, bagi kaum wanita dapat slimkan badan sikit..hihi..mungkin juga bagi kaum lelaki. Ha..bagi kaum lelaki pula yang hisap rokok dapat juga melatih diri untuk berhenti merokok, baguskan? Harap-harap boleh berhenti merokok terus.

Pape pun saya ada sedikit info untuk kongsi dengan kawan-kawan. Jom kita baca..:)


  1. Puasa adalah menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari beserta niat.
  2. Antara perkara sunat puasa adalah menyegerakan berbuka setelah yakin masuk waktu maghrib, bersahur dan melewatkannya, berbuka dengan buah kurma atau sesuatu yang manis dan memperbanyakkan sedekah, membaca al-Quran serta beriktikaf.
  3. Antara perkara makruh puasa adalah berbekam, berkumur secara berlebihan, tidur sepanjang hari, mengosok gigi selepas gelincir matahari serta melewatkan berbuka setelah masuk waktunya.
  4. Antara perkara yang membatalkan puasa adalah keluar haid atau nifas, melahirkan anak, bersetubuh pada siang hari, mengeluarkan mani dengan sengaja atau muntah dengan sengaja.
  5. Golongan yang diharuskan berbuka ialah orang sakit yang boleh memudaratkan diri jika berpuasa, orang sakit tenat yang tiada harapan untuk sembuh, orang yang bermusafir melebihi dua marhalah, perempuan mengandung serta perempuan yang menyusukan anak.
  6. Mereka yang tidak berpuasa dikehendaki qada’ puasa sahaja; atau membayar fidyah sahaja; atau qada dan membayar fidyah; atau  qada dan membayar kaffarah.
Ha, harap-harap info ni dapat memberi sedikit pengetahuan kepada kawan-kawan semua..;)
Moga-moga ibadah puasa kita diterima oleh Allah S.W.T. Buat kawan-kawan semua, saya ucapkan selamat berpuasa..;)



Buatkan kawan-kawan semua, saya mohon maaf jika ada saya silap saya dan jika saya ada terkasar bahasa dalam penulisan saya. Ok. Kita jumpa lagi di lain penulisan saya nanti..;)