Monday, August 1, 2011

::Ramadan::

Assalamualaikum sahabat sekalian..salam ramadan..;)

Syukur alhamdulillah kita dapat bertemu lagi bulan ramadan. Syukur sangat sebab tahun ni dapat kesempatan puasa pertama kat kampung bersama mak dan abah dan adik-adik semua. Alhamdulillah..;) . Cukupla kan dapat puasa seminggu kat rumah, lepas tu dua minggu di KL. Dan lepas tu seminggu , minggu terakhir puasa dapat puasa lagi kat kampung. Syukur Alhamdulillah dapat rasa puasa kat kampung dan puasa kat KL..hihi..:)

Alhamdulillah, Allah memberi bulan ramadan pada kita, bulan yang penuh keberkatan. Bagusnya ada bulan ni kan, bagi kaum wanita dapat slimkan badan sikit..hihi..mungkin juga bagi kaum lelaki. Ha..bagi kaum lelaki pula yang hisap rokok dapat juga melatih diri untuk berhenti merokok, baguskan? Harap-harap boleh berhenti merokok terus.

Pape pun saya ada sedikit info untuk kongsi dengan kawan-kawan. Jom kita baca..:)


  1. Puasa adalah menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari beserta niat.
  2. Antara perkara sunat puasa adalah menyegerakan berbuka setelah yakin masuk waktu maghrib, bersahur dan melewatkannya, berbuka dengan buah kurma atau sesuatu yang manis dan memperbanyakkan sedekah, membaca al-Quran serta beriktikaf.
  3. Antara perkara makruh puasa adalah berbekam, berkumur secara berlebihan, tidur sepanjang hari, mengosok gigi selepas gelincir matahari serta melewatkan berbuka setelah masuk waktunya.
  4. Antara perkara yang membatalkan puasa adalah keluar haid atau nifas, melahirkan anak, bersetubuh pada siang hari, mengeluarkan mani dengan sengaja atau muntah dengan sengaja.
  5. Golongan yang diharuskan berbuka ialah orang sakit yang boleh memudaratkan diri jika berpuasa, orang sakit tenat yang tiada harapan untuk sembuh, orang yang bermusafir melebihi dua marhalah, perempuan mengandung serta perempuan yang menyusukan anak.
  6. Mereka yang tidak berpuasa dikehendaki qada’ puasa sahaja; atau membayar fidyah sahaja; atau qada dan membayar fidyah; atau  qada dan membayar kaffarah.
Ha, harap-harap info ni dapat memberi sedikit pengetahuan kepada kawan-kawan semua..;)
Moga-moga ibadah puasa kita diterima oleh Allah S.W.T. Buat kawan-kawan semua, saya ucapkan selamat berpuasa..;)



Buatkan kawan-kawan semua, saya mohon maaf jika ada saya silap saya dan jika saya ada terkasar bahasa dalam penulisan saya. Ok. Kita jumpa lagi di lain penulisan saya nanti..;)

No comments: