Thursday, June 16, 2011

::Menguaplah::

 Oh..baru saya tau yang menguap tu bagus rupanya. Jom kawan-kawan kita tengok sama-sama..;)

''Jika ingin memiliki otak yang sihat,menguaplah''
Ungkapan dari Andrew Newberg, Pengarah The Center of Spirituality and The Mind, University Pennsylvania, US.


.:Gambar Hiasan:.
  • Menguap 10 kali sehari dapat merangsang saraf dibahagian otak seterusnya mengatur suhu otak dan metabolisme.
  • Menguap berfungsi meningkatkan daya kawalan otot dan menambah daya seksualiti dalam mengatasi jetlag.
  • Berfugsi untuk merangsang bahagian otak rasa empati dan tanggugjawab sosial.
  • Membantu dalam pertambahan oksigen ketika melakukan kerja berat,kerana apabila menguap,mulut kita akan membuka luas dan membantu lebih banyak oksigen sampai ke otak.    

::Kek Coklat::

Kek Coklat! Nyum-nyum. Eeee..srius selain gila coklat saya sangat gila dengan kek coklat. Wah! sedapnyeee. Bila terbayang kek coklat telan air liur jela kan. Geram je tau. Bila la agaknya dapat makan kek coklat yang sedap tu. Dah lama betul tak makan kek coklat. Lagi2 kek coklat yang atas dia ada coklat basah. Fffuuuhhh..memang lazatlah!! Tadi punya la terbayang je kek coklat sampai cari kat internet gambar-gambar kek coklat. 
 
Cuba kawan-kawan tengok ni..ffuuhh..meleleh..kalau dapat..memang nikmatlah! Cis teringin sangat nak makan. Saya nak semua ni! Boleh x? Hihihi..;)









Amacam? Best tak korang semua tengok..hihi..bestkan? Sedap weh..huuuu. Nak jugak cari. Nak jugak makan. Eee..tak tertahan rasanya. Sedaaaaapppppppp sangat..;)
 
Ha! Tadi sempat la juga tengok resipi buat kek coklat ni. Nanti nak try buat. Kalau dah pandai buat nanti boleh la buat sendiri je. Tak payah beli or suruh orang buatkan. Resipi ni nak kongsi dengan kawan-kawan juga. Pada yang minat bolehlah cuba juga..;)
 
1. Kek Coklat Basah


Bahan
180 gm butter
250 gm gula kastor
3 biji telur
300 gm air
250 gm tepung gandum ]
50 gm serbuk coklat ]
1 s/k baking powder ] ayakkan
1 s/k soda bikarbonate ]

Cara:
1. Gula dan butter dipukul sehingga kembang dan gebu.
2. Masukkan telur satu persatu.
3. Masukkan tepung gandum dan kahirnya masukkan air pula.
4. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan 180'C selama 50 -60 minit.

Topping Coklat
250 gm cooking coklat
30 gm cocoa butter

Cara
1. Masukan bahan dalam periuk kecil.
2. Panaskan periuk kecil dalam periuk/pan yg lebih besar yg berisi air dan sentiasa kacau supaya coklat larut.
3. Sejukkan sebentar supaya coklat agak pekat.
4. Curahkan perlahan atas kek cokalt dan ratakan dengan spatula kek dan gunakan sikat kek untuk membuat corak.
5. Hiaskan topping mengikut kreatibiti sendiri.
2. Kek Coklat Lembab yang Mudah & Sedap


Bahan-bahan:

2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang


Bahan A
1 sudu kecil vanila
1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe


Bahan B
2 sudu kecil sodium bicarbonate
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum

**
Topping **
1/2 cawan koko van hauten
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar minyak masak

Cara-cara:

  • Pukul telur hingga kembang
  • Masukkan gula dan pukul lagi
  • Kemudian masukkan minyak masak
  • Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
  • Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
  • Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok…taruk je atas kek yg dah sejuk.
.:Selamat mencuba buat diri saya sendiri dan kawan-kawan semua..;)

::Coklat Free::

Assalammulaikum kawan...
Hari ni cik wawa rasa best sangat sebab dapat coklat free..huu..sedapnyaaaaa..nyum-nyum..:)
Balik keje penat-penat dapat pula coklat..waaa..sedapnyee..best sangatlah..huhu

Sangat nikmat makan benda ni..hihi..thank to Bibi Micheal Johanis..;)

Saturday, June 11, 2011

::Kerongsang Cantik::

Hai2..hehe..:)

Alhamdulillah Allah memberikan kesihatan yang sempurna kepada saya hari ini untuk jalankan kehidupan. Saya berdoa semoga hari-hari yang mendatang juga saya lebih sihat.

Hari ni cerita tentang kerongsang. Wahhhh! kerongsang menjadi kegilaan saya!. Banyak juga koleksi kerongsang yang saya ada. Macam-macam bentuk..hihi. Best2. Mungkin kerongsang ni menjadi kegilaan kaum wanita pada masa sekarang.

Ha! Yang bestnye beberapa hari lepas salah seorang housemate saya balik kampung dia kat nun jauh di Sabah bah..hehe.. Dan saya sangat10x tak sangka dia belikan saya kerongsang. Dengan rasa besar hati saya menerimanya..ceeeewwwaahh..hehe. Gembira sangat2 waktu tu. Dia tau saya memang gila kerongsang. Tak sangka pula dia belikan satu untuk saya. Syukur alhamdullilah...;)

Kerongsang cantik dari Sabah..^_^

Terima kasih kepada Bibi Michel Johanis beri saya kerongsang cantik ni..;)

Thursday, June 9, 2011

::Photoshop::

Assalamualaikum smua..;)

Kwan-kawan, hari ni saya berjaya "menggodek" photoshop ni ha. Setelah sekian lama saya cuba mengedit gambar kat photosphop ni yang saya tak juga saya pandai! Huh! sampai geram dengan diri sendiri sebab tak pandai-pandai nak menggodek photoshop nih. Alhamdulillah akhirnya berjaya juga. Walaupun saya tak pernah belajar pun tentang photoshop ni, tapi syukur alhamdulillah saya boleh juga buat walaupun terkial-kial dan tak sesempurna macam orang yang belajar..hehehe.. Alhamdulillah..THANK YOU ALLAH..;)


Hasil photoshop saya..hihi..walaupun tak ok mana pun tapi boleh la kot, budak baru belajar kan..hihi;)

Wednesday, June 8, 2011

::Tujuh Kaedah Kenali Orang Sombong dan Bongkak::

Assalamulaikum kawan-kawan...

Tadi saya sangat-sangat boring tak tau nak buat apa. Jadi saya pun layan-layan la internet. Berfacebook memanjang, bila dah bosan tukar pula kepada blog saya yang saya sayang ni..hihi. Lepas layan-layang blog saya pun search la lagi tentang sombong. Search punya search saya jumpa la tentang Tujuh kaedah kenali orang sombong dan bongkak. Jadi saya fikir saya nak share lah dgn kawan-kawan semua. Jom kawan-kawan kita kenali orang sombong dan bongkak itu bagaimana..;)

Iman Al-Ghazali menyimpulkan ada tujuh cara untuk mengenali seseorang yang sedang dan sudah menghidap penyakit hati yang merbahaya ini

  • Pertama, kelebihan seseorang kerana pengetahuan ilmunya, baik ilmu dunia atau ilmu akhirat. Apabila ilmu sudah penuh di dada dia menganggap semua orang lain jahil belaka, semua orang buta dan jika ada pandangan yang bernas tetapi tidak diterimanya.
Orang sombong seumpama ini, menghendaki dirinya selalu dihormati oleh orang lain terutama ketika di khalayak ramai, oleh anak muridnya dan orang bawahannya serta sentiasa meminta diberi layanan mulia.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Tidak akan masuk neraka, orang yang di dalam hatinya ada seberat sebiji sawi darinya iman, dan tidak akan masuk syurga yang di dalam hatinya ada seberat biji sawi darinya sombong.” (Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud)
  • Keduanya kerana kelebihan beribadat seseorang. Penyakit orang ahli abid yang merasa diri mereka terlalu banyak beribadat berbanding dengan orang lain sehingga menganggap orang lain tidak mampu beribadat seperti mereka.
Sedangkan mereka terpedaya dengan tipu daya syaitan. Rasulullah SAW mengingatkan melalui sabda Baginda yang bermaksud:
“Bahawa siapa yang memuji dirinya sendiri atas suatu amal salih, bererti sudah tersesat daripada mensyukurinya, dan gugurlah segala amal perbuatannya.”
Jika kita bersifat seperti ini, menghina orang yang tidak bersembahyang atau apabila orang mengerjakan maksiat, lantas menggelengkan kepala dan terdetik di dalam hati, “Apa nak jadi dengan kamu semua. Mengapa tidak alim dan warak seperti aku,” maka kita adalah dalam kategori orang yang berpenyakit sombong. Oleh itu, bersegeralah bertaubat atas kejelekan akhlak.
  • Perkara ketiga yang membuatkan kita sombong ialah kerana ego memperkasakan keturunan, bangga kita berketurunan mulia lagi bangsawan, suka menyebut nama datuk nenek moyang kita yang dulunya dikatakan keramat atau hebat.
Sifat sombong seperti ini tidak ubah seperti kaum Bani Israel yang dilaknat Tuhan, seperti termaktub dalam al-Quran. Mereka bangga dengan keturunan mereka yang banyak menjadi nabi ikutan, konon keturunan mulia dikasihi tuhan.
Mereka rakus melakukan apa saja termasuk membunuh golongan lemah kerana keegoan menganggap orang lain tidak semulia mereka. Seandainya kita zalim, bangga dengan status keturunan, maka kesombongan itu sama dengan kesombongan kaum Bani Israel yang dilaknat tuhan.
  • Perkara keempat menjadikan kita beroleh sombong ialah kerana berasa diri cantik dan sempurna malah memandang orang lain dengan hina, seperti merendah-rendah ciptaan Allah hingga sanggup menyindir atau memberi gelaran tidak baik seperti pendek, berkulit hitam atau gemuk.
  • Sifat sombong kelima berpunca daripada kelebihan harta diberi Allah membuat kita lupa daratan, berbangga dengan kekayaan yang ada, rumah besar, kereta mewah hingga memandang rendah orang yang kurang berada.
  • Keenam, sombong kerana kekuatan dan kegagahan diri. Semua orang akan dibuli kerana kuatnya badan kita tidak terperi, hingga boleh memakan kaca seperti mengunyah. Boleh menarik bas dan lori hanya dengan gigi. Boleh dihempap badan dengan batu dan besi.
  • Akhirnya yang ketujuh kata Imam Ghazali, ialah sombong dan berbangga kerana ramainya pengikut setia di belakang diri, sepertinya orang alim berbangga dengan ramainya murid yang memuji. Guru silat pula berbangga dengan ramainya murid yang tidak lut ditetak dan dijilat api.
Justeru, hendaklah memeriksa diri sama ada tujuh perkara yang membawa kepada penyakit sombong ada pada kita atau tidak. Penawarnya ada di tangan sendiri kerana penyakit sombong hanya akan memakan diri.
Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:
“Orang yang sombong, keras kepala dan takbur, akan dikumpulkan pada hari kiamat, dalam bentuk semut yang kecil, yang dipijak mereka oleh manusia, kerana hinanya mereka pada Allah.” (Diriwayatkan oleh Al-Bazzar dari Abu Hurairah)
.:Apa yang kita dapat kita patut kongsi bersama ^_^:.

::Hindar Sifat Sombong::

Assalammualaikum kawan-kawan semua...;)
Hari ni bincang tentang "SOMBONG". Hmm..apa sombong tu ye??? Kira jadi fenomena biasa lah zaman sekarang ni kan. Banyak sangat orang sombong. Kenapa ye nak sombong sangat? Ish tak faham betul saya. Nak glamour sangat ke?? Nak bangga sangat ke dengan apa yang ada pada diri anda?? Emm..pada saya tak perlu nak sombonglah. Kalau sombong pun bukan dapat apa pun, bukan dapat duit berjuta-juta pun. Tapi dapat kebencian orang adala, orang pun menyampah dengan sikap anda yang begitu rupa. Haa! saya pun tak suka orang yang sombong-sombong ni..huhu. Hmm..apala kan. Eh2..dah melalut kemana-mana pula cik wawa ni ni kan..hihi..eh2..jap2..agak-agak saya ni sombong tak ek?? Tapi rasanya tak kot..huuuu..harap-harap begitulah hendaknya.
  
"Dan janganlah kamu memalingkan muka kamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri." [Surah Luqman:18]
Ok, jom kawan-kawan kita tengok apa itu "SOMBONG"..:)

SOMBONG bererti terasa kelebihan dan kehebatan yang ada pada diri sendiri, kemudian ditambah dengan sifat suka menghina dan merendahkan orang lain. Orang sombong memandang rendah manusia lain kerana berasakan sesuatu kelebihan yang ada pada diri mereka.

Cara nak hindarkan sifat sombong :) 

Beberapa panduan daripada Imam Al- Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong dan angkuh.

1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.

2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.

3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.

4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui..

5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.

6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan didalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah.


.: Jauhilah sifat sombong. Moga kita dapat sama-sama memperbaiki diri kita ye kawan-kawan semua. Ingatan untuk diri saya juga supaya tidak menjadi seorang yang sombong:.

 

::KFC::

Heeee..:D KFC! KFC! KFC! Haha..lama rasanya tak makan KFC kot. Chiken Rice..waaaa..sehingga menjilat jari..Huuuu...semalam tetiba pula kan kawan saya yang sorang tu ajak g makan KFC. Jadi, apa lagi, kitaorang pun gi la. Ha! makan punya makan, sedap punya sedap sampai la kekenyangan dah tak boleh nak masuk lagi. Ayam masih ada lagi satu tu ha...ha! sape pula yang nak habiskan. Last sekali makan berhenti jap, ambil nafas makan lagi..ish1000000..teruk betul..hihihi.. Habis nak buat macam mana, tak kan nak tinggalkan pula. huuuuuuuuuuuu..tapi last tak habis juga. Emm..nak buat macam mana kan..dah tak mampu nak habiskan..heeee..:D

 ~makan berdua je dengan cik Rafidah Misran. Berdua pun jadik je..hihi
~
 ~Suka kan makan KFC~

~Ha! ni dua2 gambar dah kenyang la ni..hihi~

Apa-apa pun ku bersyukur padamu Ya Allah kerana nikmat yang Kau berikan kepadaku..Alhamdulillah..Thank You Allah..;)


Monday, June 6, 2011

::Balik USJ!::

Hai2..hihi...
Hmm..rasanya baru berapa hari kat kampung. Dah nak kena balik USJ semula. Ish..macam baru malam tadi habis keje n terus gi train dan terus balik kampung dengan bas dan sampai la kampung Semerah Darat. Ayoyo..ni dah nak kena balik USJ semula. Tak puas rasanya duk kat kg ni. Bila la nak ada cuti lama lagi kan? Hmm..kalau ada cuti lama lagi bolehla balik kampung lagi.. hihi..sabar jela kan. USJ pun tak sampai lagi dah fikir bila nak balik kampung lagi kan. Apala cik wawa ni..^_^

 Tapi pape pun harap esok semuanya selamat dan dipermudahkan segalanya. Ya Allah...lindungikan perjalanan ku..amin....;)

Sunday, June 5, 2011

::Kejutan Budaya::

Haluuuu smua...
Hari ni nak cakap apa yang terbuku kat hati ni. Tak tertahan rasanya tengok anak muda zaman sekarang yang macam-macam jenis ni..huh!
Sejak duduk kat KL ni jumpa macam jenis orang jumpa. Ish, pelik-pelik je kan. Hmm..tak perlu nak cakap jauh-jauh. Mereka-mereka yang kat kolej tu. Hmm..masing-masing datang dari kampung kan. Nak salahkan siapa ye dalam hal-hal camni. Mereka ikut sangat kata hati. Cakap kawan-kawan. Pengaruh kawan memang pengaruh yang paling besar. Memang dalam hal ni tak dinafikan. Yelah bila berjauhan dengan ibu bapa, kawan-kawan pula lah yang sentiasa bersama, bila dah macam tu lupa diri la jadinya bila tak ada ketatapan dan kekuatan dalam diri masing-masing. Memang dah tu sifat manusia mudah sangat lupa. Ha..berbalik pada pengaruh kawan tadi. Mana tidaknya bila kawan-kawan dah ajak tak kan tak ikut nanti apa pula kata mereka? (dalam hati cakap). Kawan-kawan pula bila kita tak ikut dia "apalah kau ni asyik nak duk rumah, alim sangat". Bila dah jiwa muda kan pastinya tercabarkan bila kawan-kawan cakap macam tu. Masa tu pula tak sempat nak fikir-fikir baik buruknya. Yang sempat fikir jaga hati kawan dan dapat puaskan diri dengan keseronokan bersama kawan. Kalau kawan tu ok, syukurlah alhamdulillah. Tapi kalau kawan tu macam hampeh yang membawa kepada ke jalan yang tak benar tak kan nak ikut juga??? 

Hmm..masalah yang saya nampak sekarang banyak yang membawa kejalan yang tak benar. Asal ada masalah je pergi kat tempat hiburan macam clubbing tu..huh!! Kat situ dah pastinya terjebak dengan arak dan macam-macam lagi lah yang buruk yang pastinya tak kan dapat ketenangan kat situ. Insaflah kawan-kawan...

Ya Allah mana lah akal sihat mereka yang sebenarnya boleh berfikir baik dan buruknya sesuatu perbuatan itu....

Ya Allah..engkau berikan la perlindungan kepada diri ku ini yang sering lalai dan lupa. Dekatkan lah diriku padamu Ya Allah..sesungguhnya Kau segala-galanya bagiku Ya Allah..

Saturday, June 4, 2011

::Cuti N Anak Saudaraku::

Cuti-cuti...cuti ke saya? Hehe.."SELAMAT BERCUTI SENDIRI" wah! ayat tak boleh tahan kan saya..hihi. Takde la sebenarnya saya ada kelas tapi PONTENG! ha! ish5! haaa..tapi jangan salah faham..LECTURER or USTAZ sy tak adala..jadi saya cutilaaa. Tak salah kn??? hihi

Eh2 dah melalut pula kan. Ape la sy ni. Ha..dah cuti kan. Mstila balik kampung. Yeaaaaa..suka2 ^_^. Cuti ni ambil kesempatan tengok anak saudara yang baru lahir. Bby Nur Qalesya yang sgt comel. Bestnya tengok baby kan..hati pun tenang je ^_^

 Alalala..comelnye dia..eee..geram cik wawa tengok..;)

 hihi..^_^

tidur dia orang tepuk2 dia..hihi...;)

Jadi anak yang baik ye sayang. Acik wawa doakan Qalesya shat sentiasa dan jadi anak yang solehah buat mama dan papa Qalesya..amin,,,^_^