Assalammualaikum kawan-kawan semua...;)
Hari ni bincang tentang "SOMBONG". Hmm..apa sombong tu ye??? Kira jadi fenomena biasa lah zaman sekarang ni kan. Banyak sangat orang sombong. Kenapa ye nak sombong sangat? Ish tak faham betul saya. Nak glamour sangat ke?? Nak bangga sangat ke dengan apa yang ada pada diri anda?? Emm..pada saya tak perlu nak sombonglah. Kalau sombong pun bukan dapat apa pun, bukan dapat duit berjuta-juta pun. Tapi dapat kebencian orang adala, orang pun menyampah dengan sikap anda yang begitu rupa. Haa! saya pun tak suka orang yang sombong-sombong ni..huhu. Hmm..apala kan. Eh2..dah melalut kemana-mana pula cik wawa ni ni kan..hihi..eh2..jap2..agak-agak saya ni sombong tak ek?? Tapi rasanya tak kot..huuuu..harap-harap begitulah hendaknya.
"Dan janganlah kamu memalingkan muka kamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri." [Surah Luqman:18]
Ok, jom kawan-kawan kita tengok apa itu "SOMBONG"..:)
Cara nak hindarkan sifat sombong :)
Beberapa panduan daripada Imam Al- Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong dan angkuh.
1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.
2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.
3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.
4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui..
5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.
6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan didalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah.
.: Jauhilah sifat sombong. Moga kita dapat sama-sama memperbaiki diri kita ye kawan-kawan semua. Ingatan untuk diri saya juga supaya tidak menjadi seorang yang sombong:.
No comments:
Post a Comment