Thursday, June 16, 2011

::Kek Coklat::

Kek Coklat! Nyum-nyum. Eeee..srius selain gila coklat saya sangat gila dengan kek coklat. Wah! sedapnyeee. Bila terbayang kek coklat telan air liur jela kan. Geram je tau. Bila la agaknya dapat makan kek coklat yang sedap tu. Dah lama betul tak makan kek coklat. Lagi2 kek coklat yang atas dia ada coklat basah. Fffuuuhhh..memang lazatlah!! Tadi punya la terbayang je kek coklat sampai cari kat internet gambar-gambar kek coklat. 
 
Cuba kawan-kawan tengok ni..ffuuhh..meleleh..kalau dapat..memang nikmatlah! Cis teringin sangat nak makan. Saya nak semua ni! Boleh x? Hihihi..;)









Amacam? Best tak korang semua tengok..hihi..bestkan? Sedap weh..huuuu. Nak jugak cari. Nak jugak makan. Eee..tak tertahan rasanya. Sedaaaaapppppppp sangat..;)
 
Ha! Tadi sempat la juga tengok resipi buat kek coklat ni. Nanti nak try buat. Kalau dah pandai buat nanti boleh la buat sendiri je. Tak payah beli or suruh orang buatkan. Resipi ni nak kongsi dengan kawan-kawan juga. Pada yang minat bolehlah cuba juga..;)
 
1. Kek Coklat Basah


Bahan
180 gm butter
250 gm gula kastor
3 biji telur
300 gm air
250 gm tepung gandum ]
50 gm serbuk coklat ]
1 s/k baking powder ] ayakkan
1 s/k soda bikarbonate ]

Cara:
1. Gula dan butter dipukul sehingga kembang dan gebu.
2. Masukkan telur satu persatu.
3. Masukkan tepung gandum dan kahirnya masukkan air pula.
4. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan 180'C selama 50 -60 minit.

Topping Coklat
250 gm cooking coklat
30 gm cocoa butter

Cara
1. Masukan bahan dalam periuk kecil.
2. Panaskan periuk kecil dalam periuk/pan yg lebih besar yg berisi air dan sentiasa kacau supaya coklat larut.
3. Sejukkan sebentar supaya coklat agak pekat.
4. Curahkan perlahan atas kek cokalt dan ratakan dengan spatula kek dan gunakan sikat kek untuk membuat corak.
5. Hiaskan topping mengikut kreatibiti sendiri.
2. Kek Coklat Lembab yang Mudah & Sedap


Bahan-bahan:

2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang


Bahan A
1 sudu kecil vanila
1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe


Bahan B
2 sudu kecil sodium bicarbonate
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum

**
Topping **
1/2 cawan koko van hauten
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar minyak masak

Cara-cara:

  • Pukul telur hingga kembang
  • Masukkan gula dan pukul lagi
  • Kemudian masukkan minyak masak
  • Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
  • Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
  • Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok…taruk je atas kek yg dah sejuk.
.:Selamat mencuba buat diri saya sendiri dan kawan-kawan semua..;)

6 comments:

::contengan hati::)) said...

tergoda sedap sedap..
nak kena try ni

M.Z's Site said...

amboi..nanti buatkan untuk saya pula ok ;)

Cik Wawa said...

cik hati : ha..try2..jgn xtry..hihi..;)

awk : hihi..bleh..insyaAllah..:)

lynda salim said...

geram je tengokk kek cekelet .. looking whoahhhhh .. tergoda eden :)

Cik Wawa said...

hihi..terliur kn..huhu..:)

cik bulan said...

goyah iman tgk nih..slamat xpose arini..^^