Thursday, October 31, 2013

::Jom LIKE ! ^^::

Assalammualaikum semua ;))

Hai semua ! Harap semua sihat hendaknye ^^

Hari ni just nak mintak korang korang like page ni, and like gambar kat link yang saya bagi nih. Actually sememangnya saya peminat tegar Diana Amir. Cantik, Comel and yang paling saya suka dia sangat muslimah ;))

*comel comel je Kak Diana Amir nih <3*

Minat punya pasal sampai suka sangat nak masuk contest yang fan dia buat ! Wehuu, teruja ! teruja ! ^^

Haaa, jomlah klik link ni n likeeee. Mohon like banyak bayak pleasee :D




Nanti bila korang bukak link tu akan ade gmbar yg diatas ni. Silalah like ye :D
Kepada yang menge"like" gambar saya ucapkan berbanyak terima kasih. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian semua. ;)

Saturday, October 26, 2013

::Setiap Hari Aku Rindu::

Assalammualaikum ;)

Allah Ya Rahman,

Sungguh, 
Tiap hari tiap saat tiap detik aku rindu, aku rindukan mak dan abah..

Sungguh,
Aku rindukan setiap detik bersama mereka..

Sungguh, 
Aku rindukan gelak tawa mereka, gurauan yg membuat hatiku berbunga riang..

Sungguh,
Aku rindukan saat tenang bersama mereka..


Allah Ya Rabbi,
Lindungi mereka dan kasihi mereka seperti mana mereka melindungi dan mengasihi ku sewaktu kecilku.

Hanya doa yg sentiasa dapat ku kirimkan untuk mereka. Doaku takkan pernah berhenti utk mereka.



Sunday, September 22, 2013

::Al Kisah Meow::

Assalammualaikum semua :)

Bila si Meow duk usha usha nak tidur mana malam nih :*

 Meow : eh, macam best je atas katil ni utk beradu malam nih. 
 Meow : Kakak Jua, kita rasa kita nak tidur atas katil la malam ni dengan kakak. Bleh tak?
Aku : Ikut suka kau la meow. Tidur atas katil boleh, kat bawah pun boleh. Heh
 Meow : Macam tak bagi je kita nak tidur atas katil, tak ikhlas jek jawab tu. Takpelah..:/
Aku : Heh, mana ada meow. Meh la sini tidur dengan kita :))
 Meow : Tapi tak apelah. Macam tak best je atas katil tu. Takpe takpe.
 Meow : Takpe la kak Jua, sini port baik punya. Best kat sini. Jangan risaukan kita eh. Kita tidur sini je ye :)
Aku : Haaa..dah syok nampaknye si meow tidur kat handbag den. Aihh. Tak ape la meowww :)

Hahaha, ntah pape je cerita aku ni. Meow ni jadi mangsa pulak ye. Melayan diri sendiri yang sedang kebosanan. Kucing ni jugak jadi bahan citer aku. Hehe, sorry meow sayang. I buat u popular kejap masuk dalam blog i. Heh ! Ok korang. Bye ;)

Thursday, September 19, 2013

::Syukur::

Assalammualaikum semua :)

Syukur alhamdulillah diri ini masih punya kesempatan untuk mengupdate blog yang semakin jarang ku jejak. Bukan kerana kemalasan yang melonjak lonjak. Tapi dek kerana kesibukan yang tak dapat dielakkan :)

Alhamdulillah, syukur. After 3 years, kini aku bergelar JURURAWAT BERDAFTAR. Syukur padaMu Ya Allah atas pemberian ini. 


Ini juga berkat doa dari kedua ibu bapaku. Terima kasih mak abah sentiasa memberi sokongan dan dorongan. Juga wang saku ku tiap tiap bulan. Juga pemberi semangat dikala aku tergelincir sedikit dari landasan. Terima kasih yang tak terhingga mak abah. Kakak sayang sangattt mak abah. #myeverythingforever #myheart


Akhirnya aku bergelar seorang Jururawat. Alhamdulillah. Akan ku lakukan penuh ikhlas pekerjaan ini. Ini cita citaku. Ini impian arwah atok. "Nanti jadi misi je Jua, boleh tolong orang, kerja murni. Hati kena sentiasa ikhlas" - pesan arwah atok. Hari ni Jua dah jadi Misi tok. Al-Fatihah.

Juga terima kasih insan yang disayang kerana sentiasa memberi semangat dan kekuatan. Juga memberi sokongan untuk aku mencapai cita citaku ini. Thanks a lot En. Zul :) #myheart


N my friend also. Thanks kalian sebab sentiasa ada sama dalam kita susah dan senang. Jumpa masa konvo nanti yek ;)) Moga masing masing cepat dapat kerja n jadi staffnurse yang disayangi patient ! ;)

Alhamdulillah aku punya insan insan ini. Aku sangat bersyukur. Thanks kalian. Moga Allah sentiasa melindungi dan memberkati kalian.

Thank You Allah. I Love You :)


Tuesday, August 20, 2013

::Selamat Hari Raya ! ::

Assalammualaikum ^^

Wahh, sekian lama juga diri ini tak berpot pet pot pet disini. Rindu terasa. Puasa dah habis. Raya pun dah raya yg ke 13 sudah. Pejam celik pejam celik. Kejap je masa berlalu kan?. 

Kesempatan ni juga diri ini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin pada semua. Maaf salah silap. Kadang kita tak sedar akan kesilapan yang kita dah lakukan. Memohon kemaafan itu sangat perlukan ;)


Monday, July 15, 2013

::Punca Lemah Dan Mengantuk::

Assalammualaikum semua ;)
SALAM RAMADHAN KALIAN ^^

Hari ni saya nak share tentang punca lemah dan mengantuk. Benda ni memang kita selalu lalui kan? Korang mesti sependapat dengan saya kan? Jom kita baca ;)

1. Tidak cukup tidur




Nampak jelas bukan? Anda mungkin tak dapat tidur yang cukup dan ini boleh mengganggu fokus dan kesihatan anda. Setiap malam anda disarankan tidur sekurang-kurangnya 7 hingga 8 jam setiap malam. Anda seharusnya jadikan tidur anda satu prioriti dan tetapkan jadual tidur. Tutup laptop. Jangan buka facebook, matikan segala gajet anda. Jangan minum kopi pada waktu malam. Tutup lampu ketika tidur. Masih menjadi masalah? Dapatkan nasihat doktor.

2. Tidur Apnea (Sleep Apnea)




Kadang-kadang anda fikir anda sudah mendapatkan tidur yang cukup tetapi masalah apnea ini pula yang mengganggu. Apnea ini adalah disebabkan saluran pernafasan anda tersekat ketika tidur. Menyebabkan anda berdengkur dan kemudiannya tidak bernafas. Selepas itu secara tiba-tiba anda terbangun sesak nafas. Setiap gangguan mengejutkan anda dari tidur tapi anda mungkin tidak sedar. Hasilnya, anda tidak dapat tidur yang berkualiti dan prestasi anda di siang hari merudum. Biasanya dihidapi orang yang obese. Turunkan berat badan anda dan jangan merokok. Kedua-dua ini berpotensi anda mendapat apnea.

3. Tidak cukup tenaga



Makan terlalu sedikit, diet yang keterlaluan juga akan menyebabkan anda lemah. Diet yang seimbang membantu anda untuk mengekalkan tenaga dan juga paras glukosa dalam darah. Apabila paras glukosa dalam darah menjadi rendah, anda akan menjadi lemah dan boleh menyebabkan pitam. Mesti, mesti dan mesti sarapan pagi! Ambil sarapan yang simple seperti beberapa keping roti atau telur separuh masak. Supaya tenaga anda dapat dibekalkan di waktu pagi. Waktu pagilah anda memerlukan tenaga yang berterusan untuk melakukan kerja. Untuk fokus pun anda memerlukan tenaga juga.

4. Kurang darah merah (anemia)



Dikalangan perempuan anemia merupakan penyebab utama mereka sering berasa lemah. Ini kerana mereka akan kehilangan darah ketika datang haid. Biasanya tahap besi (iron) dalam darah akan berkurang dan meletakkan mereka dalam keadaan berisiko. Sel darah merah sangat penting untuk membawa oksigen keseluruh organ. Lemah, sesak nafas, sering berdebar-debar, adalah simptom anemia. Pergi berjumpa doktor sekiranya anda mempunyai simptom-simptom tersebut. Sekiranya disebabkan kurang besi dalam darah, dapatkan iron supplement di klinik-klinik atau makan-makanan yang mempunyai kandungan iron yang tinggi seperti daging merah, dan juga kekacang.

5. Tekanan Emosi



Setiap orang pernah mengalami tekanan. Tekanan emosi anda mungkin melihat sekadar memberi kesan kepada emosi sahaja, tetapi ia juga memberi kesan kepada fizikal juga. Lemah, sakit kepala, hilang selera makan adalah simptom yang sering berlaku akibat tekanan emosi.
Lakukan perkara-perkara yang mengurangkan stress seperti bersukan, bermunajat kepada tuhan atau bermeditasi. Jika tidak berkesan sebaiknya anda mendapat nasihat psikiatri. Psikiatri bukan hanya untuk orang yang bermasalah mental ya. Jika anda mempunyai masalah emosi yang tidak mampu ditanggung anda harus berjumpa dengan pakar psikiatri. Mereka mungkin akan memberikan ubat sebagai satu cara untuk mengubat masalah tersebut.

6. Penyakit hipotiroid


Anda mungkin akan perasan terdapat kalenjar yang membesar di bahagian halkum anda. Kalenjar tiroid ini berfungsi untuk mengawal metabolisma anda. Apabila kalenjar ini tidak dapat menghasilkan hormon tiroid dengan cukup, metabolisma badan akan menjadi bertambah perlahan. Menyebabkan anda bertambah berat badan dan bermacam-macam lagi simptom lain. Jumpa dengan doktor dan mereka akan melakukan ujian darah untuk mengetahui kadar hormon tiroid anda.

7. Terlalu banyak kafein



Kafein membantu anda segar, dan meningkatkan kadar konsentrasi apabila anda mengambil dos yang tidak keterlaluan. Terlalu banyak kafein di dalam kopi akan menyebabkan kadar degupan jantung bertambah, tekanan darah meningkat dan ada kajian mengatakan terlalu banyak kafein akan menyebabkan anda menjadi lemah. Secara perlahan-lahan turunkan kadar ketagihan anda terhadap kopi. Penurunan secara mendadak menyebabkan anda kembali ketagih dah menyebabkan anda bertambah lemah.

8. Penyakit Kencing Manis



Walaupun kadar di dalam gula tinggi dalam darah, disebabkan sel-sel tidak dapat menggunakan glukosa dengan baik. Tenaga tidak dapat dihasilkan. Akibatnya anda akan cepat mudah letih. Cuba tanya ibu atau ayah anda yang mengalami kencing manis dan tanya kepada mereka sama ada mereka mudah letih atau tidak. Semestinya mereka akan mengatakan ya. Jika sudah mengalami kencing manis, solusinya adalah dengan mengawal pemakanan dan bersenam. Dengan menurunkan berat badan sebanyak 10%, risiko untuk mengalami diabetes akan berkurang secara separuh.

9. Penyakit Jantung


Segala simptom penyakit jantung sudah saya ulas dengan lebih mendalam. Secara ringkasnya, anda akan mengalami simptom mudah penat dalam melakukan kerja-kerja walaupun anda berjalan dalam jarak yang dekat. Perubahan gaya hidup adalah cara terbaik untuk mengelakkan penyakit jantung.

10. Dehidrasi




Mudah lemah mungkin disebabkan anda kurang minum air. Sama ada anda melakukan senaman ataupun bekerja di atas meja, badan anda sangatlah memerlukan air. Apabila anda dahaga, itu bermakna anda dehidrasi. Minum air kosong sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Sekiranya anda ke gym, minum air setiap kali anda melakukan senaman. Apabila rasa dahaga sahaja, terus minum seteguk dua. Apabila anda minum banyak air, air kencing anda akan kelihatan lebih jernih dan terang.

Ok kawan kawan, tu sahaja untu hari ini. Moga kita dapat memperolehi manfaat dari apa yang saya share nih ;)

Bye semua. Assalammualaikum^^


Wednesday, July 10, 2013

::Marhaban Ya Ramadhan::

Assalammualaikum kawan - kawan ^^

Alhamdulillah, syukur kita bertemu Ramadhan lagi. Marhaban Ya Ramadhan. Selamat menunaikan ibadah berpuasa untuk semua umat Islam. Moga Allah permudahkan urusan kita. Ameen.

Alhamdulillah, bersyukur sangat tahun ni dapat berpuasa bersama - sama keluarga. Berpuasa dan Insyaa ALLAH menyambut Hari Raya nanti ;) Syukur juga sudah habis belajar. Alhamdulillah.






For those yang nak khatamkan Al Quran dalam masa Ramadhan ni saya sharekan petua sikit ;))

Ok dulu kawan - kawan, selamat menunaikan ibadah puasa. Jangan cuba - cuba curi - curi makan yek..hehe ;)

Bye semua. Assalammualaikum ;)

Monday, June 17, 2013

::Ramalanku Benar Belaka::

Assalammualaikum semua :)

Happy Monday ^^

Akhirnya setelah sekian lama, bertukar jugak lagu blog nih. Jiwang tak? Haha. Actualy takde berkait kisah cinta pun lagu ni buat diri ini. Tapi lagu ni lagu last, berpisah dengan kawam kawan. Bila buka lagu ni, ingat kawan kawan semua. Ouhh,,aku dah start rindu mereka semua. Allah..kuatkan diri ini. Sudah lumrah bertemu dan berpisah. Aku harus redha dan terus mendoakan kawan kawan. Apa apa pun kenangan kita selama 3 tahun takkan ku lupakan hingga akhir hayat diri ini.


Friends ;)






Kat sini aku letakkan lirik lagu ni supaya lagi feeling nak layan lagu ni. Huahuahua :D

Lirik Ramalanku Benar Belaka - Umbrella

Hingga ke saat ini
Pelbagai persoalan
Tak henti melanda
Untuk ku memikirkannya

Kau memilih diriku di atas dasar apa
Apakah kerana cinta
Atau pelepas sepi cuma

Seumpama dedaunan yang telah gugur bertaburan
Membiarkan ranting dimamah usang
Apakah semua itu akan terjadi padaku
Andainya benar maka tepatlah apa yang kuramalkan

Waktu bersamamu banyak benar kenangan yang kita ciptakan bersama
Dan satu darinya engkau bersyahdu
Bahawa aku takkan kehilanganmu
Susah payah kita semai benih cinta
Menempuh dugaan
Akhirnya kau tinggalkan
Sia-sialah ku bina istana cinta
Andai insan lain di hatimu bertakhta

Hingga ke saat ini
Ku masih mengenangkan
Detik-detik terindah
Kesudahan aku parah



"Be strong and smile at life even though it hurts sometime" ;)

Ok semua. Stay cool. Stay strong. Keep calm.

Bubye semua. Assalammualaikum ^^

Thursday, June 13, 2013

::Exam Habissss::

Assalammualaikum semua ;))

Hai semua ;)) 

Hari ni just nak bgtau yang diri ini dah pun habis exammmmm. Yahuuu. Wehuuuu, memang gumbira !! Sriussss..haha. But, sesungguhnya dalam gembira ade kesedihan dalam diri ini. Ouhh ;( because i officially dah pun tamat pengajian. Means habis belajar. Sedih ! tapi sekarang taknak citer sedih dulu..huhu..sbb nak menikmati rasa happy untuk hari ini. Habis exam tadi rasa nak melompat-lompat ! but tak boleh melompat-lompat sbb result tak keluar lagi. Aku harap result tu nanti ok. Lulus. Amin. Lembaga Jururawat Malaysia.

Reaksi habis exam ;))




Haaa..macam tulaaa kalau dah habis exam ek..haha

Alhamdulillah. Habis dah exam. Moga moga result nanti menggembirakan. Moga lulus dgn cemerlang. Amin. InsyaaAllah ;)

Untuk kawan yang sedang final exam, akan menghadapi final exam..GUD LUCK kalian. May Allah ease everything ;)

ok semua..bye..Assalammualaikum ;))

Saturday, May 18, 2013

::Nurses Day::

Assalammualaikum semua ;))

Selamat petang petang petang petang..haha. Petang nih terasa rajin pulak nak update blog. Semuanya gara gara nurses day. Ahaha. Nurse have a day ! I love dis carrier muchh !! About love care <3. 

Ni cerita 15/05/2013 hari tu Mahsa University buat Nurses day kat Hotel Best Western Premier. Memang sangat seronok n best. Kami sangat enjoy. And makanan dia sedap sedap. Paling syok semuanya sangat sporting. Our lecturer, prof, staf n student fakulti kejururawatan sangat sporting. Kami raikannya dengan sentiasa tersenyum, dengan gelak dan tawa. Ooouuhh sesungguhnya aku akan merindui moment moment seperti ini. Allah....semuanya sudah pun menjadi kenangan buat kami. Dan kenangan ini takkan ku lupakan sampai bila bila ;)

Moment moment kami ;)








Our lecturer n prof n ci yang sporting ;) #love



With Kak Tengku Diyana ;)

With Prof. Rohani Haji Arshad ;)

With kak nad ;)

Kak Nad , Pn. Izura n Pit ;)



With adik adik ;)











Kalau tak mengacau tak sah si azam nih -___-


Our lecturer paling cool..En. Andy ;)




















Bolatttnye aku. haha. With Prof kesayangan kami ;)



with Prof Rohani Haji Arshad. Cool je dia. :) #love

With Prof Zaharah Saad ;)


Bab bab begambar memang serahkan kat kami. Berebut rebut. Tapi bi suruh ambilkan gambar semua tak mahu. hahaha :p

Yes !! I love dis picture much. Tak tau la kenapa suka sangat picture ni. Macam nostalgia nostalgia gituhh..heee






With lectrer paling cool. En Andy ;)








Kami ;) with love ;)






Alhamdulillah. Syukur sangat. Kami rasa gembira n seronok sangat. Ni lah hari hari terakhir kami berada di Mahsa University. Kenangan demi kenangan kami ukirkan. Dan ini indah. Subhanallah. Sungguh kami akan ingat sampai bila bila. Thanks to all. THANK YOU ALLAH. <3